Friday, April 30, 2010

Fotografi - Sekuntum Bunga Berwarna Purple (Morning Glory)

4 ♥ Comments ♥

Gambar : Bunga Morning Glory * Tapi, ade yg cakap bukan *
Lokasi : Balkoni rumah, quarters IPGM Kampus Tawau
Tarikh : Sekitar tahun 2009.
Jenis Kamera : Sony Ericsson Cyber-Shot K800i

Thursday, April 29, 2010

Senyum Itu Satu Sedekah. Nak Senyum Pun Susah ke???

6 ♥ Comments ♥
* Saye suke senyum (^___^) Poyo. Hahaa *

Assalamualaikum. Sebenarnye, ni entri lame. Sebab takde idea nak update pasal ape. Ok lah, aku up balik entri ni. Lagipun, entri ni aku tulis sebelum aku join GB lagi..jadi, memang tak pernah ping kat GB. GF lagi la tak pernah. Huhuu. Ok la, bace je la al-kisah pasal senyum ni.

Kalo aku senyum kat korang, then korang rase aneh. " Apehal pulak minah ni senyum² ni? ". Abaikan je persoalan korang tu. Jangan tanye aku, kenape aku senyum * Eh, apehal senyum pun salah ke? Tak boleh? *. Kalo korang nak tau la. Aku memang suke nak senyum. I love to smile. Tak kira la sape pun manusia tu. Kalo mood aku ok, aku memang tak kedekut pun nak senyum. (^__^) See. Kalo boleh, aku nak senyum lebar lagi. Sampai ke telinga. Tapi, mustahil la kan? Mane ade manusia yg senyum sampai ke telinga. Karut. Kartun ade la. * Heh. Over pulak kau ye nak senyum sampai ke telinga. Jangan riak. Dosa tau. Karang terkoyak mulut tu baru tau (T___T) Ok. Ok. Sorry *.

Ok. Aku tak tau la kenape aku nak create entry ni. Suke2 je * Sebab nak cakap, aku memang suke senyum. Heh. (^__^) *. Persoalannye, kenape mesti senyum? Yups. Kenape?? Aku bukan cakap pasal senyum sebab nak usha seseorang yg kite suke. Bukan senyum sebab nak tunjuk kat orang yg kite ni memang comel, kiut, lawa, cun gile kalo senyum. Tak. Bukan jugak senyum sebab nak tayang gigi emas atau berlian kite yg berkilau kilau tu. Bukan. Heh. Ade ke?

Ok. First. Try to learn's how to smile. Then, smile (^__^). Senyumlah kat sume orang, sume orang yg mendiami Planet Bumi ni * Kenal tak kenal, senyum je *. Jangan sombong. Bukan susah sangat pun nak senyum. Tak kena bayar pun. Lagipun, senyum tu kan satu sedekah. Tak rugi, dapat pahala lagi ade la. Kan? * Kau dah senyum manis cam madu, orang tu tak senyum pun. Dia boleh buat dek je. Ok. Tak payah la kau kisah sangat pasal orang tu. Orang tu senyum ke tak, tu belakang kira. Lantak dia la kan. Kau bukan kacau dia, bukan nak usha dia pun. Kau cuma bagi sedekah je sikit. Memberi itu kan lebih baik daripada menerima. Kan? Ade kaitan ke ni??? Heh (^__^) *. Tapi kawan², jangan lupa ye. Senyum dengan hati yg ikhlas. IKHLAS YE. Bukan senyum sebab ade udang di sebalik mee kari * Siyes Cik Ana. Jangan main². Ok. *

Second. Senyum memang tak salah. Malah digalakkan bagi mengeratkan lagi hubungan persaudaraan sesama insan, sesama manusia, sesama mahkluk tuhan. Tapi, senyum pun ade batasnye tau. Senyum biarlah kena pada masa. Jangan pulak, time kawan kau kena marah teruk² ngan bos. Kau pulak senyum² tengok dia. Tu kurang ajar namenye. Sengaje cari nahas * Free² je lepas ni dapat makan kasut dia yg dah sebulan tak cuci. Erk? Ape kau rase? Oren??? Hahaa (T__T) *. Ape hal pulak kau nak senyum² kat dia time dia kena sembur 'baekkk punyer' ngan bos??? Ape, takde mase lain yg lebih sesuai sikit ke nak sedekahkan senyuman kau tu? Senyum memang mudah. Tapi..bukan boleh senyum sesuke ati je tau. Agak² ah sikit.

Third. Aku nak tido dah. Hahaa. Ok. Ok. Gurau je. Jangan ah siyes sangat. Ni bukan entry misteri nusantara pun. Bukan. Ok. Jangan buat muka siyes, muka seposen pun dah cukup. Third. Aku takde idea dah nak cakap ape lagi ni. Hehe. Fine. Two minute.

