Sunday, March 28, 2010

Excited + Teruja. Kenapa??? Sini Baca.

14 ♥ Comments ♥
Assalamualaikum.


* Sekadar gambar hiasan *


Mood malas makin menjadi-jadi. Ntah la apesal. Jadi, sekarang akan memaksa diri untuk jadi rajin sikit. Rajin menconteng di sini. Hahaa.

Semalam. Eh. Kelmarin la. Kelmarin, aku pegi IM ( Institut Memandu). For your information, aku dah abis dah step ke-3. Bengkel. Jadi, kelmarin adalah first time untuk aku mula belajar drive. Ayat berbelit. Ape ni? Tak faham. Tak faham. Heh. Ok². Aku excited campur teruja nak cakap. Sebab, seumur hidup aku sampai umur aku dah nak masuk 22 tahun ni * Bah, masih muda lagi (^___^) perasan *, aku tak pernah sekali pun drive kereta. Setakat motor tu kacang la, tu pasal la boleh eksiden masuk longkang. Sebab kacang sangat. Haha. Ish. Diam (T___T)

Sebelum pegi IM, dah call Cikgu Leung. Cikgu cakap nak ajar aku pukul 8.30 pagi. Tapi, sebab ayah ade kelas pukul 7.30 pagi..maka pukul 7 pagi lagi, aku dah tercegat kat sana dah. Lambat², ayah tak boleh hantar. Aku kan malas nak naik bas. Nak tak nak, terpaksa la pegi awal.

Sementara tunggu cikgu datang. agak berdebar-debar la jugak rasa hati ini. Nervous. Cuak. Dalam hati dah macam² fikir dah.

"...Eh. Boleh ke aku drive ni? Dah la tak tau ape²..ishh...".

Fuh. Cikgu pulak, datang datang je..terus ajak masuk kereta. Then, stop kat hujung pagar * Masih dalam kawasan IM *. Cikgu pun, mula ah ajar sikit² pasal gear, clucth, break kaki, break tangan, pedal minyak, lampu signal and bla..bla..bla lagi. 

Habis bab itu. Then, dengan rasa excited dan penuh rasa terujanya..aku pun mula ah pandu kereta dengan laju. Laju??? Erk. Sedikit penipuan di situ. Sebenarnya, memandu ibarat seekor kura-kura lagaknya (T___T). Nak buat macamana, fisrt time la katakan. Hohoo. Ayat tak boleh nak blah. Seminit, dua minit kemudian, pemanduan semakin baik. Lebih berani dan yakin. Lebih cekap dan berhemah. Sendiri yang cakap ni. Hahaa. Cikgu cuma cakap,

"...Bagus², ada peningkatan...pandai sudah maa...".

Dan kadang², Cikgu cakap..

"...Ayya, sudah makan jalan ni...",

"...Tambah minyak sikit maa...".

Fuh. Walaupun cuma sejam, tapi..aku punya excited dapat drive kereta..sampai hari ni pun masih terasa. Teruja. Hahaa. Sungguh sengal. Macam kau sorang je yang tau bawa kereta ye! Heh. Hari ni tak pegi, sebab tak bincang awal². Sekali call tadi, Cikgu cakap dah full dah. Tak pe, lain hari la pegi.

Ok. Malas nak story dah. Jumpa lagi. Take care!

Thursday, March 18, 2010

Sepanjang Minggu Ini. Apa Jadi??? * Update *

15 ♥ Comments ♥
Assalamualaikum..

