Saturday, July 17, 2010

Idul Masa'un. Aku kini?

Assalamualaikum.. Idul Masa'un..

Hai.. Rindunya nak blogging macam selalu. Huhuu. Tapi, bila dah online.. Tak tau pulak nak story pasal ape. Huh.. I'm blurrrr (T___T) 

Okey. Meh sini aku story sikit..... Sikit je. Banyak-banyak aku malas. Hm.. Suasana kehidupan aku kat kolej ngan hostel? Setakat ni dah sebulan lebih aku kat sini, alhamdulillah. Aku rasa, aku happy je. Kalau ade masalah pun, takde ah rumit sangat. Insya'allah boleh settle. Pandai-pandai la aku usahakan. 

Member-member baru pun, semua best-best. Tapi banyak adik-adik la.. Kami serasi, cuma jiwa je tak berapa nak sama. Huhuu. Maklumlah, aku kan dah tua sikit.. Diorang semua muda-muda lagi..kebanyakannya lepasan SPM. Otak masing-masing fresh lagi.

Study? Alhamdulillah. Setakat ni semua okey, cuma ade la 1, 2 subjek lagi yang aku kena study betul-betul. Tak berapa nak masuk sangat. Huhuu. Tapi, seriously.. Aku memang tak jangka.. Aku boleh jatuh hati ngan subjek Kimia Inorganik. Padahal sebelum ni, time SPM dulu..aku lemah sangat-sangat ngan subjek kimia ni. Hahaa.

Erk. Aku dah malas nak taip, boleh? Macam skema giler je ayat-ayat aku kali ni. Huhuu. Lama tak tulis-tulis, merepek bagai...cara tulis pun macam budak SPM nak buat karangan. Haih. Tak suke ah.

Next time la aku sambung, jap lagi aku nak pegi mandi. Sejak duduk sini, time malam je baru aku jumpa nasi. Siang-siang malas nak makan nasi. Hahaa * Tak sabar nak makan nasi! Lapar (T___T) *

3 comments:

Mohd Fakhrurazi Jamaludin said...

Umur kau bape?Meh berkenalan.Mungkin kita serasi.Hahaha

Leplep said...

gelprens,gua syak lu kene jadi kakak-kakak sket..baru kawan-kawan lu yg lg muda dari lu tu akan ade potensi jadi bibik lu..


ape cilake gua komen ni..gua sndiri x paham..hahhahaha..

diriku said...

he2..ada jgk ek mls mkn ns..