Ok. Err. Ok. Ape korang dapat kalo korang senyum? Ape ganjarannye??? Emas ke? Permata ke? Berlian ke? Perak ke? Eh. Tak payah nak berangan lebih. Takdenye kau senyum, orang nak bagi kau emas ke, permata ke, berlian ke, perak ke. Tak de! Kau cuma dapat, PAHALA je. Tapi, kau punye feeling..memang bahagia abis. Macam terbang di awan awangan. Happy sesangat. Tu pun kalo kau senyum dengan ati yg ikhlas la. Tak caye? Cuba try test, tengok ape feeling lepas tu. Huhuu. Kalo senyum ngan ati yg ikhlas, kite rase bahagia je hidup. Kite rase happy je. Hari² yg dilalui, terase lebih bermakne. Rase cam senang je ati. Rase semangat nak teruskan perjalanan hidup sehari hari. Rase cam best ah. Rase... Macam2 rase ah * Hahaa. Malas nak explain. Aku tak tau dah nak cakap ape lagi ni *.

Well. Aku cuma nak cakap. Diri kite ni, JANGAN AH SOMBONG SANGAT. Tak kemane pun. Hidup ni, cuma sekali je tau. Tak de gunenye nak sombong². Cuba² la belajar sikit untuk jadi orang yg MEMBERI SEMANGAT kepade orang² di sekeliling kite * Aku maksudkan. Bila kite senyum, orang² di sekeliling kite pun akan turut merasai keceriaan, kegembiraan kite tu. Itulah senyuman semangat yg membuatkan kite dan orang² di sekeliling kite lebih bersemangat lagi nak teruskan perjuangan hidup sehari hari ni. Tak faham ape aku cakap panjang lebar ni, tak payah tanye ok. Aku pun tak berape nak faham sangat ape aku cakap ni. Heh (T__T) *.

p/s : Enjoy Ur Life. But, Don't Forget. Kebahagiaan Dunia Itu Bukanlah Segala-galanye. Kebahagiaan Akhirat itu lebih penting. * Aku sedar aku bukan manusia yg sempurna, aku punya banyak kelemahan. Masih terlalu banyak yg perlu diperbaiki. Same² la kite berusaha ke arah kebaikan. Tak rugi. Ganjarannye, SYURGA yang KEKAL ABADI. Insya'allah *.

Wednesday, April 28, 2010

Fotografi - Panorama Dari IPGM Kampus Tawau, Sabah

4 ♥ Comments ♥

Gambar : Permandangan senja dari IPGM Kampus Tawau
Lokasi : Balkoni rumah, quarters IPGM Kampus Tawau
Tarikh : * Lupa (T____T) *
Jenis Kamera : Digital Camera FinePix A700 ~ FujiFilm

p/s : Bosan asyik tengok gambar je? Maaf, saya kekeringan idea.

Tuesday, April 27, 2010

Fotografi - Frame (Abang Dan Adik)

10 ♥ Comments ♥

Gambar : Abang sulong dan adik bongsu
Lokasi : Frame gambar dalam bilik adik
Tarikh : Malam 26 April 2010
Jenis Kamera : Sony Ericsson Cyber-Shot K800i

Monday, April 26, 2010

Fotografi - Hijau

5 ♥ Comments ♥

Gambar : Pokok tak tau nama * Bolehkah??? *
Lokasi : Perkarangan Masjid Kundasang, Sabah
Tarikh : Hari Raya Aidilfitri yang ke-4, 2009.
Jenis Kamera : Sony Ericsson Cyber-Shot K800i

p/s : Tetiba blog ni dah jadi blog fotografi pulak. Haish. Penangan GF.

GengFotografi??? Adik Baru GengBlogger.

8 ♥ Comments ♥
* Gambar takde kaitan dengan entri. Sekadar berbasa-basi. Sila sedekah senyum sekarang (^___^) *


Assalamualaikum semua. Buat ape? Dah tido ke? * Bajet macam tulis mesej kat kawan pulak kau ye. Huhuu *.

Okey. Salam pagi isnin. Salam Satu Malaysia. Salam blogger (^___^) and happy blogging..

Entri kali ni, aku nak cakap pasal GengBlogger atau lebih dikenali dengan nama GB * Bukan guru besar, okey*. Bagi blogger yang masih blur² dan memang tak tau langsung ape tu GB, okey anda memang sangat ketinggalan..tak payah susah² beratkan loading minda anda nak fikir GB tu ape, klik je kat SINI. Dan, sila la daftar sebagai ahli. Kami warga GB, mengalu-alukan kedatangan anda (^___^) Welcomes to GB. Tapi awas! Sila jaga tingkah laku anda, okey. Jangan jadi blogger yang dibenci dan dikutuk. Boleh??? Hohoo.

Kelebihan yang anda dapat setelah join GB...???

- Dapat duit free RM100 * Eh. Takde, aku tipu je. Haha. Serius nampak? *
- Dapat ping entri² terbaru
- Dapat bersoal jawab, beramah mesra, utarakan pendapat di forum²
- Up traffic blog
- Tetiba jadi popular * Lebih² lagi kalo profail picture seksi. Huhuu *.
- Dapat ramai kawan cun² dan kacak²
- Follower bertambah, kalo blog best..banyak la dapat follower..
- Dapat belajar sikit² cara blogging atau jadi blogger dengan betul
- Paling ketara, anda mungkin akan ketagih GB dengan serius! Hari² login.
- Before join GB..entri takde orang comment, tapi after join GB..mesti ade orang comment, walaupun cuma satu je...pastikan entri anda best! Sure dapat comment banyak.
- Okey. Aku dah malas nak cakap. Korang join je la * Tak kenal maka tak cinta *

Okey. Settle story pasal GB. Sekarang aku bawa korang mengenali GF pulak. GF??? GF adelah girlfriend GB. Harap maklum. Hahaa. Takde. Takde. Aku gurau je. Don't be so serius (~___~)

GF bermaksud GengFotografi. Adik beradik je ni ngan GB * Respek giler² kat KONG, pengasas website² ni. Tapi, tak banyak yang aku tau pasal KONG. Misteri betul dia ni. Dah la krisis identiti. Ramai yang masih tertanya-tanya sama ada dia ni lelaki atau perempuan. Takpe². Kite tunggu. Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnye jatuh ke tanah jua. Hahaa-gelak-jahat *.