Hai semua ^___^ Korang sihat? Bagus! Aku pun sihat * Walaupun sedang agak terseksa menahan selesema, hingus asyik nak meleleh-leleh je..tapi gigih jugak nak menaip entry ni. Dan gigih jugak mengaku sihat. Hohoo *. Ok. Hari ni hari khamis, tapi sebab dah masuk pukul 12, jadi dah beralih ke hari jumaat la kan? * Semua orang pun tau, jadi..kalo kau tak cakap pun takpe la budak. Lagipun langsung takde motif kenapa kena cakap hari ni hari khamis. Langsung takde. Hahaa. Sesuka hati aku je nak cakap. Sekeh kepala kan. Nak?? T____T *

Fine. Berhenti merepek. Macam banyak je benda aku nak cakap. Banyak ah. Tapi, tak tau nak mula dari mana. Eh. Tapi kan, ape yang aku nak cakap ni, i mean taip dalam entry ni, takde ape yang penting pun. Pasal hidup aku je. Jadi, korang tak payah ah serius sangat baca. Bukan nak cakap pasal masalah negara pun. Hehe. Lagi satu, entry tak berfaedah ni mungkin panjang. Mungkin sangat panjang. Jadi, kalo bosan. Tak nak baca ke, takpe la. Tak kisah pun. Maybe next time, ade entry menarik boleh la singgah lagi. Tq ^___^

Hari sabtu tu hari, 13 haribulan 3 tahun 2010. Pagi² lagi aku dah bangun, bersiap nak pegi IM (Institut Memandu). Disebabkan ayah sibuk, kena jaga exam ape tah..aku lupa. Jadi, tak dapat la beliau nak hantar aku pegi IM tu. Terpaksa la aku menapak naik bas je * Tambang bas dari IPGM ke Bandar Tawau adelah RM5 ye kawan-kawan *. Fuh. Lebih kurang setengah jam baru sampai bandar. Call Kak Misa, bagitau aku dah sampai. Dah janji ngan dia and Kak Jamiah nak pegi sama². Baru sampai bandar. Belum lagi IM.

Nak pegi IM, kena naik bas lagi sekali * Tambang dari Bandar Tawau ke IM, RM1.50 *. So, sampai IM..kami pun tanya la ngan kakak kat kaunter IM tu..sempat lagi ke nak daftar and terus masuk bengkel? Dan jawapan best dari kakak tu, kena daftar je dulu (RM210). Minggu depan, hari yang sama baru leh masuk bengkel. Paling lewat nak ade kat sana adelah pukul 7.30 pagi. Hahaa. Bagus T____T. Macam la aku nih rajin sangat nak pegi bandar selalu. Nak² kalo kena naik bas. Gerenti lambat sampai punye. Dah la jauh. Huhuu. Haish. Ape nak buat, dah nasib. Harap² ayah free la hari sabtu ni. Aku tak nak naik bas.


Belum abis lagi. Ade lagi nak cakap ni. Selesai je daftar kat IM tu, kami pun blah la ke Bandar Tawau. Kali ni naik teksi, bayar RM2 setiap sorang. Dah nama pun takde kereta peribadi kan, jadi kat bandar tu jalan kaki je la kami ni ke hulu ke hilir. Pegi sane pegi sini. Oh. Time jalan-jalan tu la baru sedar, baru aku tau betapa panasnya cuaca kat malaysia sekarang ni * Selama ni terperap kat rumah je. Keluar² pun petang, buka koperasi. Malam baru balik. Jadi, tak tau sangat la cuaca macam mana *. Fuh. Dasyat. Punye la panas, macam matahari tu terpacak kat atas kepala je. Baru pukul 9-10 pagi. Belum tengahari lagi tu. Malas nak berlama-lama sangat kat bandar tu, dalam pukul 11 lebih gitu aku dah kat rumah dah. Haish. Sempat jugak la aku demam, selesema satu hari.

Hari isnin, 15 haribulan 3 tahun 2010. Pagi² lagi, ayah dah terbang ke Terengganu Terchenta. Tapi, kalo tak silap..ayah singgah KL dulu before pegi Terengganu. Singgah KL, jumpa ngan my bro. Then, ayah singgah jumpa adik lagi kat Kemaman. Lepas tu la baru ayah pegi rumah Tok Wan kot kat Kampung Kijing, Marang. Ayah balik Terengganu, ade urusan nak selesaikan. So, sekarang ni dah masuk 5 hari la ayah kat Terengganu. Jumaat ni baru balik sini, Tawau. Eh. Hari ni dah masuk hari jumaat ek. Haha.

