Friday, September 25, 2009

Riang Ria Aidilfitri..

0 ♥ Comments ♥ ♥ Links to this posts ♥
Ceh.. Macam besh je tajuk. Sebenarnye tak besh pun. Huhuu. Err. Ni gambar2 raye (takde ciri2 gambar raye pun, lantak ah). Sebelum tu nak cakap, kalo agak2 malas or bosan ah nak tengok.. Blah je la ek. Hehee (^__^)


Hari Raye ke-2. Bersiap. Nak pegi ambik adik (Rah) kat Menumbok (Terminal Feri).


Adik Ain & Shahir. On The Way ke Menumbok.


Dua baby sedang tido. Hahaa. Ok, diorang memang macam ni, kalo jalan jauh..tido je la kejenye. Heh. 2 x 5 je ngan aku sebenarnye. Huhuu.


Time ni tunggu ayah beli lemang kat seberang jalan. Memang takde keje lain ah budak ni.


Adik Ain. After ambik Rah, before balik Hotel, singgah pantai ni jap (Pantai Tanjung Aru ke ape name dia? Haha..sorry, aku tak tau).


Before keluar makan, petang hari raye ke-2.


Adik Ain & Ayah. Kat bilik Hotel Lembaga Tabung Haji.


Heh. Tabiat tak boleh nak blah, after siap je..mesti nak snap pic (T__T) Nasib ah kau comel. Hahaaa. Ok. Abaikan ayat ke-2 terakhir tu.


Rah. Lama tak jumpa, rasanya dia dah banyak berubah..ke arah kebaikan. Makin alim, gaya pun dah ala2 ustazah. Insya'allah (^__^)


Rah ngan Mak. Dalam Lif.


My Dad yg hensem & My Mom yg comey. Huhuu. Ana!


Snap pic sementara tunggu ayah keluarkan duit dari mesin ATM.


Nak hantar adik (baju pink) naik feri.


Before Rah berangkat ke Labuan, snap pic dulu dengan ayah.


Then dengan Mak.


Terminal Feri, KK.


Adik ain. Time ni nak balik Tawau dah, singgah Masjid Kundasang.


Nampak cam panas je kan. Try ah rasa air kat sini (i mean, air paip la). Fuh. Memang sejuk giler.

Piece Of Me. Huhuu.


My Lovely Familyz.


Terminal Feri, Kota Kinabalu a.k.a KK.


p/s : Langsung takde ciri2 gambar raye kan..kan??? (T___T) Huhuu. Terkilan. Raye setahun sekali je. Raye tahun ni memang tak berapa nak happy. Teringin sangat nak makan rendang ngan lemang, ketupat. Apekan daya....


Thursday, September 24, 2009

Ceritera Aidilfitri..

1 ♥ Comments ♥ ♥ Links to this posts ♥
Salam Aidilfitri.


Semoga senang hati selalu. Berat badan dah naik?? Takpe. Bukan selalu pun. Menjelang hari raye je. Nanti turun la balik tu. Eh. Bukan cakap pasal diri sendiri. Semua orang lah. Hari raye kan makan lebih sikit, tentu ah berat badan pun up sikit kan. Hehee..


Hari ni dah masuk hari raye yg kelima. Seronok dengar khabar kawan2 yg enjoy, happy dengan raye kali ni. Tumpang happy. Ye. Saya tumpang happy. Mesti besh kan dapat makan ketupat, rendang, nasi minyak, nasi dagang, nasi beriani & macam2 lagi juadah yg jarang jumpa time hari biasa. Setahun sekali je. Mesti besh kan dapat jumpa saudara mara yg dah lame tak jumpa. Dapat salam, mintak maaf. Dapat duit raye..mesti besh kan. Huhuuu.


Raye kali ni. Tak tau nak gambarkan perasaan ni macam mane. Terus terang cakap, biasa2 je. Dan, saya tak berapa nak happy pun. Ape2 pun, sangat2 bersyukur sebab masih berpeluang beraye ngan family walau kurang anggota 2 orang (abang ngan adik no 3, diorang beraye kat kampung).


Baju raye?? Masih dalam almari, tak pakai pun lagi tapi dah iron siap2..ntah la bila baru nak pakai. Walau hati tak berapa nak happy, tetap jugak berpeluang makan rendang ayam sebanyak 2 kali (mak masak, malam raye ngan hari ni). Sempat jugak merasa lemang time hari raye ke-2 (beli kat pinggir jalan time on the way ke menumbok). Lain2 juadah, belum rasa lagi. Nasi ayam beli kat kedai ade la. Huhuuu.


Ok. Jangan nak ngade2 Ana, ade lagi orang yg lebih susah tau. Baju pun tak berganti, makan ala kadar je. Maka, bersyukur je dengan ape yg ade (T__T)


Sekarang nak story pasal hari raye. Macam sedih je nak story. Huhuu. Nak cite panjang lebar ni, kalo boring, blah je. Ok.


Last puasa, petang (19 September 2009). Lebih kurang jam 5 petang. Kami sekeluarga mula bertolak ke Kota Kinabalu (KK). Azan mahgrib, maksudnye dah buka puasa la. Time tu dah sampai Kunak. Stop. Buka puasa ngan nasi lauk rendang ayam. Bekal dari rumah, tak makan kat kedai. Makan bekal tu pun dalam kereta. Then, singgah Masjid Kunak. Solat. Teruskan perjalanan.


