Thursday, November 17, 2011

Lama Tak Jumpa, Kan?

1 ♥ Comments ♥



‎السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

Salam malam jumaat. Terima kasih kepada yang masih sudi singgah sini, walaupun aku dah lama tak update blog usang aku ni. Entry last, masa ramadhan hari tu. Mm..okey. nak berblog guna kata ganti nama diri 'aku' balik la. Guna kata ganti nama diri 'aku' macam lebih semangat sikit nak berblog macam selalu. Semangat sikit je la kot ^____~

Susahnya nak tengok aku update blog sekarang ni kan. Err...maksud aku, dah setahun lebih dah kot aku jadi tak berapa serius dah nak blogging. Padahal aku serius sangat suka blogging. Serius tak faham. Heh. Ayat belit-belit. Okey. Nak kata aku takde masa nak update blog ni, hari-hari aku online. Hari-hari jugak aku bukak blog sepi aku ni. Cuma, feeling nak bloging macam dulu-dulu tu takde la. I don't know why. Kalo nak kata status aku sebagai seorang pelajar sepenuh masa menyebabkan aku sibuk study, tak jugak. aku bukan jenis rajin study pun. haha.

Oh ye. Sekarang ni aku tengah cuti semester, dah sebulan lebih dah. Bercuti kat Terengganu ni je. Tak balik Sabah pun. Bukak sem baru nanti, dah naik sem 4 dah ^____^ . Then, habis sem 4. Aku akan mula start praktikal setahun. Cepatnye masa berlalu. Tak sangka sangat boleh sampai ke tahap ni sekarang. Dulu, tak pernah terlintas pun kat fikiran ni yang satu hari nanti aku akan terlibat dalam bidang farmasi. Memang tak tercapai dek akal la. Alhamdulillah. Walaupun ade banyak sangat dugaan yang terpaksa aku hadapi time study ni, sekurang-kurangnya aku tak patah semangat. Terima kasih Ya Allah kerana masih beri aku kekuatan untuk teruskan perjuangan aku ni. TERIMA KASIH.

Memandangkan aku dah lama tak update blog. Then, ape yang harus aku coret kat sini sekarang?

Hmm...takde idea la. Haih. Selalu macam ni. Asal nak update je, takde idea. Kalo malas nak update, ade je idea datang banyak-banyak dalam kepala ni T_____T

Baiklah. Jumpa lain entry la pulak okey. Bye.