Ayah, jaga diri baik², ok. Semoga selamat selalu dalam perjalanan. Dan jugak, semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. * Ruginya aku kan, kereta ayah ade je kat bawah tu. Tapi aku langsung tak boleh guna. Sebab, aku langsung tak tau macam mana nak drive. Sikit pun aku tak tau. Huhuu *.


Sehingga ke perenggan ini. Masih ade lagi ke yang sudi baca? Hohoo. Thanks la kalo masih ade ^___^. Hm..dah panjang sangat ni. Perlu ke aku stop sekarang? Haish. Belum lagi kot. Masih ade lagi yang aku nak cakap. Seperti yang korang tau, kalo korang ade baca entry ni la, yang ade story pasal format PC tu. Dalam entry tu aku ade story yang aku ni jenis yang tangan gatal sikit. Heh. Jangan pikir lain. Bukan gatal nak meraba ke ape ke. Bukan. Gatal yang aku maksudkan ni, gatal nak godek² PC. Selain gatal menggodek program² yang ade dalam PC, aku jugak gatal je nak kacau² barang yang ade kat dalam CPU Central Processing Unit). Tau kan CPU tu ape?





12756285_1* Ini CPU. Pinjam dari Pakcik Google *



Dalam CPU ni macam² ade. Tak banyak yang aku tau. Hard disk (SATA / ATA), RAM, CD-ROM, Kipas, dan lain² lagi * Tu maksudnya, tak tau dah. Haha *. Cabut pasang benda² ni aku tau la. Tapi masalahnya, aku ni jenis yang degil sikit. Tau tak boleh, tapi nak buat jugak. Sengal kan. Nak dijadikan cite, aku memang bengang ngan PC aku ni. Nak² lepas format hari tu..sebab lepas format tiba² je dia jadi slow..tak laju macam dulu dah. Ayah cakap dia dah tambah RAM * Bagi PC lebih laju * sebelum ni, tapi bila aku check..RAM cuma ade satu. Dah tu, 64 MB je. Patut ah lambat. Hohoo * PC ayah pakai 2 RAM, 1 GB pulak tu dua². Jeles. Nasib tak muat ngan PC aku..kalo tak, dah lama dah aku cilok. Haha. Jahat *



SD RAM * Ini RAM 64 MB. Pinjam dari Pakcik Google *



DDR-RAM-Kingston-DDR-400-PC-3200 * Ini Ram 512 MB. Pinjam dari Pakcik Google jugak *





Sambung. Aku pun ape lagi, pegi la mintak ngan adik aku RAM yang dia tak pakai. Dia bagi la aku, RAM 512 MB. Dia dah pesan, kalo tak muat, tak boleh la tu. Kena beli RAM lain yang sesuai. Ayah pun pernah cakap dulu, RAM ni tak boleh suka² je pasang. Salah pasang, bahaya. Tapi, aku kan degil..mana ah nak dengar cakap diorang. Aku pun pasang la RAM tu. Paksa punye paksa. Memang tak muat.

Sah la, memang tak sesuai..kan. Tapi, punye la sengal aku ni..aku cakap, lantak ah. Tak try mana nak tau kan. Aku pun on je la PC. Tiba², ade bunyi meletup tapi slow je. 2 kali bunyi. Haish. Aku dah mula cuak dah. Tiba² lagi, bau hangit pulak. Wah. Ini dah lebih. Cepat² aku matikan suis plug PC. Beberapa minit lepas tu, aku remove la RAM 512 tu.

Kesan dari kesengalan aku ni, PC tak dapat berfungsi macam biasa. Sangkut. Try punye try. Tak dapat jugak. Banyak la aku buat, demi nak hidupkan balik PC aku ni. Godek² info kat internet, pinjam PC ayah. Hampanya. PC aku makin buat hal. Langsung tak boleh on dah. Bila on, kat screen monitor keluar ‘No Signal’. Oh. Bengangnya rasa hati. Tapi, salah diri sendiri. Haish.