Sampai KK pagi raye, time subuh kot (20 September 2009). Tak berape sedar, sebab asyik tertido je. Ayah drive direct, tak stop mane2. Sangat2 letih, semalaman dalam kereta. Cari hotel. Menginap di Hotel Asia City, KK. Pagi raye yg syahdu. Salam mak ayah, mintak ampun, mintak maaf. Then, makan lebihan bekal semalam. Kejadian selepas itu, kami semua tido. Letih. Sangat letih. Bangun. Tengok tv. Petang, keluar cari kedai makan. Susah btol. Semua kedai tutup. Last2, jumpa kedai nasi ayam. Alhamdulillah. Err. Ni kisah hari raye pertama (T__T)


Hari raye kedua (21 September 2009). Pagi2, bersiap (nak pegi ambik adik kat menumbok, dia naik speed bot dari Labuan). Nak pegi sane, ambik mase 2 jam kot, not sure. On the way, jumpa kedai jual lemang. Singgah. Beli. Makan. Sedap. Sedap sangat. Tapi, makan kosong je. Takde rendang. Adat orang merantau, terima je seadenye. Kat rumah boleh ah nak masak. Ni dalam kereta, nak masak macam mane.


Sampai menumbok, tunggu sekejap, lebih kurang setengah jam kot. Adik sampai. Balik lagi ke pusat bandar, KK. Letih. Cari hotel. Kali ni, menginap di Hotel Lembaga Tabung Haji. Rehat. Petang, keluar pegi makan. Jalan2. Then Balik bilik, tengok tv. Tido.


Hari raye ketiga (22 September 2009). Keluar, beli tiket feri adik nak ke labuan esok. Naik feri dari KK je, tak pegi menumbok. Jauh sangat. Ayah letih nak ulang alik. Then, cari kedai makan. Masing2 perut dah lapar gile. Kali ni makan nasi ayam lagi, tapi lain kedai. Singapore Chicken Rice. Sedap sangat. Ayah makan 2 kali. Hehee. Try ah next time. Jalan2 kat Centre Point KK. Beli kasut adik, kasut dia dah nazak sangat dah..tunggu masa je nak wish gud bye. Abis jalan2, balik bilik. Rehat. Tengok Tv. Tido.


Hari raye keempat (23 September 2009). Bangun awal, bersiap. Tiket adik jam 8 pagi. Jam 7.30 pagi, bertolak ke terminal feri (aku hentam je, sebenarnye disebut ape..ntah la). Hantar adik naik feri. Then, kami pegi makan. Percutian hari raye tamat. Ape lagi, terus balik Tawau. Singgah Masjid Kundasang, sejuk giler (air). Singgah Ranau kejap. Singgah Masjid Lahad Datu, Solat. Rehat. Pegi makan. Teruskan perjalanan. Sampai rumah malam, sekitar jam 8 malam.


Story abis. Tu la kisah aidilfitri tahun ni. Tak tau la besh ke tak. Hari ni, duduk rumah je. Tak pegi mane2. Kemas rumah, cuci baju. Esok??? Ntah la.


Gambar??? Nanti la esok2 ke. Sekarang takde mood lagi nak upload (T___T)


Selamat Malam Semua. Sorry, story panjang sangat..

Friday, September 18, 2009

Salam Aidilfitri.. (Meh la baca kejap)

2 ♥ Comments ♥ ♥ Links to this posts ♥

create by myself, sebab itu la tak cantik. Ape2 pun, buat ini ikhlas untuk anda. Sebagai pengganti Kad Raya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir & Batin (walau ramai yg cakap maaf zahir sahaja, batin tak perlu..tapi takpe la, aku tetap jugak nak cakap). Semoga anda semua gembira selalu di samping keluarga dan insan tersayang.


Sempena menjelang hari raya aidilfitri ini, saya ingin memohon maaf di atas segala salah silap saya, keterlanjuran kata, bahasa yg mungkin kurang ajar, tingkah laku yg menyakitkan hati, layanan yg kurang mesra dan lain2 lagi (tak dapat di senaraikan sebab tak tau ape lagi, mungkin anda lebih tau).


Ok. Fine. Tak tau kenapa bila hari raya baru nak mintak maaf. Hari biasa tak boleh ke? Err. Ape2 pun maafkan saya. Saya tau banyak salah silap saya. Terutamanya kepada kawan2 yg saya tak balas sms mereka. Juga kepada kawan2 yg saya tak jawab panggilan mereka. Saya bukan membenci anda, apatah lagi nak buang anda dari hidup saya. Sumpah bukan macam tu. Anda masih sahabat saya. Dunia Akhirat. Insya'allah.


Saya harap anda faham. Bila usia kite makin meningkat dewasa, kite mungkin akan mengalami banyak perubahan yg aneh dalam idup kite (aneh? Huhuu..tak tau kenapa kena cakap aneh). Dalam masa setahun ini, saya mungkin banyak berubah. Yg paling ketara, saya tidak lagi membalas sms2 anda seperti biasa. Saya tidak lagi menjawab panggilan anda yg tak kira masa itu. Saya mula berubah jadi agresif. Macam sombong pun ade (rasanya dengan kaum Adam sahaja). Juga seakan-akan menjauhkan diri dari anda. Mungkin. Tapi, saya takde niat seperti itu. Sumpah Takde.


Dalam masa setahun ini, saya mula merasakan saya tidak perlu membalas sms anda jika ianya tidak penting. Saya rasa saya tak perlu menyeksa mata saya untuk bertahan semata-mata untuk ber'sms' di tengah2 malam (akhirnya, saya yg tidak cukup tido). Juga sehingga tergendala keje2 saya yg lain hanya kerana saya sibuk ber'sms'. Begitu juga dengan telefon, saya rasa tidak perlu la membazir masa untuk bercakap di telefon lama2 hanya untuk sesuatu hal yg tidak penting. Kadang2 sehingga berjam-jam. Cuba anda fikir, bukankah lebih baik jika anda gunakan masa yg ade itu untuk buat keje yg lebih berfaedah (mungkin cuci pakaian, kemas rumah, masak & lain2). Itu pendapat saya.


