Sunday, November 29, 2009

Nak Cakap Banyak Banyak, Boleh?

5 ♥ Comments ♥
  • Banyak nak cakap ni. First sekali nak cakap, sekarang sangat mengantuk. Banyak btol buat keje ari ni * Sape suruh buat keje last minit *. Kalo mengantuk tahap gaban dah, tido je la kan? Tapi, punye la degil..nak jugak online. Update la konon. Huh. Perangai memang tak boleh nak blah. Takpe, maybe lepas ni sebulan aku akan menyepikan diri dari dunia blog ni. I cakap je, tak tau btol ke tak. Hahaa (^__^).
  • Cubaan menukar template / layout blog gagal. Kalo anda perasan la. 2, 3 hari ni..blog aku asyik bertukar wajah je. Dah tu huru hara. Tukar itu, tukar ini. Last last, layout ini jugak yg menjadi pujaan hati.
  •  To my cousin, Bahri. Kalo dia bace la. Rah tak balik. Harap maklum ye. Huhuu.
  • 3 hari tanpa cinta dilalui dengan jayenye. Syukur Alhamdulillah. Aku maksudkan cinta family la. Bukan cinta sejati, cinta mati. Bukan. 3 hari iaitu 24, 25 dan 26 November. First time dalam sejarah hidup aku, aku tinggal sorang sorang je kat rumah siang dan malam jugak petang dan pagi. Hahaa * Ceh, tu pun nak bagitau orang ke? Suke I ati la, I punye blog, tak payah komplen banyak banyak..bace je (T__T) * Selame aku hidup ni, dari kecik sampai besar, sampai umur dah 21 tahun ni..memang aku tak pernah sekali pun tido sorang sorang kat rumah. Tak pernah. Aku bukan manusia dalam kategori berani. Tapi, dek kerana malasnye nak menumpang tido kat rumah orang. Leceh la. Ok. Fine, aku beranikan jugak diri untuk harungi 3 hari tu tinggal sorang sorang kat rumah. Fuh. Selamat jugak akhirnye. Alhamdulillah, takde la kejadian kejadian pelik berlaku. Tapi kan, yg malam raye tu ade seram sikit la. Bayangkan. Rumah aku tingkat 1, atas rumah aku ade lagi 2 tingkat. Setiap tingkat ade 3 buah rumah. Paling bawah sekali cuma ade 1 rumah je. So, 1 bangunan ade 10 buah rumah la kan. You know what? Malam raye tu, aku sorang sorang je kat bangunan ni. Yg laen2 sume takde, dah balik kampung.
  • Tumpang simpati dengan musibah yg menimpa my bro. Sehari sebelum raye, motor dia kena curi. Time tu dia masih kat KL, belum balik Terengganu. Aku rase la kan, mesti dia bengang gile. Kalo motor buruk takpe la jugak. Ni motor baru * Sejauh mane barunye motor dia tu, tak la aku tau..sebab aku tak pernah tengok pun lagi *. Dia cakap, dia tinggal tak sampai pun 10 minit. Dah tu, bukannye dia tak kunci. Dah kunci, mangga ape sume pun. Tu pun kena curi jugak. Adeh. Dasyat btol kan. Takziah ye bro, di atas kehilangan motor kesayangan anda. Pesanan dari adikmu yg comel neh * Perasan * : Cepat cepat ah beli kereta ek. Senang jugak nak ke sane, ke mari (^__^)
  • Ape lagi nak cakap ek?
  • Takde dah kot, ni last. Esok aku akan fly ke Terengganu Darul Iman terchenta (^__^). Tak sabarnye rase hati, sumpah rindu Terengganu like crazy. Aku rindu kedamaian bumi Terengganu. Laut, pantai, bunyi bunyi di sane, wajah wajah dan ragam ragam warga Terengganu dan semua semua yg di sane. Sudah tentu la sanak saudara yg dah sekian lame tak jumpa. Oh. Rindu yg amat. Maka berangkatnye aku esok, tinggal la pulak ayah sorang sorang kat rumah. Heh. Takpe, ayah tau jugak jage diri. Kan..kan..? Tapi tu la, risau jugak kalo ade ape ape. Aku tau, ayah bukannye sihat sangat pun. Selalu sakit sakit. Ya Allah, harap harap la takkan ade ape ape yg buruk berlaku. Ku mohon perlindungan-Mu Ya Allah. Titipkanlah kasih sayang-Mu kepada ayahku, lindungilah dirinya sepanjang ketiadaan kami, moga sihat sejahtera dan dirahmati-Mu selalu. Amin.
  • Doakan aku selamat sampai Terengganu, ok. Thanks, jumpa lagi laen waktu. Assalamualaikum.

