Sunday, August 30, 2009

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia Ke-52 Tahun..

2 ♥ Comments ♥

Kepada semua Rakyat Malaysia..
Walau siapa pun anda..
Di mana jua anda berada..


K.I.T.A S.A.T.U M.A.L.A.Y.S.I.A


Selamat Hari Merdeka.. (^_^)

Thursday, August 27, 2009

Blues Terengganu Kiter (Lirik)..

8 ♥ Comments ♥
Kalu tuang gi pata timor
Jangan lupa maghi sokmo
Negeri terengganu deme sohor
Tempat molek, tanah subor
Tempat molek, tanah subor
Na na na na na Terengganu kita ( 2X )


Hoi guane gamok tu Yak kene rotang doh


Pulau kapas, Pulau Redang
Kita lalu ikut Marang
Jangan lupa kuala berang
Sekayu comel, zaman berzaman
Sekayu comel, zaman berzaman
Na na na na na Terengganu kita ( 2X )


Hoy hoy hoy
bangun wei ke laut eeh...
takat ikang di Kuala Kemamang
Petang-petang wat kerpok gete
Ramai orang, atah gerey
Main dam dua tiga papang
Dok sedor sampai ke malang
Kedai payang jual budu belacang
Batek tembaga dan macang-macang


Kalu nok tra nasi dagang
Kita pakat gi kampong ladang
Buat bekal gi merey
Di setiu pata perangine
Singgah sebetor ke rantau abang
Kita tengok penyu telor
Kita tengok penyu telor


Selamat datang wei...
Tempat kami ramai-ramai
Selamat datang
Negeri kami


Kita singgoh kat primula
Batu burok tepi pata
Laut biru di tanjong jara
Tempat rilek orang dok kaca
Tempat rilek anok-anok dara
comel-comel belaka...
Na na na na na Terengganu kita ( 2X )


p/s : Rindu aa.. (T_T) Bila tiba je bulan puasa, hati ini tiba2 diterpa perasaan rindu yg pelbagai. Berjenis-jenis. Rindu itu. Rindu ini. Rindu dia. Rindu kamu. Rindu kalian. Rindu rindu rindu dan rindu. Banyak sangat rindu. Rindu sangat nak berkumpul sesame kaum keluarga. Sahur same2. Puasa same2. Buka puasa same2. Rindu nak pegi pasar or bazar Ramadhan. Nak beli kuih itu, ini. Rindu. Macam nak nangis. Rindu Terengganu Like Crazy.... (T_T).

Saturday, August 22, 2009

Salam Ramadhan Buat Semua..

4 ♥ Comments ♥
Assalamualaikum.


Salam Jumaat.


Selamat malam semua. Dah agak lewat, tapi masih berperasaan sekarang masih awal. Sepatutnya sudah tido sekarang, mungkin bermimpi.
Sedar tak sedar. Pejam celik pejam celik sahaja. Sekarang sudah pun masuk Bulan Ramadhan. Bulan penuh keberkatan. Insya'Allah.

Jadi..


Dengan hati yg tulus ikhlas,


Ku ucapkan..
Kepada Kaum Keluarga Yang Dirindui,
Sahabat-Sahabat Yang Tersayang,
Sama Ada Jauh Atau Dekat..
Rakan-Rakan Sekerja Yang Dihormati,

Dan..


Kepada Semua Umat Islam Di Seluruh dunia...

Selamat Menyambut Ketibaan Bulan Ramadhan Al - Mubarak.


Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.


Semoga kehadiran Bulan Ramadhan pada kali ini, di harap lebih bermakna daripada Bulan2 Ramadhan yg sebelumnya. Insya'Allah.. 
Amin.

p/s : Selamat Bersahur.. Kepada mereka yg merantau di negeri orang, Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Semoga gembira selalu, walaupun tanpa keluarga di sisi.

Sunday, August 16, 2009

Picture Again..?

2 ♥ Comments ♥
Hola.. Selamat Malam Malaysia! (-_-)

Ok. Direct to the point la. Aku ni macam malas je sekarang nak mencoret, menconteng arang di muka blog tak boleh blah yang berwarna coklat ni. Tapi semacam ketagih pulak nak post something. Hahaa. Ape ke hal? (T_T)

Nak menaip panjang2, so lazy. Tapi mengedit picture rajinnya lelebih. Tak payah orang suruh pun, dah pandai2 sesuka ati p edit. Picture sendiri pulak tu. Huhuu. Ok ok. Sory la kat sesape yang ade follow blog aku ni. Blog aku ni dah macam pameran gambar je kan. Entry tak banyak, gambar je berselerak di sana sini. Haha. Aku memang =] . Maybe korang2 pun dah macam ade rasa menyampah je nak jenguk blog aku ni kan. Kan? Tapi, kadang2 rasa semacam nak jenguk jugak kan. Huhuu. Ah ana, perasan pulak ko ye (T_T)

Sory k. Dah memang hobi semulajadi. Aku memang suka sangat. Sangat suka. Edit2 picture nih. Ok. Tak tau la ape aku membebel nih (sebelum korang cakap, baik la aku cakap dulu kan). Dan sebelum aku terus mengarut tak pasal2, 24 jam tak berhenti2, macam malam nih takkan berakhir, dan esok takkan datang. Haha. Baik la aku stop sekarang. Ok. =p Sebenarnya nak post gambar je ni. Hahaa. Muka yang tak boleh blah. Again? Ok. AGAIN.