Senang cakap, semakin meningkat usia kite, semakin banyak tanggungjawab yg perlu dipikul. Banyak. Tidak boleh main2 lagi. Tidak boleh terlalu bersenang-senang sedangkan banyak keje lain yg perlu diselesaikan. Ikhlas cakap, saya rasa seperti saya sudah hilang minat terhadap telefon (guna bila perlu sahaja). Kawan2 sekalian, mungkin kelihatannya seperti kejam sangat perbuatan saya ini. Ok. Sejujurnya, saya kesal kerana saya berubah jadi jahat seperti ini. Saya kesal. Tapi inilah saya sekarang. Bolehkah terima saya yg sekarang ini???


Heh. Tak tau kenapa aku cakap skema sangat. Kejap aku, kejap saya. Apehal kau ni? Fine. Fine. 'Aku' tu kot2 kalau cakap ngan diri sendiri. 'Saya' kalau cakap ngan kawan2.


Ok la. Dah tak tau nak cakap ape lagi. Err. Sedih nak cakap, tahun ini beraya di Sabah lagi. Kali yg ke-5. Ntah bila la baru boleh raya di Terengganu. Ape2 pun, esok akan berangkat ke Labuan or maybe KK. Tujuan? Pegi lawat adik di Kolej Matrikulasi Labuan, sebab dia tak balik raya. Heh. Beginilah nasib kalau raya di perantauan. Pegi je la mana kau suka, nak raya kat rumah pun macam tak besh. Sedih oo tak dapat jumpa sanak saudara tercinta. Huhuuuu (T___T) Cry la, cry.


SELAMAT HARI RAYA SEKALI LAGI. KALAU MAKAN KUIH RAYA NANTI..INGAT2 LAH MEREKA YANG DI PERANTAUAN YE (MEREKA YG BERAYA DI LUAR NEGARA, NTAH GEMBIRAKAH MEREKA?). SEMOGA BERBAHAGIA SELALU (^___^)


p/s : Sudilah kiranya memaafkan diri yg hina, jahat lagi kejam ini (T___T)

Thursday, September 17, 2009

Citer Kami..

0 ♥ Comments ♥ ♥ Links to this posts ♥
Salam Khamis, Malam Jumaat.


Tak nak cakap banyak. Cuma nak taip je banyak2. Panjang2. Meleret-leret. Merepek tak tentu hala. Hahaa. Ok. Ok. Stop buang masa. Ni story, sedikit sebanyak tentang hari ni. 17 September 2009.


Bangun sahur sekitar jam 4 pagi. Sahur la. Banyak kari ayam lebih. Kari ayam yang mak beli kat restoran Seri Keningau malam semalam. Heh. Diorang adik2 dah tak nak makan. Mak ayah pun dah kenyang. Aku pun meng'offer'kan la diri untuk abiskan lauk 2, memandangkan sume orang kat rumah ni pose..jadi takde la orang yang nak makan esok. Sayang la kalau buang je kan. Bukan ke membazir tu amalan syaitan. Huhuu. Ok. Ok. Aku pun membelasah la lauk kari ayam tu sampai abis. Abis Ok. Btol2 abis.


Then, tengok 2 orang adik aku tu syok je menyentap durian sampai menjilat jari. Apalagi, aku pun sentap aa jugak 3 ulas. 3 Ulas je. Tak banyak. Err. Aku bukan peminat fanatik Cik Durian. Haha..


Kat opis, rasa macam tak sihat je, macam nak demam. Tekak rasa macam panas je, macam nak muntah. Mungkin sebab makan durian kot. Mak selalu cakap, kalau banyak makan durian..nanti badan jadi panas. Tapi, aku makan 3 ulas je. Tak banyak pun, kan? (T___T)


2, 3 kali ulang alik masuk tandas (tandas opis). Weh. Tekak aku btol2 rasa tak selesa. Perut pun cam memulas je. Ape hal ni? Then, kali yang keberapa ntah. Tiba2 aku termuntah jugak walau dah di tahan-tahan je dari tadi. Punye la banyak, lemah satu badan. Huhu. Batal tak pose aku ni?
Tanya mak ngan ayah, diorang cakap tak pe. Bukan sengaja. Maka aku teruskan la jugak pose aku tu.


Punca aku muntah sebenarnye adalah disebabkan kari ayam ngan durian tu. Mak tak cakap ape2 pun, jadi aku pun ingat tak de hal la makan kari ngan durian. Ok. Fine. Sebenarnye tak boleh, tak sesuai kari campur durian. Err. Aku serik. Lain kali aku tak nak ah makan lagi. Sumpah tak nak. Huh.


Lewat petang, lebih kurang sejam je lagi nak balik. Kami dapat satu berita yang besh gile ah. Hahaa. Esok cuti dah. Bukan pensyarah ngan student je, kami pun dapat cuti jugak. Maka, bersukaria la kami sebab esok dah boleh start cuti. Bersalam-salaman. Saling maaf memaafkan. Maklum je la, dah nak raye dah ni. Heh. Raye je baru kau nak mintak maaf ek (T___T)


Balik rumah, karen masih tak de lagi (takde karen dari petang tadi lagi. Orang Terengganu cakap tak de api. Orang luar pulak cakap, tak de elektrik). So hot la. Berpeluh-peluh. Ayah cakap, bersiap-siap la. Nak pegi makan kat luar. Sebenarnye agak malas la jugak nak ikut. Baru je balik, penat ah. Tapi, kang tak ikut..kau nak buka pose ngan ape? Mak cuma buat kuih onde2 je ari ni. Nak tak nak, ikut je la.