Thursday, November 26, 2009

Salam Eidul Adha

1 ♥ Comments ♥

Monday, November 23, 2009

Tarik Nafas Dalam Dalam Dan Baca Baik Baik

4 ♥ Comments ♥
Esok dalam bahasa inggeris adelah Tomorrow. Tarikh pade hari esok adelah 24 November 2009 bersamaan dengan hari Selasa. Esok juga notis pemberhentian keje aku akan mula berkuatkuasa dengan jayanye. Esok lagi, aku tak tau pun keadaan cuaca akan macam mane, hujan akan turun ke tak, cuaca panas ke, mendung ke..memang aku tak tau * Eh. Ape kaitan ni? Memang ah kau tak tau, kau bukannye ahli kaji cuaca pun. Hehe. Memang nak kena ah budak ni (T__T) *


Bermulanye sebuah drama . . . . . . .


Terciptanye sebuah entri yg ala ala saspen tak berape nak saspen ni adelah kerana tuan punye blog dengan suke suke hatinye ingin memberitahu bahawa esok merupakan hari yg paling bermakna dalam hidupnye, hari yg paling ditunggu tunggu sejak beberape bulan yg lalu. Dalam bahase mudahnye, Hari Bahagia. Orang cakap, sekali seumur hidup je. Aiseh. Ape sebenarnye aku nak cakap ni? Ok. Bagi yg tak tau dan memang tak tau langsung, aku sebenarnye dah pun selamat bertunang dengan jejaka idaman hati pade 3 bulan yg lepas, tarikh terpakse dirahsiakan di atas sebab sebab tertentu yg tak dapat dijelaskan dek akal fikiran. Dan esok, 24 November 2009 bersamaan dengan hari Selasa, bertempat di Dewan Raflesia IPGM Kampus Tawau, merupakan Hari Bahagia kami. Harap harap semuanye berjalan dengan lancar. Jemput datang okeh (^__^)


Ya Allah Ya Tuhanku, Kau ampunilah dosa hambamu ini Ya Allah. Oh. Sumpah aku maen2 je la. Entry di atas adelah rekaan semata-mata. Typing Error. Tak payah ah percaye lebih lebih. Sape percaye lebih lebih, karang aku sekeh kepala dia. Heh. Saspen tak? Saspen tak? Hahaa. Sorry sorry, aku nak taip bende laen tadi, alih alih je bende ni pulak yg aku tertaip. Go on je la. Fuh. Sungguh menakutkan, esok aku nak kawen? Tunang pun takde (~__~) Lalalalala * Cuti ni cam banyak sangat orang nak kawen, tu pasal ah aku ter'create' entry pasal kawen *


Ok. Mintak maaf ye kawan kawan, niat di ati cuma nak bergurau. Macam sensitif je bergurau pasal kawen ni kan? Tau takpe. Huhuu. Perkara sebenarnye yg aku nak bagitau.. Esok. Mak, Adik Ain ngan Adik Shahir secara rasminye akan meninggalkan aku sorang sorang kat rumah ni. Wuuu Wuu.. Diorang dah tak sayang aku lagi dah. Diorang nak tinggalkan aku sorang sorang kat sini. Wuu Wuuu.. * Ape kau merepek ni? * Err. Terlebih sudah. Hahaa. Tipu lagi.


" Siakap senohong gelama ikan duri,
Bercakap bohong lama-lama mencuri ".


Pesanan Penaja :


* Teruskan bercakap bohong ye Cik Ana..
Lame lame nanti, boleh ah mencuri.
(T__T) Ok. Ok. I insaf dah *.