Okey. Sambung balik pasal GF. Sebenarnye, aku baru je join GF kelmarin. Time login ke GB, tetiba aku terpandang something yang macam best kat header GB. Ni dia.

* Banner gengfotografi.com sangat menarik perhatian *

* Dan inilah GF. See, aku termasuk dalam profail popular hari ini *


Aku join sebab aku minat fotografi. Suke snap gambar, then edit guna photoscape. Walaupun takde kamera mahal, cuma guna kamera handphone Sony Ericsson Cyber-shot je sebagai modal. Okey la kan, sekurang-kurangnye..ade jugak la kamera nak tangkap gambar. Haha.

Lupa nak cakap. GF ni masih baru lagi, masih dalam proses pengenalan. Fungsi pun tak berapa banyak lagi. Tapi, dah boleh guna dah. Maksud aku dah boleh daftar masuk. So, ape lagi. Join la (^___^)

Tapi.... Pastikan korang minat fotografi la. Kalo tak minat, tak payah la join. Sebab, GF ni lebih kurang macam GB je..cuma lebih kepada fotografi. Dan lagi, GF ni akan detect entri baru yang ade gambar je. Kalo takde gambar, tak detect kot * Aku pandai² je cakap ni, tak buat kajian pun lagi. Hahaa *.

Okey la, dah penat aku mentaip. Sakit dah jari jemari ni. Jam pun dah makin nak pagi. Mata aku pun dah berat berat dan berat. Pesanan terakhir dari aku, Jangan lupa join GB jika belum join. Dan jangan lupa join GF jika betul² berminat. Okey, jumpa lagi. Take care!

p/s : Join GB, sila klik SINI. Dan join GF, sila klik SINI.

Sunday, April 25, 2010

Fotografi - Buah Nenas Batu

2 ♥ Comments ♥

Gambar : Buah Nenas Batu
Lokasi : Perkarangan Masjid Kundasang, Sabah
Tarikh : Hari Raya Aidilfitri yang ke-4, 2009.
Jenis Kamera : Sony Ericsson Cyber-Shot K800i

Saturday, April 24, 2010

Kimia by Melda Ahmad???

2 ♥ Comments ♥

* Melda Ahmad *





Tadi petang, time blogwalking...

Eh, lupa.

Assalamualaikum semua..

Dan salam sejahtera bagi yang non-muslim. Salam pagi Sabtu ( 2.27 AM )

Sambung.

Tadi petang kan, time aku tengah pura² rajin pegi jalan² blog orang...then, aku masuk la satu blog ni * Macam biasa la, sehingga ke saat ni..aku lupa dah ape name blog tu. Heh (T___T) Tak tua lagi dah selalu lupa. Kalo dah tua nanti, wallahu'alam *.

Tapi kan, ade satu benda la yang aku tak lupa pasal blog tu. Lagu dia. Yups. Lagu dia. Ye. Lagu. Berapa kali nak ulang ni??? Bagi back-hand kan. Nak??? (T___T) * Diam *.

Ok. Kenapa ngan lagu dia? * Bukan dia yang nyanyi, okey. Harap maklum. Yang aku maksudkan di sini adelah lagu yang dia pasang kat blog dia *. Biasanye, aku macam nak blah je kalo blog yang aku masuk tu tetibe keluar lagu, then buat aku terkujat seketika. Memang rasa cam nak blah je. Tapi tak jugak blah (^___^). Haish.

Lagu dari blog dia tu yang tetibe je menerjah cuping telinga aku ni... Ceh. Sastera nampak. Hahaa. Ok. Sambung lagi * Banyak merepek la kau ni, story la cepat (=___=) *. Lagu dia tu buat aku terkaku kejap. First time dengar. Eh. Sedapnye. Lagu ape ni? Tak pernah dengar pun kat mana² * Atau mungkin aku yang ketinggalan??? *. Lagu tu best! Perempuan yang nyanyi.



Agak jakun * Takde kaitan *, aku pun terus google tajuk lagu and nama penyanyi tu. Dah jumpa, aku download melalui 4shared.com. So, aku nak kongsi la ngan korang.. Kalo nak download lagu tu, Kimia by Melda Ahmad. Klik kat SINI.


* Copy this image from Here *


Ni pulak, lirik lagu dia. layan.. (^___^)




Kimia by Melda Ahmad

Aku mula jatuh hati kepadamu
Setelah kau kata cinta padaku
Masing-masing dulu punya pasangan
Akhirnya kita bersama
Pertama kali kita bersua bertentang mata
Terasa ada kimia di antara kita

Kau kucup pipiku
Kau bisikkan cintamu
Kau kata baby i love you
Kau cairkan hatiku

Bahagia
Kurasa disaat kita berdua bersama
Memandang bulan terang
Menyaksikan bintang-bintang
Kau seru akulah pelangi cintamu




Thursday, April 22, 2010

Tentang Mereka. Mereka Ini Kesayangan Saya

5 ♥ Comments ♥

* Sekadar gambar hiasan *


Assalamualaikum.

