Friday, August 06, 2010

Update

5 ♥ Comments ♥ ♥ Links to this posts ♥
Assalamualaikum. Salam malam jumaat.. Salam Satu Malaysia.

Agak lama jugak tak menulis kat blog ni ye. Hmm..sekarang baru ade masa nak merepek macam selalu. Huhuu. Alhamdulillah, aku sihat-sihat je. Sekarang ni, aku kat bumi Terengganu terchenta. Kat rumah mak cik, dah masuk 3 hari dah. Sekarang cuti mid sem. Ade ah dalam 10 hari * Korang tak tanye ek? Tak pe ah..aku nak bagitau jugak.. Heh. Sengal (T____T) *

Assignment agak banyak sebenarnye, tapi aku gatal ah nak jugak online... (T____T) . Matai la kalo assignment tak sempat siap nanti. Haih.

Orait. Tadi macam banyak giler benda aku nak merepek kat sini. Tapi sekarang dah blur-blur dah.

Oh ye, aku pernah story pasal adik aku yang lepasan matrik kan. Alhamdulillah, sekarang dia dah kat Universiti Utara Malaysia dah. Dia dapat kos yang dia minat, perakaunan. Tahniah sis, belajar rajin-rajin okey.

Paling best sekali nak cakap, insya'allah tahun ni kami sekeluarga akan beraya kat kampung, Terengganu terchenta. Sebab.. Kami adik-beradik dah 4 orang dah balik semenanjung, tinggal 2 lagi adik kat Sabah + mak, ayah. Jadi, tahun ni..ayah, mak and adik-adik kena balik raya kat kampung la * Tak sabar... (^____^) *

Berbeza sungguh rasanye bila dapat balik kampung selalu-selalu ni.. Aku macam teringat-ingat balik kenangan lalu. Sebab, banyak sangat kenangan aku kat bumi Terengganu ni. Terutamanye.... Fine la. Aku malas nak story kenangan pasal ape. Biar ah. Karang tak pasal-pasal pulak emo. Tapi........... (T____T) .

Okey la. Tataa.. Jumpa lagi lain entry * Kalo aku rajin ah *.