Heheh. Tau takpe. Direct to the point cepat la Cik Ana. Ye la ye la. Esok diorang nak fly balik Terengganu dah. Ye, Terengganu Darul Iman terchenta. Tanah tumpahnya darahku. Rakyat hidup bersatu dan maju (^__^) Maka, tinggal la manusia ini sorang sorang kat rumah. Di bumi Sabah Negeri Di Bawah Bayu ni * Aku tak cakap full name pun, orang laen memang dah tau, letaknye Negeri Sabah memang di bawah bayu *. Fuh. Ayah dah la tak balik lagi, 26 kot baru balik. Then aku kena tinggal sorang sorang kat rumah bermula hari esok?


p/s : Sorry la, kadang kadang aku memang suke cakap bukan bukan. Merepek tak pasal pasal. Sorry. Sorry. Sorry kalo tak suke, menyampah ke ape. Sorry * Lagi sekali kau cakap sorry, aku suruh kau naik lori sekarang jugak! (T__T) *. Noktah.

Saturday, November 21, 2009

Sabtu Yang Bosan++

0 ♥ Comments ♥
Selamat malam semua. Bajet cam ramai je orang bace (^__^) Haha. Selamat hari sabtu. Sebenarnye takde cite best pun coret kat sini. Aku bosan + rindu nak blog. Ye, sabtu yg bosan. Jam 10 pagi tadi ayah bergegas ke Airport Tawau, nak fly ke KL. Ade kursus ke ape tah aku tak berape pasti. Jadi, tinggal la manusia manusia ini di rumah. Sorang mak yg suke masak sedap sedap * Nasi lemak tadi pagi sangat sedap. Oh. Suke sangat *. Then, sorang anak dara yg pandai masak sikit sikit + ntah sedap ntah tidak walaupun mak dia tau masak macam macam sedap sedap (T__T) , sorang budak kecik nakal sangat sangat tapi manje baek punyer and sorang budak laki yg suke dengar mp3 kuat kuat * Huh. Tensen aku ngan peel adik laki aku sorang ni. Dah la pasang sound kuat kuat, ade suara latar pulak tu. I mean, dia ikut nyanyi sekali. Sabor je la. Kalo marah pun bukan dia ambik kisah *. Lagi tiga orang, jauh jauh jauh punyer jauh. Sorang kat Kolej Matrikulasi Labuan (KML). Sorang lagi kat KL, keje. And sorang lagi kat Politeknik Dungun, Terengganu. Rindu kalian (T__T) .


Ok. Last night punye story * Boleh ke sebut last night, aku maen taip je ni. Huhuu *. Semalam, aku merajinkan diri pegi kemas bilik My Bro, Apiq. Bilik dia dah cam stor dah. Sume barang sumbat kat bilik dia. Basikal Adik Ain, beg beg bertayar besar besar tu, mesin jahit mak, mesin kelim, pc rosak, kotak kotak buku ayah yg bertimbun, kain cadar, kain langsir, kain tuala, bakul bakul baju yg dah tak pakai nak sedekah kat orang dan bermacam macam lagi la barang barang yg aku dah malas nak sebut. Huhu. Btol2 dah jadi stor bilik dia ni. Mentang mentang ah dia takde kat sini kan. Hahaa. Sorry Bro. Mak punye keje, bukan aku (T__T) .


Oh ye. Aku kemas pun sebab ade udang di sebalik mee. Bukan suke suke je tau. Hahaa. Abang aku tu rasenye dah tak balik sini lagi dah kot, kalo balik pun mungkin balik cuti je. Dia dah ade tanggungjawab keje kat KL tu, sekarang pun tengah kumpul duit nak beli kereta. Heh. Kalo dah ade kereta nanti, ingat dia nak sangat balik cuti sini lame2. Mesti tak nak punye, tak senang hati dia nak tinggal kereta dia kat KL tu lame2 kot. Jadi?


Hahaa. Panjangnye intro kan. Sebenarnye nak cakap, aku kemas kemas bilik dia ni sebab aku pulak nak menginap kat sini. Hehe. * Sekarang dah menginap, sebab tu gune 'sini' *. Best best, macam pindah rumah baru je. Huhuu. Pindah bilik je pun, ade ati nak cakap rumah baru. Over (T__T) .


