Wednesday, November 21, 2012

Thursday, November 08, 2012

Contest I Choose To Wear Hijab

10 ♥ Comments ♥ ♥ Links to this posts ♥
Assalamu'alaikum w.b.t. Selamat malam semua. Salam malam jumaat.

Haa...tengok tajuk kat atas tuu.. ^____~

Okey, hai Salwa Ismail ^____^ Saya join contest awak ni. Salam perkenalan. Saya terbaca pasal contest awak ni melalui blog fatin diana.

Saya pernah join sekali je kot dulu contest berkaitan gambar jugak..boleh tengok kat SINI. tapii tak menang pun. Haha. Okey, kali ni, nak try lagi sekali laa. lagipun, tajuk contest sangat sangat la menarik. Hadiah hadiah yang ditawarkan pun sangat laaa menarik jugak ^____^ dannn, bagi saya..contest ni menarik sebab kite boleh share cara seseorang tu pakai tudung, berhijab. Maklum la, banyak sangat cara pemakaian tudung sekarang ni, macam macam style ade. Maybe, daripada contest ni, ade mana mana kaum kite yang belum lagi bertudung tu, tiba tiba terbuka pintu hati untuk bertudung dan terus kekal bertudung. Insyaallah. Aamiin.

Oh. Sorry Salwa, panjang pulak intro. Hee ^____~

Okey, bagi sape sape yang berminat nak join contest ni, boleh laa singgah ke blog Salwa ye. Klik banner kat bawah.




Antara hadiah hadiah yang ditawarkan oleh pemilik blog / contest ;


1st prize
RM50
Maxi skirt 
Bawal plain 
Review blog


2nd prize
RM30
Maxi skirt 
Review blog


3rd prize
RM20
Bawal plain 
Review blog


3 saguhati

Bawal plain (sehelai setiap seorang)
Review blog

Dan...........tarikh tutup contest ni ialah pada 7 Disember 2012. Sebulan je. Haaa..cepat cepat la join.

Syarat syaratnya mudah je..

Buat entry bertajuk "Contest I Choose To Wear Hijab" dan letak banner di atas

Letak gambar yang korang pertaruhkan

Okey Salwa, ni gambar yang saya pertaruhkan. Lebih takpe kan...hee..





# Rupa paras bukanlah ukuran untuk menentukan sama ada seseorang itu cantik atau tidak. Tetapi, ukurlah HATINYA. Cantik hatinya, cantiklah orangnya ^____~

Wednesday, November 07, 2012

JOM MASAK : BUBUR NASI + BILIS PEDAS

3 ♥ Comments ♥ ♥ Links to this posts ♥
Assalamu'alaikum semua.

Haii...semua sihat kan? Hujan hujan ni, asyik laparrr je. kejap kejap makan, kejap kejap makan. haih T____T dah makin gemuk dah ni haaa. Ggrrr..

Okey, ni resepi kedua aku nak kongsi ngan korang selepas nasi goreng cina hari tu. Kali ni, aku bagi resepi bubur nasi yang memang simple sangat sangat nak buat tapiii sedap! Hahaa. Angkat bakul sendiri nampak. Huhu. Sebab aku memang fanatik ngan bubur nasi, nasi air...lalalaa ^____~

Okey, aku malas nak cakap banyak. Ni gambar, and kat bawah tu resepi..okey?




BAHAN - BAHAN BUBUR NASI :

  • 1 pot beras / sukatan (basuh macam biasa, kalo nak buat banyak, buat 2 pot beras)
  • 1 kiub pati ayam (aku guna jenama maggi, kalo rasa tak cukup 1, tambah la setengah lagi)
  • 8 gelas air
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 2 biji bawang putih (tumbuk)
  • Daun sup, daun bawang
  • Sawi jeruk (tak letak pun takpe)
  • Garam (kalau nak tambah la sikit)
  • Minyak masak lebih kurang 2 sudu besar

CARA - CARA :

  • Basuh beras macam biasa, pastu kisar dengan air sikit. kalau takde blender, tumbuk tumbuk pun boleh..bagi hancur sikit. Pastu, ketepikan dulu
  • Panaskan periuk, minyak masak. Pastu, tumis bawang besar and bawang putih sampai naik bau
  • Masukkan air 8 gelas, nak lebih lagi pun boleh je..biarkan hingga mendidih
  • Masukkan beras yang dah dikisar tadi
  • Masukkan kiub pati ayam (hancurkan dulu), kacau - kacau bagi rata.
  • Perlahankan api, guna api kecik je
  • Sentiasa kacau, tak nak bagi nasi berkerak.
  • Boleh tambah garam kalau nak. Ayam, lobak, ubi kentang pun boleh jugak kalau nak tambah. Aku buat simple je ni.
  • Dannn...tunggu la sampai nasi tu dah jadi bubur.
  • Bila dah jadi bubur, boleh tutup api. Masukkan sawi jeruk, kacau - kacau.
  • Masukkan daun sup, daun bawang. Boleh hidang. Insyaallah sedap ^____~

BAHAN - BAHAN BILIS PEDAS :

  • Ikan bilis (ikut la banyak mana korang nak)
  • Telur sebiji
  • 8 tangkai lada jarum / cili padi  (lagi banyak, lagi pedas, lagi sedap!) ^____^
  • Minyak masak

CARA - CARA :

  • Panaskan kuali, panaskan minyak. Goreng bilis macam biasa. Siap goreng, ketepikan dulu
  • Dalam kuali yang sama, guna lebih kurang 2 sudu je minyak masak. Masukkan cili padi yang dah pun korang potong kecik-kecik. Kacau kacau
  • Pastuu...masukkan bilis yang korang goreng tadi, kacau kacau bagi sebati dengan cili..tapii, jangan la sampai hangus
  • Then, masukkan telur. Kacau kacau bagi rata. Siap! Boleh angkat dan dimakan dengan bubur nasi ^____~ Fuhh. Sedap!

Sekian sahaja perkongsian resepi petang ini. Selamat mencuba! Err..tunggu la bubur tu sejuk sikit baru makan, kan tak pasal pasal melecur lidah tu..hehe..