Assalamualaikum w.b.t.
Sejak dari hari
perpisahan itu, ada sesuatu yang membelenggu perasaan ini. Hari
semakin hari, walau masih ada sisa sayang yang berbaki..ada sesuatu
yang mencengkam rasa. Satu perasaan yang memujuk agar aku lupakan
dia. Lupakan tentang cinta. Aku pujuk hati yang patah. Agar terima,
ini takdir antara kami. Pasti ada hikmah.
Masih ramai yang tak sedar.
Percintaan. Bukanlah kebahagiaan yang sebenar. Ada banyak keburukan.
Apa guna cinta tanpa ikatan yang halal? Bahagiakah? Sedangkan, semua
daripada kita tahu yang hubungan antara lelaki dan perempuan jika
tidak melalui sebuah proses perkahwinan, pastinya lebih banyak dosa dan
maksiat yang kita perolehi. Kita semua ni manusia biasa, yang selalu
tewas dengan nafsu. Terlalu mudah. Iman rapuh. Jangan tipu diri
sendiri, jawab dengan jujur.
Berubahlah dan bertaubatlah kepada Allah
S.W.T. Tinggalkan apa yang salah. Carilah redha Allah (Ya Allah Ya
Tuhan ku, sesungguhnya Engkau-lah tujuan kami dan hanya redha-MU lah
yang kami harapkan. Aamiin).
Sejak episod cinta antara aku dan dia
berakhir, aku benar-benar serik. Aku hilang rasa ingin bercinta. Aku
banyak berfikir. Tentang pengajaran dari percintaan itu. Kenapa perlu
bercinta? Kenapa? Kenapa tak kahwin je terus? Kalau nak kenal hati
budi, berkawan je pun dah cukup. Tiada apa yang lebih baik daripada
perkahwinan.
Couple? Lebih banyak menjerumuskan diri kita ke arah
maksiat yang berleluasa. Tanya diri sendiri, betul atau tidak.
Seronokkah menggalas dosa yang semakin menggunung? Sampai bila?
Sampai satu masa, kita semua akan mati. Hidup di dunia ini, cuma satu
persinggahan. Sedarkah? Muhasabah diri. Dan marilah perbetulkan diri.
Tinggalkan hubungan cinta yang tiada kesudahan. Bersabarlah. Besar
ganjaran bagi orang yang sentiasa bersabar.
Single? Lebih banyak
kebaikan. Memberi kita ruang untuk menjadi orang yang lebih baik.
Sentiasa berfikir. Sentiasa muhasabah diri. Banyak ruang untuk baiki
diri. Dan percayalah, jodoh pertemuan itu Allah S.W.T yang tentukan.
DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Bersabarlah.
Berusahalah menjaga diri sebaik-baiknya.
Sejak perpisahan itu. Aku
masih mengorak langkah seperti biasa, menghadiri kuliah, menyiapkan
assignment dan tugasan-tugasan lain, menjawab soalan-soalan exam dan
memperolehi keputusan yang lebih baik berbanding sebelum ini. Berjaya
juga menjalani latihan praktikal dengan baik. Dan, akhirnya kembali
ke pangkuan keluarga yang tercinta. Meski ada sesuatu yang telah
berubah. Takdir.
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah yang telah
membuka pintu hati ini untuk berubah walaupun belum sepenuhnya,
membuka mata tentang keburukan bercinta tanpa nikah, memberi kekuatan
untuk aku meneruskan cita-cita. Alhamdulillah. Permulaan yang baru
memang ternyata sukar, payah. Berlagak la seperti biasa walau pedih
di hati hanya tuhan yang tahu. Berlagak seperti tiada apa yang
berlaku terhadap hati yang pernah disakiti. Sentiasa ukir senyuman
dan pujuk diri agar sabar. Insyaallah, lama-lama pasti biasa.
La
Tahzan. Selamat memulakan kehidupan yang baru. Mudah mudahan sentiasa
di bawah lindungan Allah S.W.T. Ingat. Setiap apa pun yang berlaku,
pasti ada hikmahnya.. :-)