Thursday, March 18, 2010

Sepanjang Minggu Ini. Apa Jadi??? * Update *

Assalamualaikum..

Hai semua ^___^ Korang sihat? Bagus! Aku pun sihat * Walaupun sedang agak terseksa menahan selesema, hingus asyik nak meleleh-leleh je..tapi gigih jugak nak menaip entry ni. Dan gigih jugak mengaku sihat. Hohoo *. Ok. Hari ni hari khamis, tapi sebab dah masuk pukul 12, jadi dah beralih ke hari jumaat la kan? * Semua orang pun tau, jadi..kalo kau tak cakap pun takpe la budak. Lagipun langsung takde motif kenapa kena cakap hari ni hari khamis. Langsung takde. Hahaa. Sesuka hati aku je nak cakap. Sekeh kepala kan. Nak?? T____T *

Fine. Berhenti merepek. Macam banyak je benda aku nak cakap. Banyak ah. Tapi, tak tau nak mula dari mana. Eh. Tapi kan, ape yang aku nak cakap ni, i mean taip dalam entry ni, takde ape yang penting pun. Pasal hidup aku je. Jadi, korang tak payah ah serius sangat baca. Bukan nak cakap pasal masalah negara pun. Hehe. Lagi satu, entry tak berfaedah ni mungkin panjang. Mungkin sangat panjang. Jadi, kalo bosan. Tak nak baca ke, takpe la. Tak kisah pun. Maybe next time, ade entry menarik boleh la singgah lagi. Tq ^___^

Hari sabtu tu hari, 13 haribulan 3 tahun 2010. Pagi² lagi aku dah bangun, bersiap nak pegi IM (Institut Memandu). Disebabkan ayah sibuk, kena jaga exam ape tah..aku lupa. Jadi, tak dapat la beliau nak hantar aku pegi IM tu. Terpaksa la aku menapak naik bas je * Tambang bas dari IPGM ke Bandar Tawau adelah RM5 ye kawan-kawan *. Fuh. Lebih kurang setengah jam baru sampai bandar. Call Kak Misa, bagitau aku dah sampai. Dah janji ngan dia and Kak Jamiah nak pegi sama². Baru sampai bandar. Belum lagi IM.

Nak pegi IM, kena naik bas lagi sekali * Tambang dari Bandar Tawau ke IM, RM1.50 *. So, sampai IM..kami pun tanya la ngan kakak kat kaunter IM tu..sempat lagi ke nak daftar and terus masuk bengkel? Dan jawapan best dari kakak tu, kena daftar je dulu (RM210). Minggu depan, hari yang sama baru leh masuk bengkel. Paling lewat nak ade kat sana adelah pukul 7.30 pagi. Hahaa. Bagus T____T. Macam la aku nih rajin sangat nak pegi bandar selalu. Nak² kalo kena naik bas. Gerenti lambat sampai punye. Dah la jauh. Huhuu. Haish. Ape nak buat, dah nasib. Harap² ayah free la hari sabtu ni. Aku tak nak naik bas.


Belum abis lagi. Ade lagi nak cakap ni. Selesai je daftar kat IM tu, kami pun blah la ke Bandar Tawau. Kali ni naik teksi, bayar RM2 setiap sorang. Dah nama pun takde kereta peribadi kan, jadi kat bandar tu jalan kaki je la kami ni ke hulu ke hilir. Pegi sane pegi sini. Oh. Time jalan-jalan tu la baru sedar, baru aku tau betapa panasnya cuaca kat malaysia sekarang ni * Selama ni terperap kat rumah je. Keluar² pun petang, buka koperasi. Malam baru balik. Jadi, tak tau sangat la cuaca macam mana *. Fuh. Dasyat. Punye la panas, macam matahari tu terpacak kat atas kepala je. Baru pukul 9-10 pagi. Belum tengahari lagi tu. Malas nak berlama-lama sangat kat bandar tu, dalam pukul 11 lebih gitu aku dah kat rumah dah. Haish. Sempat jugak la aku demam, selesema satu hari.

Hari isnin, 15 haribulan 3 tahun 2010. Pagi² lagi, ayah dah terbang ke Terengganu Terchenta. Tapi, kalo tak silap..ayah singgah KL dulu before pegi Terengganu. Singgah KL, jumpa ngan my bro. Then, ayah singgah jumpa adik lagi kat Kemaman. Lepas tu la baru ayah pegi rumah Tok Wan kot kat Kampung Kijing, Marang. Ayah balik Terengganu, ade urusan nak selesaikan. So, sekarang ni dah masuk 5 hari la ayah kat Terengganu. Jumaat ni baru balik sini, Tawau. Eh. Hari ni dah masuk hari jumaat ek. Haha.