Aku agak malas nak update sekarang kan? Huhuu. Kelas memandu pun dah 2 minggu aku tak pegi. Hohoo. Apsal ntah budak ni malas sangat.. (~___~)

Dah lewat sangat sekarang ni, dah nak masuk pukul 2 pagi dah..tapi mata tak mengantuk lagi. Ni pun baru je habis layan cite Akasia Adamaya kat SINI. Aku suke giler cite ni. Tapi tu la, tak dapat tengok petang, aku kan keje. Balik rumah pun sempat tengok dalam 15 minit je. Lepas tu pegi solat mahgrib, selesai solat bergegas pegi bukak koperasi balik. Ye, rehat cuma setengah jam je. Nasib la rumah ngan koperasi tak jauh.

Cakap malas nak update kan? Habis tu, sekarang kenapa tetiba je conteng² kat sini? Gian nak blog ek? Hahaa. Tak boleh blah. Kalau dah name blogger tu, blogger jugak la (^___^) Hmm. Banyak nak cakap ni. Ape???

Ok. Dah masuk 22 April 2010 kan? So, Selamat Hari Lahir Ain. Ye, Adik bongsu aku, NURUL AIN FAHIMAH dah masuk umur 9 tahun dah. Dik, dah besar dah. Jangan nakal² ek. Belajar rajin² ok. Semoga panjang umur dan murah rezeki selalu. Kak Na sayang Ain!


* Ain *

9 April hari tu, Hari Lahir Mak, ZAINUN..yang ke-47 tahun. Selamat Hari Lahir Mak. I love you! Semoga panjang umur dan murah rezeki selalu. Insya'allah (^___^) Saje je tunggu birthday Ain, baru nak wish sekali. Huhuu.


* Mak, gambar Disember 2008 *

11 April pulak, Hari Ulang Tahun Perkahwinan Mak (ZAINUN) ngan Ayah (MOHD HANAFIAH) yang ke-24 tahun. Sayang Mak ngan Ayah selalu. Semoga kekal bahagia hingga ke akhir hayat. Amin.


* Ain, Ayah dan Mak *

Untuk adik yang baru habis study kat Kolej Matrikulasi Labuan, NURUL FASIHAH. Tahniah dik, sebab layak untuk ambil ujian MEdSI dan jugak MUnSyI 24 April ni. Walaupun baru permulaan, dan dah lepas ujian nanti belum tentu lagi dapat ke tak sambung belajar. Tapi, insya'allah la. Pasti boleh. I know you! Yakin ngan kemampuan diri ok, do your best! Wish you good luck! (^___^)


* Adik, yang tengah² tu dia. Masa kat Matrik, dia aktif aktiviti surau *

Dan for my bro, MOHD SYAFIQ. Gua respek lu bro! Hahaa. Tetiba. Ok. Aku memang respek ngan abang aku sorang ni * Ceh, macam pulak kau ade banyak abang. Abang kau memang sorang je pun. Huhuu *. Balik kepada story. Kenapa respek? Ok, mari aku story sikit tentang abang aku ni.

Umur abang aku dah pun masuk 23 tahun..tua setahun je dari aku. Abang aku ni kan, memang citarasa dia agak tinggi sikit. Tinggi macamana tu, aku tak pasti la pulak. Cuma yang aku tau, kalo dia nak something..dia akan usaha sampai dapat * Ade kaitan ke? Huhuu *. Mungkin bab pelajaran tu, tak la. Sebab dia memang jenis yang tak berapa minat belajar. Habis SPM 2004, then dia menganggur setahun. 2006, dia masuk Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) kat Kinarut Kota Kinabalu, Sabah. Kat sana, dia ambik kos penyamanan udara.

Habis belajar, 2007 dia start keje kat Kemaman, Terengganu. Keje sebagai juruteknik kat syarikat aircond. Sebab tu je kemahiran yang dia ade. Tapi, aku kira dia ni agak beruntung sebab kemahiran tu la yang banyak bantu dia untuk berjaya keje dengan baik walaupun pelajaran dia tak sehebat mana. Dan dia agak beruntung sebab dia tau lebih dari kawan dia, jadi bos pun sayang dia banyak la. Maksud aku, ade keje yang kawan dia tak boleh buat, tapi dia boleh buat. Sebab tu bos sayang dia.

2008, abang aku tukar keje sebab nak up gaji..dia dapat keje kat Hotel Cherating, Pahang. Tapi tak lama la. 2009, dia balik sini * Tawau *. Dia nak cuba nasib kat sini, dapat la keje kejap kat Universiti Malaysia Sabah (UMS). Dan tak lama lepas tu, dia terbang pulak ke KL. Dapat keje baru, ape name tempat tu aku lupa dah. Dia apply keje tu melalui Jobs Malaysia. Tu pun tak lama jugak la. Sebab lepas tu dia dapat lagi keje baru. Kat KL jugak. Masih jugak pegang jawatan juruteknik, tapi kali ni dalam kem tentera kalo tak silap.

