Thursday, June 06, 2013

Semua orang ada cerita. Ini cerita saya. Putus cinta? Mari muhasabah diri.

0 ♥ Comments ♥

Assalamualaikum w.b.t.

Sejak dari hari perpisahan itu, ada sesuatu yang membelenggu perasaan ini. Hari semakin hari, walau masih ada sisa sayang yang berbaki..ada sesuatu yang mencengkam rasa. Satu perasaan yang memujuk agar aku lupakan dia. Lupakan tentang cinta. Aku pujuk hati yang patah. Agar terima, ini takdir antara kami. Pasti ada hikmah.

Masih ramai yang tak sedar. Percintaan. Bukanlah kebahagiaan yang sebenar. Ada banyak keburukan. Apa guna cinta tanpa ikatan yang halal? Bahagiakah? Sedangkan, semua daripada kita tahu yang hubungan antara lelaki dan perempuan jika tidak melalui sebuah proses perkahwinan, pastinya lebih banyak dosa dan maksiat yang kita perolehi. Kita semua ni manusia biasa, yang selalu tewas dengan nafsu. Terlalu mudah. Iman rapuh. Jangan tipu diri sendiri, jawab dengan jujur.

Berubahlah dan bertaubatlah kepada Allah S.W.T. Tinggalkan apa yang salah. Carilah redha Allah (Ya Allah Ya Tuhan ku, sesungguhnya Engkau-lah tujuan kami dan hanya redha-MU lah yang kami harapkan. Aamiin).

Sejak episod cinta antara aku dan dia berakhir, aku benar-benar serik. Aku hilang rasa ingin bercinta. Aku banyak berfikir. Tentang pengajaran dari percintaan itu. Kenapa perlu bercinta? Kenapa? Kenapa tak kahwin je terus? Kalau nak kenal hati budi, berkawan je pun dah cukup. Tiada apa yang lebih baik daripada perkahwinan.

Couple? Lebih banyak menjerumuskan diri kita ke arah maksiat yang berleluasa. Tanya diri sendiri, betul atau tidak. Seronokkah menggalas dosa yang semakin menggunung? Sampai bila? Sampai satu masa, kita semua akan mati. Hidup di dunia ini, cuma satu persinggahan. Sedarkah? Muhasabah diri. Dan marilah perbetulkan diri. Tinggalkan hubungan cinta yang tiada kesudahan. Bersabarlah. Besar ganjaran bagi orang yang sentiasa bersabar.

Single? Lebih banyak kebaikan. Memberi kita ruang untuk menjadi orang yang lebih baik. Sentiasa berfikir. Sentiasa muhasabah diri. Banyak ruang untuk baiki diri. Dan percayalah, jodoh pertemuan itu Allah S.W.T yang tentukan. DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita. Bersabarlah. Berusahalah menjaga diri sebaik-baiknya.

Sejak perpisahan itu. Aku masih mengorak langkah seperti biasa, menghadiri kuliah, menyiapkan assignment dan tugasan-tugasan lain, menjawab soalan-soalan exam dan memperolehi keputusan yang lebih baik berbanding sebelum ini. Berjaya juga menjalani latihan praktikal dengan baik. Dan, akhirnya kembali ke pangkuan keluarga yang tercinta. Meski ada sesuatu yang telah berubah. Takdir.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah yang telah membuka pintu hati ini untuk berubah walaupun belum sepenuhnya, membuka mata tentang keburukan bercinta tanpa nikah, memberi kekuatan untuk aku meneruskan cita-cita. Alhamdulillah. Permulaan yang baru memang ternyata sukar, payah. Berlagak la seperti biasa walau pedih di hati hanya tuhan yang tahu. Berlagak seperti tiada apa yang berlaku terhadap hati yang pernah disakiti. Sentiasa ukir senyuman dan pujuk diri agar sabar. Insyaallah, lama-lama pasti biasa.

La Tahzan. Selamat memulakan kehidupan yang baru. Mudah mudahan sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T. Ingat. Setiap apa pun yang berlaku, pasti ada hikmahnya.. :-)