Yang ni tak tau ape pasal. Mungkin tengah berangan sedang bersanding ngan anak raja. Haha. Ade ati ke?

Kenapa senyum? Sebab, senyum itu 1 sedekah. Haha. Cakap je la kalau kau dah takde modal nak cakap ape. (T_T)

Ok. Last picture. Tak banyak pun. Tak sempat pun korang nak rasa bosan, menyampah kan? Kan? Hahaa. Nih picture 2,3 ari lalu. Berhampiran Library. Sebenarnya dah nak balik rumah. Tapi memandangkan aku nih sedikit malas kalau nak tumpang2 orang selalu, jadi aku mengambil risiko untuk balik ngan ayah je. Ceh, ambik risiko tu..macam ayah kau ni makan orang je, sampai nak kena ambik risiko kalau nak balik ngan dia. Hahaa. Not funny ok. Kenapa aku kena ambik risiko? Sebab, ayah aku ni terlebih rajin sikit. Orang lain pukul 4.30 - 5.00 petang dah blah dah dari opis tu..Dia masih lagi kat pejabat dia, buat ape ntah. Huhuu. Tapi takpe, aku nih kan jenis yang tak berapa nak kesah (eleh, ye ke tak kisah?). Jadi menunggu je la sampai pukul 5.30 petang (kebiasaannya dia akan keluar pada waktu ini). Panjangnya cite ni, sebenarnya aku cuma nak cakap pasal kejadian gambar kat atas ni je. Huhuu. Gambar ini di snap ketika keboringan menunggu ayah yang belum nampak batang idung. Itu je. (T_T)


Ok la. Dah mengantuk ni. Seperti biasa, takde ape pun yang penting dalam entry ni. Sesuka ati aku je nak post. Then cakap, membebel, mencoret ke ape ntah yang mengarut2. Huhuu. Hobi. (T_T)

p/s : Selamat Malam Semua. Berjumpa lagi di lain waktu. (-_-)

Monday, August 10, 2009

I'm Yours - Malay Version (Lirik)

5 ♥ Comments ♥
Kau tahu kau buat ku rasa begini
Jauh ku kembara tetapi ku ingin kembali
Biarpun berlabuh malam? Tidak ku berhenti
Sebelum terlewat, ingin yang terbaik untukmu
Takkan siapa mampu menghalang azamku
Inilah masanya pelajari sesuatu


Takkan ku tunggu lagi
Kini
Aku milik kamu


Buka mata cuba kau lihat
Bukalah minda kau kan bebas
Buka hatimu dan kau temu cinta
Dengarlah muzik ini lagu juga irama
Kita semua bersama
Punya hati jiwa untuk mahu dicinta
Cinta


Dan, Takkan ku sangsi
Aku pasti takkan tunggu lagi
Usah ragui masa lalu
Kini aku milik kamu


Dengar bisikan hatiku
Kau kan tahu cerita


Lama benar ku membelek diri di depan cermin
Berpusing menari pabila tiada sesiapa
Melihat rentakku sendiriku tertawa
Kini aku sedar tentang kehidupan ini
Tak perlu pura-pura, jadilah diri sendiri
Itulah diriku
Dan kamu pun tahu


Takkan ku tunggu lagi
kini
Aku milik kamu


Buka mata cuba kau lihat
Bukalah minda kau kan bebas
Buka hatimu dan kau tahu luas dunia
Dengar dengar dengarlah
Ikutlah rentak kita
Inilah masa
Untuk kamu percaya
cinta


p/s : Lagu ni best..try ah dengar. Download sendiri k (^_^)

Sunday, August 09, 2009

Dua Budak Bosan..Bla..Bla..Blaa..

0 ♥ Comments ♥
Ini pic tadi petang. Dia bosan. Aku pun bosan. (T_T)
Tinggal kami je kat rumah. Mak ade, tengah tengok tv.
Ayah takde, pegi bandar. Belum balik.


Budak bosan ni nama dia Ain. Huhu. Skema. (T_T)
Ok. Tak tau dia main ape.
Aku snap je.



Ah main ye. Jangan tak main. Nanti kena cubit ngan mak baru tau. =]
Ok. Budak ni degil. Dia main jugak.