Bilik ni letaknye di sudut paling hujung sebelah kiri rumah, dekat ngan tandas, berdepan ngan bilik aku yg sebelum ni. Tak besar, kecik je. Sebab tu aku suke. Muat muat satu almari, katil bujang, meja komputer, meja kecik dan laen2 barang yg tak penting, jadi tak payah sebut. Heh. Yg paling aku suke, permandangan dari tingkap bilik ni. Boleh nampak matahari terbit time pagi pagi & matahari terbenam time petang petang. Bilik sebelum ni tak berape nak fun. Aku malas nak bukak langsir, sekadar bukak tingkap je. Sebabnye, kalo bukak..boleh nampak jiran sebelah. Jiran quarters yg berdepan ngan tingkap bilik. Budak2 maen bola petang petang. Tak berape nak fun, kan. Bilik tu pulak besar. Muat satu almari besar, dua katil bujang, satu meja study yg panjang, satu penyidai tuala dan laen laen barang yg tak payah sebut kat sini. Haha. Then, kalo ade tetamu datang tido, memang aku kena out pindah bilik laen, bilik tu bagi kat tetamu. Malas ah setiap kali tetamu datang tido, aku nak kena pindah2, kan * Tak dapat ah den nak online malam malam. Hahaa *. Dan kebiasaanye, bilik kosong abang aku ni la yg jadi tempat aku menumpang tido. Senang senang baek aku pindah bilik ni je terus (^__^) . Ok la, tu je kot aku nak story. Langsung tak interesting.


See. Hal kecik yg tak penting macam ni pun aku tergedik gedik nak cite kat sini * Err. Tak payah susah susah bayangkan aku yg tergedik gedik tu, aku saje je nak cakap. Realitinye, aku tak gedik pun. Sumpah tak gedik, ok. Hahaa *. Noktah.


p/s : Gambar takde, handphone SE Cyber-Shot aku dah berape ari dah rosak tak boleh nak on tapi takde la aku ambik kisah sangat. Nanti la aku hantar pegi kedai bagi tukang repair check ape rosak. Sebelum ni, kedekut sangat tak nak bagi orang number phone, tu pasal ah rosak kot. Haha. Sila ambik iktibar ye Cik Ana (T__T) . Laen kali jangan kedekut kedekut sangat.

Thursday, November 19, 2009

Menghitung Hari Hari Terakhir Di JPIPK, IPGM Kampus Tawau

2 ♥ Comments ♥
* Dalam Duka Ade Suka (^__^) *

  • Tengahari tadi, Kak Su ngan Kak Ida ajak aku pegi makan di Tadika Sri Murni. Ade jamuan sikit, pelajar2 Kak Su yg masak. PISMP Pra-Sekolah ngan KDPM Kemas. Heh. Aku tulis sebarang je ni, tak tau btol ke tak. Masakan? Sedap sangat, rase macam makan kat Hotel je (^__^) Memang terer ah diorang masak * Aku tak terer (T__T) *. Terima kasih banyak2 ye semua * Kenal. Tapi tak tau sangat name2 diorang ni *. Turut same2 join makan tadi, Kak Fatimah, Kak Habibah (Pengetua Tadika Sri Murni) dan Encik Mazania (Suami kepada Kak Habibah). Sangat2 terharu, bile tibe2 Kak Su cakap ade hadiah untuk aku. Sebab minggu depan aku dah last keje ngan diorang. Bantal bentuk LOVE kaler merah yg comel. Dan juga Coklat FERRERO ROCHER yg sangat sedap. * Terime kasih banyak2 kepade semua bos. Semua? Ye, aku ade 5 orang bos. Puan Suzana, Puan Idarmawati, Encik Ismail, Cik Siti Barokah & Puan Noraini. Terime kasih banyak2. Kalo ade salah silap saye selama berada di Jabatan PIPK ni, harap dimaafkan (T__T) *. Oh ye, notis pemberhentian aku dah keluar dah. 24 November minggu depan berkuat kuasa, then aku ade 7 hari untuk berhenti.