Kami tak pegi jauh, pegi kat restoran berdekatan ngan sekolah Adik Ain tu je. Tapi, sekali sampai sana..restoran tu tutup ah. Huhuuu. Ok. Takpe. Takpe. Takpe, dalam ati tuhan je la tau (T___T) Ye la, time tu ade dalam 20 minit je lagi nak buka pose. Ayah pun drive je la, nak pegi kat Soto Banjar pulak. Arap2, buka la. Korang teka ape jadi??? Astaga. Kedai tu tutup jugak ah. Weh. Malang btol nasib kami (T___T)


Ok. Fine. Dah nasib. Redha je la. Kami singgah kedai runcit berdekatan, beli air. Nak patah balik, dah nak azan dah ni. Agak2, beli air..leh aa buka pose dalam perjalanan balik nanti. Time kat kedai tu, aku tinjau2 ah gerai2 berdekatan. Huhuu. Terjumpa la satu gerai jual bakso, soto & sup2. Daripada tak de ape2 nak makan, aku pun beli aa bakso 2 bungkus, soto 2 bungkus. Tapau.


Seperti yang dijangkakan, on the way balik rumah..dah masuk waktu buka pose. Stop la kejap, minum & makan kuih onde2 yang mak bawa tadi. Stop kat tepi jalan ok, bukan singgah mana2 kedai. Then, teruskan perjalanan balik.


Tensen btol aa..sampai rumah, masih takde karen lagi. Weh. Karen, apsal kau tak de ah? Tak bleh aku nak online. Hahaa. Karen idup balik, lebih kurang dalam pukul 11 malam. Syukur Alhamdulillah (^__^)


Ok. Dah abis. Macam laju je aku story kan. Macam pulak aku kejar something. Huhuu. Ok Ah. Tu je la story ari ni.

Wednesday, September 16, 2009

Bukan Fanatik, Cuma Suka..

0 ♥ Comments ♥ ♥ Links to this posts ♥
Jam sekarang dah pukul 2.36 minit pagi. Suasana sepi tak bertepi. Hahaa. Pagi2 camni memang ah sepi, sume orang tido. Sleep time's. Kau ni apehal tak tido lagi? Mentang2 la esok cuti, sesedap rasa je kau nak tido lewat ye. Heh. Sebenarnye dah banyak tido tadi. Banyak ah malas nak cakap. Bangun dari tido, pekena pearl cafe 1 gelas. Tu pasal ah mata masih boleh bertahan sampai sekarang.


Eh. Terlebih lebih pulak merepek. Ok, sebenarnye nak cakap pasal ni. Malu gile nak cakap. Tapi aku nak cakap jugak. Sebabnye, aku dah risau lebih2 ni. Memang risau gile ah.


First skali nak cakap. Aku bukan peminat fanatik Cik 'Almond London'. Tau kan kuih raye almond london? Yups. Kuih yg so easy la nak jumpa kalo time raye. Bersepah-sepah je kat mane2, kan. Aku tak de ah gile sangat pun ngan kuih ni. Tapi, suka sangat nak makan. Faham? Tak fanatik, tapi suka. Suka sebab sedap. Haha.


Tahun lepas, kami buat sendiri. Aku tolong2 je. Yang buat, mak ngan adik (Rah). Tahun ni, tak buat. Adik kat matrik, mak pulak macam tak semangat nak buat kuih tahun ni. Aku?? Hahaha. Tak payah cakap ah. So, aku tempah la kuih almond ni dari Kak Mila. 1 tabung 50 biji. Aku tempah 4 tabung. Harga malas ah nak cakap. Kalo berminat, nanti boleh jumpa Kak Mila kat Pejabat (Bahagian Fail). Bila2 masa je boleh tempah (hahaa. Suka2 ati aku je promote).


Di pendekkan cite, keempat2 tabung kuih tu dah pun selamat sampai ke tangan aku (ade jugak yg dah selamat bermastautin kat dalam perut aku ni. Huhuu). Memang sedap. Sedap ah sangat2. Hahaa.


Weh. Kenapa kau story panjang2 ni? Sebenarnye kau nak cakap ape? Cakap je la.


Huhu. Macam malu gile nak cakap ni. Sekali lagi di tegaskan, aku bukan peminat fanatik Cik 'Almond London'. Cuma, suka nak makan. SUKA.


Sebenarnye kan.... Aku dah abiskan 1 tabung kuih tu (T___T). Dalam masa 2 minggu ni, abis kuih tu aku kerjakan tak kira waktu dan detik. Weh. Macam buruk btol perangai aku. Mane nak sorok muka ni. Huhuu. Aku tak tau kenapa sepanjang bulan puasa ni, nafsu makan aku macam makin menjadi-jadi je. Sangat2 merisaukan. Haha. Risau kalo2 aku p abiskan lagi kuih tu. Heh. Macam ape je perangai kau ni. Kuih tu sedap sangat. Tolong jangan salahkan aku (T___T).


Bukan fanatik, cuma suka. Huhuu...... Kenapa aku makan banyak sangat ni???


p/s : Cik Ana, tolong ah kawal nafsu makan kau tu. Heh. Kau nak gemuk ke ape makan banyak2. Ah. Makan la banyak2 lagi kalo nak sangat gemuk (T___T)

So Many 'Kenapa'..???