Ayah, jaga diri baik², ok. Semoga selamat selalu dalam perjalanan. Dan jugak, semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. * Ruginya aku kan, kereta ayah ade je kat bawah tu. Tapi aku langsung tak boleh guna. Sebab, aku langsung tak tau macam mana nak drive. Sikit pun aku tak tau. Huhuu *.


Sehingga ke perenggan ini. Masih ade lagi ke yang sudi baca? Hohoo. Thanks la kalo masih ade ^___^. Hm..dah panjang sangat ni. Perlu ke aku stop sekarang? Haish. Belum lagi kot. Masih ade lagi yang aku nak cakap. Seperti yang korang tau, kalo korang ade baca entry ni la, yang ade story pasal format PC tu. Dalam entry tu aku ade story yang aku ni jenis yang tangan gatal sikit. Heh. Jangan pikir lain. Bukan gatal nak meraba ke ape ke. Bukan. Gatal yang aku maksudkan ni, gatal nak godek² PC. Selain gatal menggodek program² yang ade dalam PC, aku jugak gatal je nak kacau² barang yang ade kat dalam CPU Central Processing Unit). Tau kan CPU tu ape?





12756285_1* Ini CPU. Pinjam dari Pakcik Google *



Dalam CPU ni macam² ade. Tak banyak yang aku tau. Hard disk (SATA / ATA), RAM, CD-ROM, Kipas, dan lain² lagi * Tu maksudnya, tak tau dah. Haha *. Cabut pasang benda² ni aku tau la. Tapi masalahnya, aku ni jenis yang degil sikit. Tau tak boleh, tapi nak buat jugak. Sengal kan. Nak dijadikan cite, aku memang bengang ngan PC aku ni. Nak² lepas format hari tu..sebab lepas format tiba² je dia jadi slow..tak laju macam dulu dah. Ayah cakap dia dah tambah RAM * Bagi PC lebih laju * sebelum ni, tapi bila aku check..RAM cuma ade satu. Dah tu, 64 MB je. Patut ah lambat. Hohoo * PC ayah pakai 2 RAM, 1 GB pulak tu dua². Jeles. Nasib tak muat ngan PC aku..kalo tak, dah lama dah aku cilok. Haha. Jahat *



SD RAM * Ini RAM 64 MB. Pinjam dari Pakcik Google *



DDR-RAM-Kingston-DDR-400-PC-3200 * Ini Ram 512 MB. Pinjam dari Pakcik Google jugak *





Sambung. Aku pun ape lagi, pegi la mintak ngan adik aku RAM yang dia tak pakai. Dia bagi la aku, RAM 512 MB. Dia dah pesan, kalo tak muat, tak boleh la tu. Kena beli RAM lain yang sesuai. Ayah pun pernah cakap dulu, RAM ni tak boleh suka² je pasang. Salah pasang, bahaya. Tapi, aku kan degil..mana ah nak dengar cakap diorang. Aku pun pasang la RAM tu. Paksa punye paksa. Memang tak muat.

Sah la, memang tak sesuai..kan. Tapi, punye la sengal aku ni..aku cakap, lantak ah. Tak try mana nak tau kan. Aku pun on je la PC. Tiba², ade bunyi meletup tapi slow je. 2 kali bunyi. Haish. Aku dah mula cuak dah. Tiba² lagi, bau hangit pulak. Wah. Ini dah lebih. Cepat² aku matikan suis plug PC. Beberapa minit lepas tu, aku remove la RAM 512 tu.

Kesan dari kesengalan aku ni, PC tak dapat berfungsi macam biasa. Sangkut. Try punye try. Tak dapat jugak. Banyak la aku buat, demi nak hidupkan balik PC aku ni. Godek² info kat internet, pinjam PC ayah. Hampanya. PC aku makin buat hal. Langsung tak boleh on dah. Bila on, kat screen monitor keluar ‘No Signal’. Oh. Bengangnya rasa hati. Tapi, salah diri sendiri. Haish.

Then, bila aku rasa dah takde cara lain. Aku mintak tolong adik untuk format balik hard disk aku * Aku rasa hard disk aku tu tak rosak pun, sebab bila pasang kat PC ayah..dengan bantuan hard disk ayah jugak..dapat je on. Cuma kalo sendiri² dia, tak dapat pulak. Huh. Tak faham * Paling tak best, sume gambar² yang aku simpan dalam PC, tak de pulak dalam disk C ni. Habis tu, kat mana aku pun tak tau. Ok la. lantak kau la. Aku dah malas. Hilang pun hilang la.