  • Oh. Tibe2 dah rase macam dah nak balik Terengganu dah. Macam nak balik sekarang jugak! Haha. Lepas Mahgrib tadi, aku ikut ayah pegi Airpot tawau yg jaraknye dari rumah adelah . . . . . . . . Ceh. Macam ah aku tau sangat. Ayah busy memanjang, takde mase nak pegi pejabat MAS di bandar untuk booking tiket aku. jadi, pegi Airport je untuk booking tiket guna kad Enrich ayah * Apetah name penuh kad tu aku tak tau. Yg aku tau, ayah cakap..booking tiket aku guna redeem point yg ayah ade melalui kad tu la. Tak faham? Takpe. Aku pun tak faham. Hahaa. Asal dapat balik Terengganu, sudah. Then aku cuma kena bayar cukai MAS je la (RM 21) *. Sepatutnye aku balik ngan ayah, 5 Disember. Tapi, sebab aku tak pernah lagi belajar balik sendiri. Sorang2. So, aku suruh ayah booking tiket 30 November ni je. Aku teringin nak rase balik sorang2. Ape2 hal, nanti aku contact je ah abang kat KL. Heh. Lagipun, di KLIA nanti aku ade 5 jam lagi sebelum flight ke Terengganu terchenta (^__^). Ye, nanti boleh mintak abang belanje makan. Belanje lain2, boleh? Hahaa.

  • Sejak akhir2 ni, aku dah tak busy sangat dah. Best ah. Bos2 pun sume dah tak nak marah aku dah. Haha. I mean, keje aku dah nak berakhir. Jadi diorang pun tak nak ah bagi aku keje banyak2 kot. Bagi aku relaks sikit, and siapkan mane2 yg tak siap je. Data soal selidik yg Ustaz Wan mintak tolong aku buat tu pun dah siap dah. Cuma tinggal bahagian bertulis je yg nak kena taip balik. Suke suke. Keje dah tak banyak dah. Hahaa. Hati banyak senang sekarang.

Monday, November 16, 2009

Selamat Hari Lahir

2 ♥ Comments ♥




SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-21 TAHUN, 16 NOVEMBER 2009.
SEMOGA PANJANG UMUR DAN DIMURAHKAN REZEKI SELALU.
SEMOGA BERJAYA MENCAPAI CITA-CITA DAN IMPIAN.
SEMOGA BAHAGIA SENTIASA DI SAMPING KELUARGA DAN INSAN TERSAYANG.
SEMOGA DIBERKATI ALLAH SELALU, INSYA'ALLAH.


AMIN.
Bintang di langit Terengganu,


Do you still remember me?


" Ku bisik melalui angin malam..
Bahawa cintaku padamu tidak akan luntur dan berubah,
Meski pun bulan dan bintang tiada di langit. "

SELAMAT HARI LAHIR SEKALI LAGI..


Jaga diri..










Rumput di bumi Sabah,


~ ANA ~

Sunday, November 15, 2009

Benci Dia. Ye, Dia Tu..

0 ♥ Comments ♥
Kenapekah line internet ni sangat lembap??? Oh. Sungguh buat aku fed-up je. Fuh * Cuma nak cakap tu je (T__T) *

Selamat Malam..

Tuesday, November 10, 2009

Today, I Got A Bad News

8 ♥ Comments ♥
Sekarang sila ucap takziah pada saya. Huhuuu (T__T) . Today, I got a bad news..just for me. Only me. Oh, Kak Julie jugak. Bad news for Us.


Rasa sedih sikit tapi agak happy la jugak sebenarnye (T__T) ----> (^__^)


S.E.D.I.H > > > > >


Pagi tadi, Encik Malek selaku Ketua Unit Khidmat Pengurusan IPGM Kampus Tawau, datang jumpa aku kat workstation. Time tu aku tengah busy key-in data maklum balas soal selidik guru permulaan iaitu KPLI J-QAF and KPLI KDPM * Cakap panjang2, macam ah korang tau. Kan? *. Ok. Encik Malek cakap, nak jumpa sekejap. So, aku ikut la dia. Kami duduk di kerusi ruangan rehat pensyarah. Hati dah tertanye-tanye, apehal pulak ni? Aku ade buat salah ke? Or maybe, ade keje yg aku tak siapkan? Tapi aku yakin, memang takde. So what???