0 ♥ Comments ♥ ♥ Links to this posts ♥
Oh hati, kenapa kau asyik ingat dia je??? Kenapa sepanjang bulan puasa ni asyik ingat dia je??? Kenapa aa??? Kenapa kau selalu cakap tipu? Cakap dah lupa dia. Cakap memang dah lupa sangat pun. Atau kau sengaja buat2 lupa supaya tak akan ingat lagi. Tapi, kenapa masih ingat? Kenapa masih nampak senyuman dia dalam ati dan macam masih dengar2 suara dia. Kenapa masih ingat muka dia walau dah lama tak jumpa? Last jumpa dia tahun 2006. Disember 2006. Dah lama kan??? Kenapa kau masih ingat dia lagi ni??? Kenapa aa??? Cakap dah buang dia jauh2 dari ati. Cakap dah tak ingat dia lagi. Memang perasaan macam dah tak ingat dia lagi pun, macam dah lupa sangat dah. Tapi, kenapa sekarang masih ingat lagi????? Ok. Sekarang sepatutnya dah lupakan dia. Fine. Hati, tolong beri kerjasama (T___T)


p/s : Asal bulan puasa je, mesti ingat dia lebih2. Like hati ini cuma nampak dia sorang je. Why aaa???? Pergi la main jauh2. Pergi cepat!

Sunday, September 13, 2009

Semalam Punya Story..

5 ♥ Comments ♥ ♥ Links to this posts ♥
Hari tu dah janji tak nak letak gambar lagi. Eh tak. Cuma cakap, nak kurangkan. Yups. Nak kurangkan. Sebab kalau banyak sangat, macam rasa menyampah je asyik tengok gambar, gambar dan gambar lagi. Lebih2 lagi gambar sendiri (tapi kalau gambar orang lain tak ape, sebab diorang comel. Tengok hari2 pun tak akan rasa menyampah). Hahaa.


Tapi hari ni takde benda lain nak buat. Melainkan, nak bagi masuk gambar lagi. Huhu. Haha. Cakap tak serupa bikin (T___T)


Ok. Semua gambar ni sebenarnya gambar petang semalam. Kami sekeluarga buka puasa di Sabah Chicken Rice. Malam semalam lagi nak story ni, tapi mengantuk punye pasal. Mata aku dah pedih semacam je. Kepala pun macam dah berat sangat je. Maka, terpaksa la aku tido tanpa rela (~_~) Tanpa RELA tau.


Err. Nak merepek panjang2 pun macam tak best je. Macam tak banyak idea nak merepek. So, layan je la gambar2 comel ni. Haha.


Masih awal. Tapi kalau lambat, nanti takde tempat nak duduk. Terpaksa la jugak kami menapak di Sabah Chicken Rice ni awal2. Err. Mak ngan Adik Ain mula menunjukkan muka bosan. Haha.

Juadah dah sampai, tapi still tak boleh nak makan. Adik Ain mintak bubur ayam. Err. Air suam itu milik aku. Huhuu.


This is mine. Sebenarnye, aku tak mintak mee yang macam ni. Aku mintak mee goreng basah. Yang hampir sama spesies ngan mee hailam. Tapi takpe ah. Salah aku kot tak cakap jelas2.

Nasi Ayam mak ngan ayah. Itu je la juadah kami. Takde kuih2. Bantai je ape yang ade. Asal kenyang sudah (^__^)

Singgah solat di Masjid Besar di Bandar Tawau, berdekatan Century (terlupa nama masjid tu, aku tak hafal sangat). On the way ke kereta yang di parking di pinggir jalan. Dalam dah takde ruang nak parking.

Tu je gambar nak bagi tengok. Tak banyak pun. Tak tau la kenapa aku rasa macam tak pandai nak merepek je ari ni. Huhu. Abis solat. Kami singgah parkwell. Beli baju Adik Ain. Aku cuma beli seluar je satu. Punye la aku pusing sana, pusing sini. Itu je yang aku beli. Ntah la. Aku cari blaus or baju lengan panjang yang labuh sket. Macam tak banyak pilihan la. Tak jumpa yang berkenan di hati. Never mind la. Aku macam tak happy pun nak raya. Rasa macam sama je raya ngan tak raya.

Tuesday, September 08, 2009

Still Update..

0 ♥ Comments ♥ ♥ Links to this posts ♥
Ape hal cakap kat diri sendiri 'have a nice day'? Macam je idup ko this time tak nice (^__^)


Huhuu. Still nak update, walaupun takde benda besh nak story. Just nak tayang picture, sebab aku bosan tak tau ape nak tulis. 2, 3 ari ni macam banyak je idea nak tulis. Macam banyak sangat ah, sampai ade yang tercicir..then aku lupa dah. Hahaa. Ok. Apsal ek, setiap kalinye rasa cam tak boleh nak blah je. I mean, asal post something je, mesti rasa cam nak letak picture je barang satu atau dua, kadang2 sepuluh dua puluh (T___T).


Then.. 2, 3 ari ni lagi. Tiba2 rasa cam bosan gile je bila banyak sangat gambar dalam my blog ni. Memang bosan ah. Sendiri view gambar sendiri dah naik bosan. Ape lagi kalau orang lain yang tengok. Hahaa. Aku rasa, sumpah mereka pun feeling macam aku feeling jugak. Right???


Baiklah. Baiklah. Mulai sekarang, akan cuba2 try test untuk mengurangkan tayangan amal gambar2 tak boleh nak blah. Maybe tayang muka orang lain takpe. Or interesting picture tak ape. Jangan picture sendiri sudah (T___T) Tau tak pe. Berapa banyak lagi nak cakap tak pe ana??