Lepas format. Aku rasa not bad la. Aku lagi suka PC aku yang sekarang ni daripada yang sebelum ni. Sebab adik aku lebih terer lagi bab² ni daripada aku. Aku ni bajet pandai je, padahal..hampeh. Hoho. CPU pun dia ganti baru, dia bagi CPU lama dia. Pindah barang² dari CPU aku, pasang kat CPU dia tu. Dapat pulak pasang RAM 512 MB tu. Huh. Sabor je la.



cats * Screen wallpaper baru. Yang lama dah tak jumpa. Download kat SINI *.



Sekarang ni, aku dah mula taip entry guna Windows Live Writer. Offline pun dapat jugak taip entry. Fungsi pun best². Bagi yang tak tau lagi, mungkin boleh cuba. Nak download, Klik Kat SINI.

Ok la. Dah panjang sangat taip. Aku pun dah penat. Nak stop dah. Next time kalo rajin, nanti aku update lagi. Ok. Take care..

15 comments:

Hasrol Nizam said...

sampai hangit cpu tu dikerjakannya..hehe

windows live writer tu baru jek tau semalam..ni yg tak sabar2 nak cuba try test ni.

laGenDA KodOk HijAU said...

ko tau tak aku baca entry ko abis satu bekas popcorn.. siap air cocacola.. punya lah panjang. tapi pasal sayang punya pasal..kodok sanggup baca. satu lagi kena nak ambil lesen keta.. nanti kita kawin kodokkan bleh pandu utuk syg .. :P

Nurul Farhana said...

hasrol ~ tak try, tak tau..dah try baru tau..hohoo..

yups, WLW tu mmmg best, senang nak taip entry, sng nak post..nak masuk gmbr pun senang..

kodok ~ ye la tu. then, nnt kalo kite gaduh..sy pun terus drive je kete kodok bw lari..haha..

Lt. fDanialz said...

ewah2 kodok sampai ke sini dia nak ngorat.. mentang2 lolly tak nampak..

haa AF, for you extra information tentang RAM tu, RAM tu mesti la same saiz dengan pair dia tuh contohnya 512mb dengan 512mb.. mane bleh 512mb dengan 128mb huhuhu

laGenDA KodOk HijAU said...

LF aku tak tahu ko ada hati nga farhana.. kalau aku tahu kau ada hati ngan dia.. dah tentu aku ngurat farhana sampai jadi awek aku lepas tu aku akan merisik dia,,lepas tu bertunang..lepas tu kawin, lepas kami ada anak, lepas tu kami dapat cucu, lepas tu dapat cicit...lps tu kami hidup bahagia di syurga..lps tu...uik berapa banyak lepaslahh


farhana..nampak tak ;) i love u heheheh..jgn jeles

Nurul Farhana said...

ai kodok..ni dah lebih..haha...

takde²..sy nak membujang je smpai tua.. =p

Nurul Farhana said...

FD ~ sy tau pasal RAM tu..tp sbb sy degil, jd sy ignore je..huhu..

laGenDA KodOk HijAU said...

farhana boleh jgn lukakan hati kodok tak :?(

Nurul Farhana said...

erk..tak boleh. dah memang hobi sy.. =p

laGenDA KodOk HijAU said...

tapi hobi kodok akan terus menyayangimu .. hahahah

Capo Grande said...

sala ziarah...sy ada tulis pasal windows live writer ini...

WLW

Irenelim said...

Haha... PC hangus terbakar kah? RAM 512MB memang tak cukup la, tapi kalau pakai Windows 98 mungkin OK. Wallpaper you cantik nya!

Nurul Farhana said...

kodok ~ =p

capo ~ dh tengok..best kan WLW..

irenelim ~ bukan PC, cpu..just ade bunyi meletup kecil n then bau hangus..huhuu.. wallpaper download dr internet.. =]

Kaizen Shinobi.com said...

er cik kak... sedikit pembetulan..

CPU tuh bukan CPU, name die system unit..

CPU tu centre processor unit... benda yg kat seperti jantung kat motherboard.

hehe...

tumpang lalu~

Nurul Farhana said...

oo...

tau mne CPU n mne monitor..

cume tak tau mksud CPU, google kat internet..dapat ah, Central Processing Unit..huhuu.

tq.