Aku senyum je macam biasa. Pamer muka tenang. Buat ape nak takut, bukannye aku ade buat salah pun. Encik Malek pun senyum je tengok aku, relaks je. Tapi muka cam orang serba salah. Sikit la * Heh. Kalo dia bace ni..siap la kau. Pandai2 je komen pasal dia (^__^) *. Ok. Sambung lagi. Sebelum tu, Kak Julie pun dipanggil sekali. Mungkin ade kaitan ngan PKS (Pekerja khidmat Sementara), sebab Kak Julie pun PKS jugak. Sekarang ni pun tinggal kami dua je lagi yg berstatus PKS. Nak dipendekkan cite, Encik Malek cakap..disebabkan N1 (Pembantu Am Rendah) dah ramai yg masuk sekarang ni, sampaikan terlebih sudah ibarat kata Stacy. Maka, khidmat PKS yang ade sekarang akan ditamatkan dalam mase yang terdekat ini. Huhuu (T__T) Ok, aku dah rase sedih dah sikit. Nak kena berhenti keje rupenye. Fine. Aku ok. Cuma tak sangka awal sangat, sepatutnye 01/01/2010 baru tamat kontrak. Takpe la, kalo dah macam tu. Ape boleh buat. Sekarang ni tunggu notis berhenti dari Puan Pengarah je la. Kalo Puan Pengarah dah keluarkan notis, maka tamatlah riwayat keje aku kat IPGM ni. Takziah (T__T) . * Encik Malek cakap, diorang pun berat ati nak berhentikan kami. Tapi tetap kena berhentikan jugak. Sebabnye, adelah menjadi satu kesalahan sekirenye ade pihak Audit dari BPG datang dan kami masih berkerja di sini. Ini kerana, N1 dah cukup. Malahan terlebih. Jadi khidmat PKS memang sudah tidak diperlukan lagi *. Say gud bye je la pada kami (T__T) Bye bye. Selamat jalan. Hati-hati. Jage diri. Jangan nakal2. Bla..bla..blaaa..


* Hahaa. Macam karangan budak tingkatan tiga. Ye, gelaklah la kalo nak. Do I care? Emo tetibe (T__T) *.


Tapi. Dalam duka, ade suka (^__^) Aiseh. Apekah???


S.U.K.A > > > > >


Memandangkan aku akan dibebaskan dari bebanan keje yg tak pandai2 abis ni, tidak lame lagi. Maka, dengan sukacitanye..aku telah pun mengatur rancangan baru bagi menghabiskan sisa2 hidup bujang aku ni * Aiseh. Macam ah lepas ni kau nak pegi kawen. Hahaa *. Malas ah nak cakap putar belit. Direct to the point kan senang. Nanti aku nak ikut mak balik Terengganu la. Excited gile nak balik. Kan dah tak keje, takpe ah nak balik sebulan pun. Setahun pun boleh bah. Huhuu.


Tibe2, aku cam dah takde mood dah nak cakap. Ok la, nite.


p/s : Soalan > Berapekah bilangan ikon sedih dalam entry kali ini??? Berapekah pulak bilangan ikon suke / senyum??? Ok. Dah kire berape bilangan? Sekarang boleh nilai sendiri, apekah mood / perasaan saye sekarang. Tq. Huhuuu.

Sunday, November 08, 2009

Kisah Budak Suka Nangis - Part 1

2 ♥ Comments ♥
Aiseh. Siapekah budak yg suke nangis tu? Comelkah dia? Err, I dah 21 tahun. Masih boleh gelar budak lagi ke? Ceh. Kantoi. Hahaa. Ok. Ok. Nak story la ni. Heh. Bajet ade orang bace la ni. Perasan btol (T__T)


F.I.R.S.T > > > > > >


Tarikh / Bulan : Sekitar bulan 5 2009
Lokasi : Koperasi Kafeteria IPGM Kampus Tawau
Masa : Malam