See. Kan dah cakap, aku kalau nak / dah start tulis. Ok sebenarnye taip. Mesti melarat-larat. Merepek. Tadi nak merepek sikit je, sekarang dah boleh masuk pertandingan menulis edisi kanak-kanak riang ria ribena. Haha. Ok. This is me. Naturally me. Anda tak suka. Takpe. Takpe. Takpe. Tak nak ah kawan. Hahaa. Ok. Just joke. Weh ana! Siyes ah sikit. Macam budak2 umur 2 tahun je (T__T)


Fine. Sebenarnye diri ini tertanya-tanya. Yes, tertanya-tanya. Tertanya dan tanya. (T__T) Apsal kena ulang banyak kali ni???


'Tanya sama pokok, apa sebab goyang. Nanti jawab pokok, angin yang goncang. Tanya sama angin, apa sebab goncang. Nanti jawab angin, tanyalah awan..'


Eh enough. Enough. Lebih2 pulak. Dulu time kecik2 tak nak nyanyi banyak2, sekarang baru nak sibuk2 berlagak macam budak kecik umur 4 tahun yang kadang2 hingus asyik meleleh je, then lap kat lengan baju. Then nanti mak nampak, kena marah. Mungkin dapat jugak hadiah or anugerah cubitan paling manis handmade special by lovely mom (T___T).


Ok la ana. Dah la tu, jangan la merepek banyak sangat. Aneh ah ko ni. (T__T)


Sebenarnye itu yang aku nak cakap. Balik kepada persoalan 'tertanya-tanya' tadi. Aku tertanya-tanya ni.................. Sebenarnye aku ni matang ke tak? Erk. Eh. Korang tak payah jawab, susah2 je. Takpe, aku jawab sendiri. Haha. Jahat gile cakap macam tu. Ok. Takde, sebenarnye.. Aku ape hal??? Kejap siyes. Kejap tak siyes (berubah peel jadi like child umur 2 tahun, maybe 3, 4, 5 or suka2 ko la ana, ko punya al kisah).


Pikir. Pikir. Pikir. Ok. Dah abis pikir. Aku tak tau ah ape nak jawab. Naturally me kot macam ni. Tapi rasanye dalam dunia aku sendiri je (i mean macam dalam blog ni, sebab dah anggap macam diary..jadi suka2 nak story / merepek tah ape2). Kalau kat luar tak kot. Aku normal je. Takde ah gile2 macam dalam blog ni pun. Haha. Ok. Ok. Dah abis cakap. Sebenarnye sendiri pun tak berapa nak faham ape yang cuba di sampaikan nih. Hahaa.


Jaga diri semua, jangan nakal2 like this ladies (Huhuu..perasan ade orang read this entry). Ok la. Selamat Sahur semua (^__^)

Monday, September 07, 2009

Maybe..?

0 ♥ Comments ♥ ♥ Links to this posts ♥
Just because I’m quiet doesn’t mean I don’t have anything to say.
I judge people to easily from my first impression.
I’d rather wait forever for the perfect guy, than settle for anybody.
I’m unpredictable and spontaneous.
I try to be forgiving.
I enjoy being unique.
I’d rather look immature and have fun then care what other people think.
Sometimes I’m really confident, other times I feel really insecure.
My friends mean everything to me, but sometimes I just want to be alone.
I envy people who can fit in so easily without even trying.
I’m opinionated and stubborn.
But I’m loyal, sincere and caring.
I always try to see the best in you…even if you annoy me.
I hate when people make me feel guilty to get their way.
I’ll always be here to listen to your problems.
And I will stick up for you no matter what happens.

Sunday, September 06, 2009

Info Untuk Semua..

0 ♥ Comments ♥ ♥ Links to this posts ♥
Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan secara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM secara terbalik. Sebagai contoh, jika no Pin anda adalah 123456. Jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yg diterbalikkan daripada nombor yg sebenarnya melalui kad yang anda masukkan kedalam mesin tersebut. Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yg seumpama ini. Sebar-sebarkan ya.

p/s : Copy this from here

K.A.M.U

0 ♥ Comments ♥ ♥ Links to this posts ♥
Malam ini, tiba2 rasa rindu dengan DIA. Benci Tapi Rindu! Kamu, pergi saja la. Kamu tau, sedikit sebanyak..kamu yang buat saya jadi begini. Sudah terlalu lama. Kenapa seperti kamu masih di hati ini? Kukuh tak berganjak. Pergi la. Biarkan saja saya sendiri.


Saya bahagia saja dengan kehidupan saya sekarang. Harap kamu tak datang lagi selepas saya dah btol2 lupakan kamu. Boleh??? Sebab saya kenal diri saya dengan baik, hati saya keras tapi kadang2 mudah rapuh.


Semoga berbahagia selalu.. (^_^)

Saturday, September 05, 2009

Tukar Jadi Orang Baru, Boleh???

0 ♥ Comments ♥ ♥ Links to this posts ♥
Haha. Tukar jadi orang baru? Ape hal? Ko ni memang pelik ah. Kejap cam normal. Kejap cam tak normal. Ko nak tukar jadi ape? Alien? Ke nak jadi Doraemon? Tak. Tak. Bukan tu la. I mean, berubah jadi orang baru. Berubah jadi manusia yg lebih baik la. Oo..sebelum ni ko jahat ek? (T__T)


Weh. Kite perlu berubah la demi untuk memajukan diri sendiri. Demi mase depan. Yeah. Dari seorang yang buta IT mungkin, kepada seorang yang celik IT. Dari seorang tukang jahit di pinggiran bandar, mungkin kepada seorang pemilik sebuah gedung pakaian terbesar di Malaysia. Dari seorang yang cetek ilmu pengetahuan, kepada seorang ilmuwan yang terkenal di serata dunia. Btol ke ilmuwan? Ade ke perkataan tu?? Huhuu. Ok. Lain2, fikir sendiri. Itu contoh je. Bab kata orang bijak pandai, 'Di mana ade kemahuan, di situ ade jalan'. Cuma buka mata je luas2 dan tengok peluang untuk berjaya yang ade depan mata. Ade faham??