Then, bila aku rasa dah takde cara lain. Aku mintak tolong adik untuk format balik hard disk aku * Aku rasa hard disk aku tu tak rosak pun, sebab bila pasang kat PC ayah..dengan bantuan hard disk ayah jugak..dapat je on. Cuma kalo sendiri² dia, tak dapat pulak. Huh. Tak faham * Paling tak best, sume gambar² yang aku simpan dalam PC, tak de pulak dalam disk C ni. Habis tu, kat mana aku pun tak tau. Ok la. lantak kau la. Aku dah malas. Hilang pun hilang la.

Lepas format. Aku rasa not bad la. Aku lagi suka PC aku yang sekarang ni daripada yang sebelum ni. Sebab adik aku lebih terer lagi bab² ni daripada aku. Aku ni bajet pandai je, padahal..hampeh. Hoho. CPU pun dia ganti baru, dia bagi CPU lama dia. Pindah barang² dari CPU aku, pasang kat CPU dia tu. Dapat pulak pasang RAM 512 MB tu. Huh. Sabor je la.



cats * Screen wallpaper baru. Yang lama dah tak jumpa. Download kat SINI *.



Sekarang ni, aku dah mula taip entry guna Windows Live Writer. Offline pun dapat jugak taip entry. Fungsi pun best². Bagi yang tak tau lagi, mungkin boleh cuba. Nak download, Klik Kat SINI.

Ok la. Dah panjang sangat taip. Aku pun dah penat. Nak stop dah. Next time kalo rajin, nanti aku update lagi. Ok. Take care..

Tuesday, March 16, 2010

Keywords Lucu. Gelak Guling² * Nuffnang *

12 ♥ Comments ♥
Assalamualaikum.

Hai hai. Entry ni mungkin pendek je, tapi kalo panjang jugak..tak tau la. Hahaa. Ntah la, tak tau la kenapa aku macam dah malas je nak taip menaip sekarang * Mood menaip sambil merepek aku pegi bercuti, ntah bila la diorang nak balik T___T *. Ok. Nampak tak tajuk kat atas tu. Nampak kan? Bagus. Itu yang aku nak story sekarang.

Semalam, aku login nuffnang. Jenguk² duit dah berapa, tengok pelawat ramai tak. Tengok lagi pelawat dari mana. Then, aku tengok kata kunci or keywords. Haha. Sumpah rasa nak gelak kuat². Tapi sebab dah malam, sunyi sepi..tak manis ah kau nak gelak kuat². Tak sopan langsung. Hohoo. Jadi aku gelak dalam hati je. Heh. Erk. Tak faham? Ok. Tengok gambar kat bawah, ape yang buat aku rasa nak gelak.




* Copy from My Nuffnang. Tak nampak? Sila klik untuk besarkan *



1 - Renungan patah hati

Apekah? Renungan patah hati. Langsung aku tak faham. Hohoo. Tapi sangat lucu. Adeh. Siapakah yang mentaip kata kunci itu. Memang la dalam blog aku ni ade entry pasal patah hati. Tapi, renungan patah hati itu langsung takde kaitan. Hohoo.

2 - Tips nak sombong dekat sekolah

Hahaa. Gelak guling². Tak boleh nak blah T___T . Kenapa seacrh kata kunci ini? Haish. Pelik. Adik ku sayang, tak baek ah sombong² ni. Tak dapat ape pun. Baek senyum je, buat baek je ngan sume orang, kawan²..cikgu². Dapat pahala tau. Sume orang pun senang, suke ngan kite kalo kite ni jenis tak kedekut nak senyum. Ok. Tak nak sombong² ye. Senyum sokmo! ^___^