Time tu aku masih lagi keje di Koperasi Kafe. Time tu jugak, student2 takde..cuti panjang. Yang ade cikgu2 yg kursus time cuti. Sekali ngan student KPLI J-QAF, kalo tak silap aku la. Kedai2 makan kat situ pulak masih tak berape nak aktif sangat. Satu dua je yg bukak (Student tak ramai, lagipun masih dalam proses percubaan. Kontrak baru). Malam dah suram. Aku sorang2. Suasana makin seram. Jiwa tak tenang. Heh. Pantun ke ape (^__^) . Ok, sambung. Keadaan kafe yg agak gelap. Sunyi. Jam berape aku tak ingat. Jiwa dah kacau. Perasaan aku, cuak sikit * Aku risau kalo2 ade orang datang kacau aku. Aku maksudkan orang, ok. Btol2 orang, bukan laen2. Tapi, laen2 pun aku terpikir jugak. Heh *. Memandangkan dah takde student, suasana pun sunyi sepi. Aku pun start la kemas2 barang. Bersiap nak balik. Tetibe, datang la 3 orang kakak KPLI J-QAF singgah nak beli air * Kalo tak silap *. Kakak2 ni, aku kenal la jugak. Salah sorang dari diorang, dia suke sikit nak usik2 aku. Suke bergurau. Tapi, aku tak sangka yg dia akan cakap macam tu dengan aku. Dah la aku ni tak berape nak berani sangat. Berani tahap bunuh lipas tu boleh la. Hahaa. Nak tau dia cakap ape? Mase dia ngan dua orang lagi kawan dia tu nak balik dah, dia berdiri kat pintu koperasi and cakap.


"Dik, cepat2 balik. Akak dah jumpe dah ari tu".


Aiseh, ape kakak ni nak cakap? Aku dah cuak dah time tu. Memang cuak ah sangat. Hati pun dah dup dap dup dap dah. Ok. Ok. Then, dia sebut name ' . . . . . ' * Sila isi tempat kosong. Hahaa. Sorry. Aku malas nak tulis name benda tu. Korang pikir sendiri *. Ok. Sambung lagi. Dengar je dia sebut name tu, aku terus cry tak pasal2. Bukan suke2 nak nangis. Secara tak sengaje, aku ternangis. Ternangis ok. Wuuuuu..Wuuu.. (T__T) * Emo *


Kakak tu dah panik dah. Aku nampak muka dia macam orang serba salah. Macam menyesal sebab cakap macam tu. Tetibe, aku pun rase serba salah jugak. Aku takde niat pun nak buat dia rase bersalah. Huhuuu. Ok, aku tau dia gurau je. Saje je nak menyakat aku. Cuma time tu hati aku dah melekat macam2 perasaan dah. Takut, cuak, risau..bla..bla..bla..blaa. Di tambah lagi ngan suasana kafe yg sunyi suram tu. Tu pasal la tetibe je aku boleh termenangis. Lebih2 lagi bile aku terbayangkan ape yg kakak tu sebut. Huish. Seram ah. Tapi tak lame la, lepas tu aku dah ok dah. Kakak tu pun dah mintak maaf, dia cakap dia main2 je.


Ok. Cite abis. Faham? Tak faham takpe, diam2 sudah (^__^) Hahaa.


Ade lagi satu story, tapi nanti next time ah aku cite. Sekarang dah lewat malam, aku nak tido dah. Esok keje. Ok. Selamat malam semua.

Saturday, November 07, 2009

Melayan Jiwa Bosan..

2 ♥ Comments ♥
* Beg tangan kaler vanilla ni aku order ngan Bro Roslee a.k.a Kak Nasya (^__^). Order dari katalog (Beethoven). Time tu bulan 7. First time dah dapat, aku belek2 cam orang tak puas ati. Perasaan macam tak suka, macam tak cantik, macam bla..bla..bla. Then cakap kat mak, mak kalo nak beg ni ambik ah. Mak cakap, simpan je. Nanti bagi adik kat Matrik. Ok. Ok. Tapi, lepas tu aku belek2 lagi. Huh. Ok. Fine. Fine. Pakai je la, dah beli pun. Dah pakai berhari hari, baru ah rase cam suke. Eh, cam cantik pulak beg ni. Eh, best ah. Eh, aku sekeh kepale budak ni kan baru ah. Hahaa. Aku selalu macam tu, kalo dah beli barang. Nanti kat rumah, tiba tiba boleh rase cam tak berkenan. Tak puas ati la. Tak suke la. Bagi back hand karang baru ah dia tau langit ni tinggi ke rendah. Heh. Apekah kaitan??? *




* Ni pulak yg kaler purple comel ni, pokok bunga la kan. Takkan ah pokok durian pulak. Hahaa. Diam ah kau. Ok. Macam dah kali ketiga dah ni aku upload gambar pokok bunga ni and tayang kat sini. Ape hal? Saje je, melayan jiwa bosan. Huhuuu *.