Eh, kejap. Aku tak tau dah jalan cerita aku ni bawa kite ke mana. Hohoo. Apsal ntah aku bantai story panjang² ni? Haish. Sebenarnye macam ni. Sejak keje kat KL, abang aku dapat la beli motor sebijik guna duit hasil titik peluh dia sendiri * Boleh ke sebut sebijik? (T___T) * Tau je la kat KL tu macamana, takde kenderaan..susah jugak la nak bergerak ke sana ke mari. Tapi, kesian kat dia. Bulan 11 tahun lepas, sehari sebelum balik Terengganu, motor dia tu kena curi. Dah la dia penat keje, kumpul duit nak beli kereta lagi, tup tup motor pulak kena curi.

Bengang. Tapi, dia takde ah frust sangat kot. Elok² je lepas tu dia beli motor lagi sebijik. Dan yang terbaru, baru je tadi aku dapat tau. Dia dah beli kereta dah. Wah! Tahniah bro, tercapai jugak hajat nak beli kereta ye. Dan paling aku tak sangka, dia angkat PROTON WAJA bai. Aku ingat kan, dia beli la kancil ke, myvi ke, proton wira ke, saga ke, biasa² punye kereta la. Haish. Dasyat lu bro. Sebab tu la aku cakap dia ni citarasa tinggi. Kan? * Lepas ni bro, jimat² la sikit belanja ye. RM500++ sebulan nak bayar kereta. Jangan buat² lupa pulak (^___^) *.

Kebanyakan barang² yang dia ade sekarang, semuanya hasil titik peluh dia sendiri. Dia nak, dia usaha sampai dapat. Dia nak motor, Iphone, kasut, baju, dia beli pakai duit dia. Macam tu jugak la kereta. Sebab tu la aku respek kat dia. Ayah pun turut rasa bangga. Sebab dia dah buktikan pada ayah yang dia boleh berjaya walaupun bukan dalam pelajaran. Dia dah buktikan yang dia boleh hidup berdikari, boleh dapat ape yang dia nak tanpa harapkan bantuan ayah. Sebab dulu ayah pernah cabar dia * Ayah tak nak dia terlalu bergantung dengan ayah, dia kena usaha sendiri kalo nak sesuatu *.

Bro, selamat maju jaya! Jaga diri baik². Jangan lupa diri, jangan lupa family. Dah ade kereta, jaga kereta baik². Jangan layan sangat perempuan gedik, boleh? Hohoo. * Orang cakap, perempuan sekarang pandang lelaki yang ade kereta. Dan aku mula risaukan abang aku! (~___~) Fuh. Lagipun dia cakap, time dia bawa motor..takde orang nak pandang! *


* 1 ~ Gambar dia tahun lepas, 2 ~ Gambar terbaru, 3 ~ Kereta dia *

Ok. Setakat ni je la. Aku dah membebel terlalu panjang. Take care!

Sunday, April 18, 2010

Entri Bergambar, Boleh?

8 ♥ Comments ♥
Assalamualaikum.

Malas nak menaip. Entri bergambar, boleh? Hohoo. Ok. Layan je la, gambar campur². Tapi macam biasa, edit guna photoscape. Entri ni terhasil tanpa motif yang jelas. Hahaa. Take care!


 * Surau Kolej Matrikulasi Labuan, adik punye gambar *

 * Tinggi-tinggi Gunung Kinabalu, Tinggi lagi sayang sama kamu (^___^) *

 * Husna, Ain and Hanim ~ Giant Terengganu, 2008 *

 * Mak, sekitar majlis perkahwinan Abang sepupu ~ Disember 2008 *

* Husna, Adik sepupu ~ Last year, disember 2009 *


* Balqis, Adik sepupu *


* Hasya Sofia. Oh. Rindu ah ngan budak kecik ni *


* Taman permainan Marang, Terengganu *


* Haish budak² ni, boleh pulak diorang pegi panjat² kat atas tu *


P/s : Sebenarnye, aku rindu ngan budak² ni. Terutamanye budak acha tu. Jumpa setahun sekali je..huhuu (T___T)

Saturday, April 17, 2010

I Miss You!

0 ♥ Comments ♥
* Rindu ngan budak kecik ni..Acha *

Assalamualaikum.

Entri pendek 5 minit (^___^). Haha. Dah lama tak update, hari² bukak..tapi tak tau nak coret ape. Maybe malam ni akan try coret something kot. Maybe la, kalo rajin. Hm.. Adik yang study kat matrik, dah habis study dah. Semalam dah selamat sampai rumah. Ayah pegi ambik dia kat sana * Kolej Matrikulasi Labuan - KML *, kami tak ikut..lagipun ayah pegi sandakan dulu 4 hari, ade urusan. Dan sekarang, aku nak stop dah. Haha. Jam 4.30 nak pegi bukak koperasi la..huhuu. Ok. Take care!

p/s : Oh. Rindu pulak ngan budak Acha ni... Akhir tahun baru dapat jumpa lagi (T___T)

Saturday, April 10, 2010

Top Blogger 2010 ???

6 ♥ Comments ♥
Assalamualaikum.