'Selagi kaki masih berupaya melangkah, melangkah la ke jalan yang lurus. Kerana jalan yang lurus itu, lebih baik daripada jalan yang bengkok'


Ok. Dah faham. Persoalanye, aku merepek ape ni? Haha. Boring oo. Tak tau nak buat ape. Bila boring, camni ah. Cakap tah ape2. Nak cakap lagi ni. Baca je la ek. Haha.


Aku sekarang kan, memang malas abis ah nak fikir pasal CINTA. Benda macam tu senang pun aku malas. Dah ade orang suka, suka je la kat dia balik kan. Dah dia ajak kapel, kapel je la kan. Nanti dah takde orang nak, baru kau terhegeh-hegeh nak offer diri jadi girlfren kat sape2. Huh. Ko cakap ape ni? Takde. Macam ni, cuma nak cakap..tak tau la kenapa aku ni macam pelik je sekarang. Banyak btol aku berubah dalam setahun ni.
  • Dulu kan, aku sanggup tak tido malam gara2 b'sms. Sekarang, sms sape2 langsung aku tak layan. Buat don't know je. Memang malas sangat ah nak reply. Kecuali la kalau benda tu penting or dari family atau hal keje ke..terpaksa la layan. Telefon tak payah cakap la, aku buat tak tau je kalau ade orang call. Kejam btol kan. Baik aku buang je la hp tu dalam tong sampah kan? Atau bagi je kepada mereka yang lebih memerlukan. Jadi tak payah la aku nak rasa bersalah sangat sebab buat macam tu kan. Weh, lepas ni sape nak hp mintak ngan Ana, dia nak bagi free. Haha (T__T)
  • Ape nak taip lagi ni?? Tiba2 blurr. Huh. Gatal nak buat point2. Sekarang ape point no. 2?? Ok. Dulu, aku nih macam happy je. Sekarang happy jugak. Tapi, happy dalam duka. Haha. Tak ah. Main2 je. Tak tau macam mana nak explain. Aku lebih suka sendiri. Kalau time jumpa kawan, happy la (sebab aku memang jenis yang peramah, senang nak rapat) Nak sembang, sembang la. Tapi, cukup setakat tu. Nak lanjutkan kepada sms / bergayut kat telefon...aku malas (mungkin kepada kawan baru). Cukup la setakat kenal macam tu je. Aku tak berminat untuk perhubungan yang lebih siyes.
  • Mungkin aku cam sombong je sekarang. Jahat kot. Sebab, kawan2 aku langsung tak layan. Terutamanye kawan jauh yang aku dah kenal berzaman-zaman lamenye (TERENGGANU). Ok. Fine. Kepada kawan2 yang rasa saya dah pun berubah jadi orang hidung tinggi / sombong tak boleh nak blah. Saya mintak maaf la banyak2. Sumpah takde niat. Saya tak tau nak explain macam mana. Saya bukan jenis kawan yang lupa kawan. Tapi, ape yang berlaku sekarang..saya sendiri pun bingung. Kenape ek aku macam ni sekarang?? Ape2 pun, saya masih sahabat anda. Anda masih sahabat saya Dunia Akhirat.
  • Satu lagi, kenape aku rasa aku cam anti-lelaki je. Huhu. Tak tau la. Dulu aku tak macam ni. tau la kan. Perempuan, kalau ade orang suka kat dia. Mesti ah dia rasa happy kan. Best, sebab ade orang suka kat dia. Weh, dulu aku pun macam tu. DULU. Sekarang, aku rasa aku dah lain sangat. Aku boleh rasa menyampah kalau ade orang suka N try nak usha2 aku (weh, kenape dia suka aku? Aku tak suka ah). Huh. Rasa cam nak nangis. Aku tak suka nak sakitkan ati orang. Tapi kalau dah dia suka aku, aku tak suka dia. Otomatik ah aku dah sakitkan ati dia kan. Sebenarnye, aku ok je ngan kaum Adam ni. Yups. Selagi diorang tak buat aku rasa rimas. Faham?
  • Sekarang, siyes aku memang tak berminat nak bercinta. I'am Single but Not Available. Please try again later (T__T)
Ok la. Wujudkan point. Tapi tak tau nak taip ape lagi. Susah sangat nak explain kenape aku macam ni sekarang. Masing2 ade masalah. Dan setiap dari masalah itu, ade jalan penyelesainnye. Cuma, masalah aku ni..aku tak tau macamana nak kasi settle.


Ye la. Aku malas nak bergayut kat telefon. Aku malas nak b'sms. Aku malas nak rapat lebih2 ngan kaum Adam. Aku MALAS. Itu je. Boleh ke terima alasan tu. Tak logik kan. Ape sal ko malas? Ok. Dah cakap tadi. Aku tak tau nak explain macam mana. TAK TAU.


Dear all of my frenzz...Forgive me please.. Can??


p/s : Aku kalau tulis diary, memang main tulis je. Hentam je. Ape yang terlintas kat fikiran, itu la aku tulis. So, entry ni memang kronologi dia tak tersusun (^_^)

Jom Tukar??? (T___T)

0 ♥ Comments ♥ ♥ Links to this posts ♥
Baru dua hari atau tiga hari tukar layout baru. Haha. Tak ingat dah hari ape tukar. Dan sekarang, tiba2 rasa macam nak tukar baru lagi. Ibarat tukar langsir baru, sarung kusyen baru, perabot baru sebab dah nak raye. Huhu. Takde kena mengena. Ah sudah. Benci btol ah bila rasa macam ni. Agaknye kalau yang di tukar itu adalah boyfriend, mesti dah kena cop sebagai playgirl (T___T) So, ape hal sekarang?? Wait N See. Aku bukan rajin sangat pun nak tukar2 ni. Tapi, memang rasa cam nak tukar ah. Hahaa (^_^)

Friday, September 04, 2009

Mercun..