Tak Tau Nak Letak Tajuk ape..

6 ♥ Comments ♥

Salam Lebaran. Ceh. Apekehal??? Heh. Ok. Ok. Salam Sabtu.


Hari ni bangun lambat. Hahaa. Ok. Tak payah bagitau pun takpe (T__T) . Gaji tak keluar lagi, maknenye takde ah aku pegi kelas memandu ari ni. Step ketiga dah, masuk bengkel. Kalau tak silap, Bro Yus ngan Sis Esni je yg pegi ari ni * Berape banyak 'ari ni' daa. Haha *.


Zaida, ambik test komputer ari ni * Good Luck! *. Sis Misa, minggu depan * Good Luck jugak! * Laen2, aku takde pulak tanye. Maybe aku tunggu Sis Misa la, same2 masuk bengkel.


Haish. Macam tak tau nak story ape lagi ni.


Oh ye. Lupe. Rumah dah jadi sepi balik. Sunyi. Adik aku, Rah. Dah balik Matrik dah. Petang kelmaren * Eh. Kalo aku ade salah eja ape2 perkataan, tak payah pertikaikan. Diam2 sudah. Hahaa * Ok. Aku rase tak best ah dia tak de. Selalu sebelum tido, dia akan mengaji dulu. Ye la. Mengaku la aku ni jarang2 je mengaji (T__T) . Dia, kalo lepas sembahyang..mesti dia akan ambik mase sikit untuk mengaji ngan berzikir. Suke aku dengar. Dia pun selalu jugak bagi ceramah free kat aku. Heh. Nasihat itu, nasihat ini. Selalu bagi tazkirah. Selalu pasang mp3 or video2 ceramah. Secara tak langsung, aku pun dengar la jugak. Selalu bace buku2 ilmiah, tafsiran Al-quran. Pakaian dia pun, sopan habis. Mekap2 dah tak pakai dah. Ok. Aku rasa, nanti dia boleh jadi ustazah. Minat dia terhadap agama, tinggi melangit. Dulu memang dia alim tapi tak nampak sangat, lepas dia masuk matrik..baru nampak minat dia tu * Dekat matrik sane, dia berkawan dengan budak2 surau. Alhamdulillah. Aku tumpang gembira dengan perubahan dia sekarang *. Rindu ah * Heh. Baru sehari dia takde, kau dah rindu (T__T) *. Hari ni, dia ade exam M.U.E.T. Good Luck Sis (^__^) .


This is SHE. Before pegi Airport Tawau, then fly to KK.
Ade gaya Ustazah tak?
* Dia pakai baju mak mase muda2, tudung itupun mak punye (^__^) *

Tuesday, November 03, 2009

Sekadar Renungan Bersama..

2 ♥ Comments ♥





Renungan Hari Ini . . .



  • Walaupun pada hari ini berlaku sebesar-besar bencana, musibah dan bala, siapakah yg teringat akan masjid? Tidak hairanlah dengan keadaan orang awam. Adakah pembesar-pembesar agama mengambil berat tentang perkara ini? Fikirkan jawapannya dalam hati kamu.
  • Usaha kita untuk urusan Dunia begitu berlebihan sekali berbanding dengan usaha kita untuk Akhirat.


p/s : PC aku rosak teruk, sebenarnye CPU..err, hard disk kot. Hahaa. (Ntah la ape hal, benci ah) Sekarang ayah tengah repair..maybe kena format (T__T) punye la banyak fail2 penting aku dalam tu, termasuk la picture2 yg memang takde save kat tempat laen. Huhuu. Salah aku jugak, tersangat malas nak save dalam pendrive, sebab setiap kali scan..ambik mase lame sangat. * Sekarang ni, guna CPU adik tapi monitor aku (Skrin monitor dia kabur sangat, boleh rabun mata aku). Nasib baek dia tak de, kalo tak..memang dia tak bagi. Err, dia tak de sebab dia sekarang kat asrama..study kat Sekolah Menengah Teknik Tawau. Heh. Pinjam ek *