Selamat malam. Sekali lagi, aku diserang flu. Dah tiga minggu berturut-turut. Dah telan panadol 2 biji. Masih lagi tak hilang, aku telan lagi ubat selesema sebiji-yang-sebenarnya-aku-pun-tak-pasti-betul-ke-tu-ubat-selesema * Kalo tiba² pengsan nanti, nasib kau la ye. pandai² je (T___T) *

Aku alah ngan debu-debu bagai ni. Dan memang jenis yang senang nak kena selesema, selalu sangat. Tapi kali ni, teruk betul rasanya. Terbersin-bersin, tersedut-sedut hingus. Oh. Bila la nak hilang ni. Tadi pagi, kemas² rumah sikit..bukan banyak pun..tak sangka pulak boleh kena flu sampai macam ni. Huhuu.

Erk. Stop. Sebenarnya, bukan nak story pasal flu pun. Hm..aku buat entri ni sebab nak ucap terima kasih banyak² kat Mr. Serol-Nizam. Kenapa nak ucap terima kasih kat dia? Sebab....dia bagi aku award ni,








Terima kasih banyak² ok. Ni award pertama yang aku dapat sejak berblog ni. Agak terharu la sikit. Sebab blog aku tak best pun, banyak merepek merapu je, tapi masih ade jugak yang suka. Huhuu. Thanks (^___^). Aku simpan je la dulu award ni kot, tak tau lagi nak bagi kat siapa. Maybe next time, ok.

Ok la, setakat ni je dulu. Hingus nak keluar dah ni. Hohoo. Sungguh geli-geli. Haish. Tak sopan betul ah budak ni. Take care (~___~)

Friday, April 09, 2010

Psst..Psst.. Malam Jumaat!

7 ♥ Comments ♥
Assalamualaikum.

Psst..psst...malam jumaat! Haha. Erk. Sorry²..terpengaruh dengan iklan TV yang berbunyi seperti itu. Salam jumaat semua. Dah solat jumaat? Lelaki beragama islam only. Dah ek. Bagus. Semoga diberkati Allah selalu. Yang tak pegi solat jumaat, sebab sibuk mengerjakan benda lain..semoga Allah mengampuni dosa² kamu.

Ok. Entri kali ni..aku tak nak merepek. Aku nak story tentang Gejala Sosial. Mungkin lebih kepada isu gejala sosial yang melibatkan golongan remaja. Remaja yang beragama islam, mungkin. Dan peringatan di sini, aku menulis sesuka hati..dari hati, takde kena mengena dengan mana² pihak. Sekadar pendapat aku sendiri. Dan kalo ade salah silap bicara, sila maafkan aku. Aku akui, aku hanya seorang blogger yang kekurangan ilmu-tapi-sibuk-jugak-nak-beri-pendapat. Sangat kurang.

Gejala sosial bagi aku, tapi..mungkin jugak bukan gejala sosial bagi korang. Jadi, sila labelkan aku sebagai seorang yang berfikiran sempit jika mahu * Kite memang berkongsi dunia yang sama. Tapi sebenarnya, tak. Dunia aku dan kamu berbeza. Sangat berbeza *

Seperti yang kite semua tau, golongan remaja hari ni, macam dah bebas sangat dah hidup diorang. Nak buat ape pun, buat je..sebab, takde orang kisah kot. Diorang dah tak fikir halal haram sesuatu perkara tu. Buat kalo suke dan stop kalo dah insaf. Ok. Fine, ayat aku berbelit-belit. Dan korang masih tak faham ape yg aku cuba nak sampaikan?

Gejala sosial. Gejala sosial ni maksudnya pergaulan diluar batasan yang mengikut rentak gaya seseorang itu. Hidup bebas dan terbabas. Ye, tak naik bas pun boleh terbabas. Harap maklum.

Antara gejala sosial, mungkin cuma pada pandangan mata aku. Lain orang, lain pandangan. Dan ape yang aku nak tulis ni mungkin lebih kepada perempuan.

Kau bertudung. Sebab kau islam. Dan orang islam, perempuan, wajib menutup aurat. Dan bertudung itu, menutup aurat la kan. Bagus. Tengok pulak dari segi pakaian yang kau pakai, pun menutup aurat. Bagus. Aku gembira, sejuk je mata tengok, sebab kau sangat menutup aurat. Sangat. Tapi, kenapa..tergamak melakukan maksiat, zina sehingga melahirkan anak luar nikah? Kemudian buang ke dalam longkang ibarat sampah. Kenapa boleh terjebak sejauh itu? Salah diri sendiri kah yang tak kuat iman sehingga tergadai maruah. Atau salah sang jantan durjana yang memujuk merayu supaya menyerahkan diri untuk ditambah dosa.

Lagi sekali. Kau bertudung. Sebab kau islam. Dan orang islam, perempuan, wajib menutup aurat. Dan bertudung itu, menutup aurat la kan. Bagus. Tengok pulak dari segi pakaian yang kau pakai, pun menutup aurat. Bagus. Kau sangat menutup aurat, aku respek. Tapi kenapa ye, bila singgah kat facebook / myspace / friendster / blog kau..eh, ade gambar kau tak bertudung la. Pakai baju pun tak cukup kain, nampak pusat, nampak lurah dendam, nampak segala bagai yang mengghairahkan. Gosok² mata, kot² salah orang. Tapi tak salah, memang kau pun. Agak terkejut, ingatkan kau memang full time bertudung, memang ade rasa malu gile la kalo nak tayang gambar tak bertudung, pakai baju tak cukup kain. Rupanya, tak malu pun..tak kisah. Jadi, soalannye di sini..untuk apekah tudung itu di pakai? Sebagai penutup kepala kah, supaya kepala tak kena panas?