3 - Nurul farhana model

Aiseh. Sejak bila ye aku jadi model ni? Jap nak fikir.. Hahah. Okeh. Takde, maen² je. Kat dunia ni, banyak je orang yang nama Nurul Farhana. Bukan aku sorang je. Jadi jangan perasan lebih² ye Cik Ana T___T . Cuma, sebab nama aku pun Nurul Farhana jugak, jadi tukang seacrh 'Nurul Farhana model' itu telah tersasar ke sini. Huhuu * Ade ek model nama Nurul Farhana? Apsal aku tak tau pun? Huh *

Ok la. Tu je nak cakap. Sekadar hiburan semata-mata. Jadi, takde ah blog aku ni bersawang sangat nanti. Hohoo. Jaga diri semua ^___^ Daa..

Monday, March 15, 2010

Seseorang Telah Men'TAG' saya, Siapakah Beliau?

6 ♥ Comments ♥
Assalamualaikum.

Selamat pagi semua, sebab dah nak masuk pukul 1 pagi pun * Tadi balik keje, lepak depan tv ngan adik² layan cite King Kong. Padahal hari tu dah tengok. Aku pun tak faham kenapa kena tengok lagi sekali. Hahaa. Sengal. Jadi, sekarang baru terhegeh-hegeh nak online T___T sah² la ni tido lewat lagi ni malam. Haish *.

Ok. Seseorang Telah Men'TAG' saya, Siapakah Beliau? * Tajuk tak boleh nak blah. Huhu *. Beliau adalah Mr. Fariz Danial a.k.a FD ( Sesi perkenalan telah bermula di Geng Blogger~GB ). Sebenarnye, aku nak start jawab ni dari semalam lagi. Tapi, baru je taip separuh..then aku dah start landing dah, mengantuk la. Tak boleh tahan. Sorry ek FD, sekarang baru ade masa nak jawab * Aiseh. Macam pulak nak balas surat cinta. Hahaa *

Ok la, tak nak buang masa lagi..aku jawab sekarang.

1.You have to print screen wallpaper you are using right now






2) Tell us why you like this wallpaper

Wallpaper ni sebenarnya download dari internet, lupa dah download dari sape * Title dia Top March Wallpaper kot *. Suka wallpaper ni sebab kaler dia yang agak gelap, tapi dalam masa yang sama..nampak colourful. Then, suka sebab wallpaper ni simple je. Then..takde dah. Heh. Oh ye. FD, awak guna Vista kan. Saya still guna XP je..huhuu..

3) Tag 10 people

Ok. Ni aku lemah sikit. Aku tak tau nak tag sape. So, aku bermurah hati. Sape² rasa nak jawab tag ni, ok. Jawab ah. Tak payah malu². Silakan jawab. Huhuu.

Tuesday, March 09, 2010

Ini Cerita Tentang Hati ♥

6 ♥ Comments ♥
Assalamualaikum



* Sekadar gambar hiasan *



Aku tertanya-tanya di dalam hati
Manusia jenis apakah aku ini?

Sudah tahu jiwa kosong
Sudah tahu hati sunyi
Sudah tahu sendiri-sendiri itu sepi

Tapi..

Bila ada yang ingin mendekati
Aku mula jauh berlari-lari
Bila ada yang ingin memiliki
Perasaan ku mula berbelah bahagi

Jika boleh..

Ingin aku hanya berdiam diri
Perasaan orang tak ingin aku sakiti
Tak ingin aku lukai walaupun hanya sipi-sipi
Kerana aku tahu bagaimana rasanya jika terluka hati


Sakitnya tak terperi
Kesannya pula berhari-hari
Mungkin juga sampai mati

Namun..

Mahu atau tidak, jawapan tetap harusku beri
Maka dengan berat hati dan penuh hati-hati
Ku suarakan jua rasa hati
Tulus ikhlas dari hati
Aku katakan aku tidak sudi

Maafkan diri ini yang tidak berfikir dengan lebih teliti
Ku harap agar kamu mengerti
Ku harap jua agar jawapan ku diterima dengan senang hati
Walaupun hakikatnya agak menyakitkan hati

Mungkin kerana egoku tinggi
Mungkin juga cinta di hati sudah pergi membawa diri
Mungkin juga sudah mati
Atau mungkin juga sudah dicuri dan dibawa lari

Entah..