2 ♥ Comments ♥ ♥ Links to this posts ♥
Bunyi mercun, memang sinonim dengan bulan puasa. Memang sinonim sangat ah. Sampai dah naik sakit gegendang telinga aku ni terpaksa dengar bunyi mercun tu hari2, selang 5 minit sekali kot. Maksud aku, di sekitar kawasan maktab ni. Ntah ar anak sape yang main tu. Cam nak pulas2 je telinga diorang. Hahaa. Weh, siyes ni!


Aku tak suka la. Rasanya, bukan aku sorang je. Maybe ramai lagi diorang2 yang lain yang tak suka nak dengar bunyi ni selalu. kalau slow takpe. Lantak ah korang nak main tiap saat pun. Aku tak heran. Tapi bunyi dia, mak aih..yang takde sakit jantung pun boleh kena sakit jantung tau. Dah macam zaman perang dulu2 je aku rasa.


Weh adik2 ku sayang, tak takut ke..kan terbuatnya tiba2 kena tangan ke, mata, ke hidung..bla..bla..bla.... Tak Takut ek? Nanti tak pasal2 beraya dalam keadaan tak sempurna (T_T) Huhuuu...


Cakap pasal mercun, teringat kisah time kecik2 dulu. Meh nak cite sket.


~TERENGGANU,Tahun-tahun sebelum 2004~


Dulu, nih time kecik2 ni. Zaman budak2 nakal. Heh. My big brother & adik2 laki serta sepupu sepapat termasuk pakcik2 sedara, member2 sekepala diorang selalu sangat ah main mercun. Suka Sangat la diorang nak main. Kalau larang pun diorang buat tak tau je. Terutamanya time2 bulan pose camni ar. Giat btol diorang jalankan aktiviti main mercun ni. Macam2 jenis mercun yang diorang main. Aku tak la tau sangat nama2 spesifik benda yang dipanggil mercun tu. Jahil ar bab2 mercun ni. Tapi, ade ar jugak yang tau sket2. Macam mercun bola, mercun roket, meriam buluh (mercun gak kan), mercun tin (ntah ape nama dia, nih mercun buatan sendiri. Taruk serbuk belerang kat dalam tin & bakar. then dia akan meletup), mercun yang diorang ambil dari motor 2 (plug ke ape nama dia, then ikat ngan kain & lontar tinggi2 kat jalan raya, nanti kalau jatuh kat jalan, akan terhasil la bunyi macam bom tu). Haha. Gile ar game diorang nih. Ade lagi mercun yang dibuat dari besi aluminium tu. Mercun Bawang & banyak lagi la. My memory can't remembered all of that (T_T).


Sebenarnya aku pun pernah ar jugak main, sekadar cuba try test. Berani2 takut. Hahaa. Setakat main mercun bawang je kot. Ala mercun yang kecik2 macam biji limau tu, warna putih. Bunyi dia tak kuat. Cara main pun, cuma lontar kat jalan atau simen je, nanti dia meletup ar (cukup ar sekadar nak takut2kan orang). Atas rumput tak jadi kot. Mercun bola memang tak berani ar nak try, bunyi dia kuat. Sumpah tak mau. Takut oo. Belon pecah pun aku takut. Hahaa.


Kalau setakat kami budak2 pompuan ni. Memang pompuan btol ah. Huhuu. Ok. Time tu masih budak2. Budak2, biasa ar kan. Kami cuma tau main lilin je (main di malam hari). Heh. Lilin pun kau main (T_T). Selain dari lilin, main bunga api. Time tu memang best sangat ah kalau ayah bagi main lilin. Sama ada cucuk2 tegak kat pagar rumah / simen atau letak dalam tanglung kertas , bercorak yang dibeli dari kedai, ntah ar harga berapa..dah lupa (kadang2 buat sendiri je ngan kertas A4), then jalan2 la sekitar rumah jiran sambil bawak tanglung, macam comel je (time tu sume budak2 pun main, jadi memang ramai la orang). Kadang2 buat tanglung guna tempurung kelapa, kadang2 buat pakai tin (tebuk lubang kecik2 kat tin tu, then taruk lilin kat dalam. Cantik).


Kalau ayah bagi duit & izinkan..boleh ar upgrade sket, main bunga api. Haha..best btol ar jadi budak2 (^_^).


Sekarang sudah remaja maa. Masing2 dah besar panjang. Tak main dah benda2 ni sume. Ntah ar berapa tahun dah tak main. Tapi kalau ade orang ajak main..nak jugak main. Hahaa. Tak malu. Dah besar2 pun ade hati nak main lagi (T___T).


Ok. Abis dah story tentang mercun. Tu je nak story. Kenangan terindah time kecik2 (Bukan jatuh cinta ke baru disebut kenangan terindah? Huhuu) (T___T).


Malam ni macam aman je sket. Macam takde pulak budak2 ni main mercun. A'aa. Memang ah aman. Kau tengok jam dah pukul berapa sekarang (O_O). Huh!


Agak2 la kan, bila la ko nak off pc ni & pegi tido cepat2 ye Cik Ana?


Haha. Ok2. Nak p tido la ni. Hehe.


Selamat Malam semua. Jangan lupa bangun sahur nanti ek. Selamat Sahur (~_~).