Diulang lagi. Kau bertudung. Sebab kau islam. Dan orang islam, perempuan, wajib menutup aurat. Dan bertudung itu, menutup aurat la kan. Bagus. Tengok pulak dari segi pakaian yang kau pakai, pun menutup aurat. Bagus. Ini menandakan kau seorang yang beriman, bagi aku. Tapi, aku jadi hairan lagi. Bila mana aku lihat, kau punya seorang lelaki yang kau gelar boyfriend. Bukan suami. Baru boyfriend. Dan kamu berdua yang aku gelar couple ni, sesuka hati je berpeluk-peluk jika mau, ibarat suami isteri yang sah. Sedangkan langsung tak sah. Raba sana sini, bersentuhan kulit maksud aku. Dan aku cuma melihat dari gambar. Jadi, yang di luar gambar itu tak tau la pulak macamana. Mungkin lagi dasyat kot. Jadi, sekali lagi..kenapa boleh jadi sebegitu murah? Sorry to say. Sedih melihat perlakuan kamu yang sebegitu. Islam hanya di bibir, hanya di IC (T___T)

Itu gejala sosial yang melibatkan perempuan bertudung. Bagaimana pula dengan perempuan yang tak bertudung. Memang full time free hair, free body * Ntah la betul ke tak istilah ni *. Sedangkan tuhan tak pernah bagi free pun, tuhan bagi pinjam je..sampai masa nanti Dia ambik la balik. Mungkin kite lupa, sepanjang tempoh Dia bagi pinjam ni..ape yang kite buat dengan harta pinjaman Dia ni akan dicatat. Ye, manusia mudah lupa..termasuk la penulis yang naif ni. Sebab tu la kite kena selalu saling ingat mengingati, terutamanya tentang dosa dan pahala.

Gejala sosial seterusnye, sambung lain kali boleh tak? Huhuu. Dah tak banyak masa dah ni, pukul 4.30 nak pegi bukak koperasi dah. Rasa macam banyak lagi nak tulis, tapi..tak berapa pandai sangat macamana nak tulis supaya orang dapat faham dengan mudah. So, next time la aku sambung lagi. Ok.

Kawan², ape yang aku tulis kali ni, bukan nak tuding jari kat siapa² * aku sedar, diri aku pun tak de ah sempurna mana pun *. Lagipun sume ni hanya dari pemerhatian aku je. Cuma sekadar renungan bersama. Fikir²kan lah. Kalo ade yang terasa, aku mintak maaf banyak²... Ye, siapa yang makan cili..dia la yang terasa pedas. Take care.

Tuesday, April 06, 2010

Langsung Takde Motif, Just For Fun

12 ♥ Comments ♥



Assalamualaikum.

Tadi selongkar laci cari surat KWSP, tapi terjumpa pulak artikel yang dulu copy dari internet dan print. Dah print setahun yang lepas kot, dah lupa dah. Copy dari mana pun tak ingat dah. Huhuu. Nak tau artikel ape? Tengok gambar kat atas. Haha. Meh sini baca * Sekadar tulisan, ubah guna tulisan sendiri ~ ayat berbelit-belit *. Langsung takde motif, just for fun.

Intro . . .

Pernahkah anda digilai seseorang yang begitu teruja dengan diri anda? Si dia yang mencintai anda itu mungkin benar² ikhlas, namun anda tidak pernah memberinya peluang. Apabila segalanya sudah berakhir, menyesal pun dah tak guna dah. Bukan seperti sebuah drama, segalanya berakhir dengan kebahagiaan. Namun, dalam dunia nyata..tidak semuanya berakhir penuh kebaikan. Mengakhiri episod sebuah percintaan yang malap, penuh kesayuan dan kepedihan membuatkan anda merana selamanya. Biarpun pernah menderita, cuba selidiki kenangan yang pernah anda cipta bersama si dia. Mana tahu anda mampu mengubah pandangan anda kepadanya.