Aku bingung sendiri
Kenapa jawapan itu yang aku beri
Bukan sekali, malah berkali-kali

Entah..

Aku bingung lagi
Namun ku akui
Itulah jawapan ikhlas dari hati
Jauh dari dalam hati

Bukan kerana egoku tinggi
Bukan juga kerana aku memilih-milih hati
Cuma aku tak ingin berpura-pura mencintai
Sedang hakikatnya langsung tiada rasa dalam hati

Saat ini
Ketika ini
Mungkin aku lebih selesa memilih untuk sepi

Maaf sekali lagi
Sila salahkan hati ini T___T



Sunday, March 07, 2010

'5G' Yang Perempuan Tidak Suka!

12 ♥ Comments ♥
Assalamualaikum..








Macam semalam jugak, hari ni..aku masih takde idea nak story pasal ape. Jadi, just nak kongsi ngan korang info ni je la. 5G yang perempuan tak suka. Lelaki, sila baca ok * Hohoo. Ni paksa baca ke ape ni? T___T *. Info ni, aku kutip kat Majalah Remaja Januari 2010. Memang dah sengkek idea dah ni, asyik² cedok dari majalah je. Huhuuu. Ok. Tak nak merepek banyak lagi dah. Jom baca.

♥ 'G' Yang Pertama ~ GARANG ♥

Guys * Not gay T___T *. Kami ni orang perempuan, seboleh-bolehnya tak nak ah kawan dengan lelaki yang garang, suka mencarut, cari gaduh dan suka marah² tak pasal² ni. Tak nak. Kalo boleh, memang tak nak kawan langsung la dengan lelaki yang jenis macam ni. Korang perlu tau, perempuan ni bukan boneka. Bukannya anak patung yang boleh sesuka hati korang je nak marah², herdik². Bukan, ok * We are not a barbie girl T___T *. Sebaliknya, hargailah kami sebab kami ni kaum perempuan, adalah golongan yang suka dimanja.

♥ 'G' Yang Kedua ~ GANAS ♥

Si kaki pukul! Haish. Lelaki yang macam ni, kaki pukul ni, yang suka² je nak pukul² orang. Sila cermin diri anda ye. Sila. Korang dah ah badan berketul-ketul. Dah tu, memang dah lumrah alam yang lelaki ni memang kudrat dia lebih kuat dari perempuan. So, sila sedar diri sikit. Kami ni, bukan lawan korang. Bukan. Kami ni insan yang lemah, yang perlu dilindungi. Bukan untuk disepak, teranjang, tumbuk, tampar ape sume. Bukan ok!

♥ 'G' Yang Ketiga ~ GEMENTAR ♥

Perempuan akan rasa selamat seandainya dia didampingi oleh lelaki yang cool * Tenang *, dan bersikap gentleman. Jadi, kaum lelaki sekalian.. Sebolehnya, elakkan la dari bersikap gementar dan takut tak bertempat. Tak macho la bro... ^___^

♥ 'G' Yang Keempat ~ GELOJOH ♥

Sekiranya korang berhajat nak usha seorang perempuan, ade niat nak ngorat la ni. Tapi, korang ni seorang yang agak gelojoh. Better korang ubah dulu ah perangai korang tu. Tak payah la nak pamerkan sangat sikap korang yang 'over acting' tu. Sebab, sikap korang tu cuma akan buat si perempuan tu menyampah je.

♥ 'G' Yang Kelima ~ GATAL ♥

Bak Kata Aliff OIAM dalam lagunya yang bertajuk Jangan Nakal, "...Please..please..please.. Kamu jangan nakal...". Ok. Tak perlu la nak beraksi nakal atau gatal setiap kali berhadapan dengan gadis or perempuan yang korang idamkan. Sebab, perempuan tak suka pun dengan lelaki yang gatal, miang. Tak suka, ok. Cukuplah korang jadi diri sendiri je. Tak payah nak gatal² * Tapi, kalo dah memang semulajadi gatal? Hohoo. Berusaha la ubah perangai korang yang semulajadi gatal tu *.

Saturday, March 06, 2010

Erk. Tak Tau Tajuk Apekah Yang Sesuai. Sila Baca.

2 ♥ Comments ♥
Assalamualaikum.


* Sekadar gambar hiasan *


Selamat pagi semua. Erk. Dah pagi ye. Tak reti² nak pegi tido ke??? Hohoo. * Nih cakap kat diri sendiri ni, takde ah niat nak sindir sape² *.

Tarik nafas sikit. Hembus. Fuuuhh! Ok. Sejak dua menjak, tiga menjak ni..dan banyak menjak lagi la. Aku semacam dah takde mood nak create entry baru.

Haish. Tak tau la kenape. Mungkin sebab kekeringan idea kot. Malas nak fikir banyak², dah la serabut ngan masalah takde air kat IP ni. Mana nak basuh baju, nak solat, nak mandi, nak buang air kecik, nak buang air....dah². Cukup. Huh. Penat ah. Bukan ah takde air langsung, ade. Tapi kat sinki dapur je. Tu pun, kejap ade..kejap takde. Macam chipsmore pulak ragam dia. Oh. Redha je la. Huhuuu. Bukan la niat nak merunggut sangat pasal masalah ni, sekadar nak meluahkan je. Lagipun, ade lagi orang yang lebih susah dari aku, langsung takde air. Nak hidup pun seksa. Jadi, bersyukur je la dengan ape yang ade * Weh. Merunggut ke merungut? Hahaa. Betulkan sendiri. Aku malas nak padam, pemadam takde. Liquid pun takde. Sengal T____T *.

Ok la. Dah takde idea nak cakap ape lagi * Taip ke, cakap ke, tulis ni??? Haish. Konpius *. Maka, akui je la. Aku ni memang pandai merepek je. Cakap benda² serius memang tak pandai * Again? Cakap lagi. Hahaa. Konpius *.

Eh. Sorry la. Aku rasa korang pun tak faham ape aku cakap nih * Cakap lagi. Lalalaaa T____T *. Fine. Diam. Diam. Diam. Fikir, nak cakap ape lagi. Erk * Sila abaikan perkataan 'cakap' itu, anggap je la aku tulis 'cakap' tu sebagai ganti kepada 'taip'. Ok? Tak faham? Takpe. Takpe. Diam je *

Oh ye. Selama tak update ni kan, aku bukannye takde masa nak update. Banyak je masa kalo ikutkan. Cuma, aku cam malas sikit. Sebab, aku lebih suka untuk menghadirkan diri aku kat GB ~  Geng Blogger * Sape yg tak tau GB tu ape, sila klik SINI. Aku jamin, korang takkan menyesal punye la. Baek punyer ^____^ Sila. Sila. Sila *.



Haish. Aku rasa, aku cam dah ketagih ah ngan GB. Asal online je, mesti nak cepat² login ke GB. Then, belek² entry baru. Pastu, pegi menyibuk kat forum². Pastu lagi, jenguk² kat hampeh.com. Haish. Best la. GB sekarang dah makin banyak ahli baru. Banyak jugak fungsi² baru. Dah makin maju dah. Rugi sape tak join. Hohoo. Padahal, line tenet cam siput...kadang² la. Tapi, aku gigihkan jugak tunggu page tu loading sampai habis, semata-mata nak login ke GB. Ajaib.

Ok la. Nak stop dah. Tak tau dah nak merepek ape lagi. Malas dah pening² kepala nak pikir. Errr. Perut berkeroncong * Lapar T____T *