  • Orang yang mencintai anda tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai anda. Yang dia tahu, di hati dan matanya hanya anda satu-satunya orang yang dicintai.
  • Walaupun anda sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak peduli. Baginya yang penting anda bahagia dan tetap menjadi impiannya.
  • Orang yang mencintai anda selalu menerima seadanya, di hati dan matanya anda selalu yang tercantik walaupun mungkin anda berasa berat badan sudah bertambah.
  • Orang yang mencintai anda selalu ingin tahu apa saja yang dilalui anda sepanjang hari.
  • Orang yang mencintai anda akan mengirimkan sistem pesanan ringkas ( SMS ) seperti selamat pagi, selamat hari minggu, selamat tidur dan seumpamanya walaupun anda tidak membalas SMSnya.
  • Menerusi kiriman SMS itulah, dia menyatakan cintanya dalam cara yang berbeza. Bukan 'aku CINTA padamu' tetapi berselindung di sebalik ayat selain kata cinta itu.
  • Jika anda menyambut ulang tahun hari lahir dan anda tidak mengundangnya ke majlis yang di adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon atau mengirim SMS untuk mengucapkan selamat hari lahir.
  • Orang yang mencintai anda akan selalu mengingati setiap kejadian yang dia lalui bersama anda, bahkan mungkin kejadian yang anda sendiri sudah melupakannya. Kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga baginya.
  • Orang yang mencintai anda selalu mengingati setiap kata-kata yang pernah anda ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang anda sendiri lupa pernah mengungkapkannya.
  • Orang yang mencintai anda akan belajar menggemari lagu kegemaran anda, bahkan mungkin akan meminjam cakera padat milik anda kerana dia ingin tahu apa lagu kegemaran anda.
  • Jika anda kurang sihat kali terakhir bertemu, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan anda.
  • Orang yang mencintai anda akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin bagi anda, sekadar sesuatu yang biasa.
  • Orang yang mencintai anda akan terdiam sesaat ketika sedang bercakap di telefon dengan anda, sehingga anda menjadi bingung. Sebenarnya, saat itu dia merasa sangat gugup kerana anda sudah menggegarkan dunianya.
  • Orang yang mencintai anda bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  • Orang yang mencintai anda kadangkala merindukan anda dan melakukan perkara yang membuatkan anda pening kepala. Namun, dia cepat meminta maaf jika tindakannya itu menganggu anda.
  • Kalau melihat telefon bimbitnya, nama anda akan menghiasai sebahagian besar ruang pesanannya. Dia masih menyimpan SMS anda walaupun ia sudah dikirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun lalu.
  • Jika satu hari nanti anda merindukannya dan ingin memberinya kesempatan, dia akan sedia menunggu kerana sebenarnya dia tidak pernah mencari orang lain.....!

Saturday, April 03, 2010

Ini Bukan Cerita Lucah. Bukan.

10 ♥ Comments ♥
Assalamualaikum..

Dah cakap dah, bukan cerita lucah. Yang korang excited sangat tu kenapa? Ececeh. Suke sangat la bab² lucah ni kan? Saje je tajuk nak gempak. Sebab tak tau dah ape jenis tajuk lagi nak letak. Btw, aku tak tipu korang. Jadi, jangan sentap. Aku dah cakap dah ni bukan cite lucah, korang tu je yang fikir bukan-bukan. Jadi, dalam hal ni..korang yang bersalah. Not me. Haha. Sengal + kejam (>___<)

Mula menaip. Makin hari, makin tak-berapa-nak-rajin. Makin dan makin. Dah la sekarang makin-tak-berapa-nak-kurus. Asyik nak makan je. Huh. Seluar jeans yang selalu pakai, sekarang dah tak boleh nak zip. Erk. Oh. Seluar jeans tu dah makin kecik kot. Hahaa. Sengal betul budak ni (T___T) * Sila kurangkan aktiviti makan kalo tak nak gemuk. Boleh? *

Macam biasa, tadi aku pegi IM ( Institut Memandu ). Belajar drive untuk kali yang ke-2. Hoyyeh. Seronok ah bawa kereta * Ayah, bila nak bagi saya main² ngan kereta ayah tu??? * Makin tak sabar nak dapat lesen cepat². Tapi kenapa ek, aku rasa bawa motor lagi best ah. Sebab motor tu kecik, celah² pun masih boleh menyelit. Hohoo.

Dah la time drive tadi, 3 kali mati enjin. Sedikit gabra bab² nak break. I mean, stop. Then, muka aku cuak giler bila ade kereta lain kat depan. Risau kot² aku pegi langgar tu kereta. Haish. Boleh tak, kalo dah dapat lesen nanti..aku nak drive kat jalan raya, tapi..aku tak nak kereta lain ade kat jalan tu. Sebab aku takut kalo nampak kereta lain dekat² ngan aku. Tiba² cam lemah semangat. Boleh tak??? * Boleh je. Kecik punye hal tu, nanti..suruh ayah kau buatkan jalan raya untuk kau sorang je guna (T___T) Hahaa *

Bukan main sedap membebel. Lupa nak tanya khabar. Korang sihat? (^___^) Hehe. Tak faham ape aku story ni? tak pe la. Tak pe. Aku memang suke bebel sorang² pun. Haha. Korang baca diam² ek, buat² je faham, ok. * Cik Ana, memang la blog ni, Ahmad Albab yang punye. Eh, tak. Tak. Err..memang la blog ni, kau yang punye. Tapi, kalo nak story something, biar la orang lain faham. Boleh??? Ye la. Ye la..(T___T) *.

Ok. Ape lagi nak cakap ni? Blur. Hm..lupa. Takziah diatas kembalinya Arwahyarham Din Beramboi ke Rahmatullah. Semoga tuhan mengampunkan segala dosa² beliau, mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan semoga beliau ditempatkan di kalangan hamba²-NYA yang beriman. Amin. Al-fatihah.

Beliau dah pun selamat dikebumikan. Selamat kembali ke tempat asal. Kita yang masih lagi tertinggal kat atas dunia ni, bagaimana pula??? Dah cukupkah bekalan untuk dibawa bersama apabila dipanggil bertemu yang Maha Esa kelak??? Atau lebih banyak dosa berbanding pahala??? Bersediakah kita sebenarnya??? * Sekadar renungan bersama, yang hidup pasti akan mati. Langsung tiada ruang untuk berlari menyembunyikan diri. Bila tiba masanya nanti..semua yang hidup akan pergi menghadap ILAHI. SEMUA. Tiada yang terkecuali *