Buat muka kiut. Kiut ke?? Haha.. =p

Pengepit kain ini jadi mangsa keadaan. Huhuu.

Bunga mak yang berwarna purple. Motif?? Aku bosan.

Again? Nama bunga ni, morning glory ke ape ntah..aku pun tak tau. Huhuu.
Tanaman mak.
Ain punye keje ni. Aku pun takde keje jugak p snap gambar ni. Haha..
Ok. Ini best. Nama specialnya LEPUK. Maybe LEPOK? Hahaa. Tak tau sangat ejaannya.
Ni pak cik aku yg kirim dari Terengganu.
Aku pun tak tau kalau tempat lain pun ade jugak makanan ni.
Nak buat senang je.
Isi durian + gula. Suka ati nak banyak mana.
Then gaul la sampai jd macam ni (kacau hingga sebati).
Rasa? Manis2. Rasa durian la. Sedap.
Kenapa aku perlu promosi makanan ni?? (T_T)
Nih muka budak kiut tengah makan. Kiut? =]
Nih. No komen la. Budak ni memang takde keje lain. =p


Ok. Di bawah ini, dah masuk cite lain. Bukan lagi Dua Budak Bosan.
Pic2 ni pic yang terbengkalai dalam pc aku.
Aku punggut balik. Edit sikit. Then nak buat pameran kat sini. Hahaa. Ape kes.
Suka-suka je. Tengok je la.

Ni gambar lame dah. Tak ingat tahun bila. Sopiey tengah main gitar.

Ah ni pun dia jugak.

Yang ni ambik dari pc ayah.
Tak tau ayah yg ambik ke atau orang lain.


Same jugak.

Birthday Adeq Ain yg ke-7 tahun.
Aku takde masa ni. Jaga Mujahid kat rumah Kak Nor.
On the way nak balik tawau. Last year.

Nih pun same. Tapi masa ni, kat Airport Terengganu.
Mak, aku, Tok Wan, Adeq Husna, Mok Tum N Kak Leeni.


Ape kes bagi masuk pic ni? Huhuu.
Time ni kat rumah Tok Wan. Last year.
Nih siap2 nak kuar jalan2 ngan member2 yg dah lama tak jumpa.
Take this pic kat bwh chya matahari, tu pasal la cerah semacam je. (T_T)
Ok. Aku rasa aku dah keliru sikit ngan pic 2004 N 2006.
Yg kat atas ni pic 2006 kalau tak silap.
Tapi aku dah tertulis kat beg Adik, tahun 2004.
Whatever la. Huhuu. Time ni kat KLIA. Nak balik Terengganu.


Budak ni kenapa? (T_T)
Ok. Ini aku. Macam jauh beza je ngan sekarang.
Pic tahun 2004.
Lokasi, Rumah Tok Wan.
Situasi, Sangat senang hati. Berkumpul sesame cousin.
Best sangat time ni. Dah lame tak kumpul same2.
Kalau dah berkumpul ramai2, mesti kena marah kalau berlari-lari @ main kejar2.
Tok Wan cakap,
"Nak bagi runtuh rumah Tok Wan ke??" Hahaa...


Shahir ngan Adeq Husna.
Kat rumah Tok Wan la ni..

This is My Tok Wan.
Yang berkopiah tu, Pak cik or Pok Cik Pa.
Lokasi, Kampung Kijing, Marang, Terengganu Darul Iman.
Situasi, Time ni kami dah nak berangkat ke Airport KT.
Seterusnya KLIA, then fly to Sandakan, Sabah.
Emosi, Sedih la..nak tinggalkan Terengganu.
Huhuu. Rindunya nak balik. (T_T)



p/s : Ok. Setakat ni je la dulu. Nanti aku nangis pulak kalau banyak sangat story pasal kenangan lalu. Sebab, aku rindu nak balik Terengganu. Rindu sangat. Tahun ni, mungkin raya kat sini lagi. Again? (T_T)

Sukan Dan Sukaneka Staf Sokongan (29-30 Julai)

0 ♥ Comments ♥
Malas Nak Cite. Tengok je la ye.. =]

Thursday, August 06, 2009

Demam..

0 ♥ Comments ♥
Hari ini. Saat ini. Tak berapa sihat. Badan rasa lemah, macam lenguh2 sendi. Ade panas2 sikit. Tekak sakit, macam nak batuk2. Selesema sikit tadi pagi, tapi sekarang dah ok. Oh. Aku rasa macam nak demam je ni. Aku harap cuma demam biasa. Ok. Aku benar2 harap cuma demam biasa. Jangan la yang bukan2. Selalunya, buat tak kisah je kalau alami tanda2 macam ni. Telan panadol 2 biji. Then tido. Tapi, di saat Malaysia sekarang sedang hebat dilanda wabak penyakit-berjangkit H1N1. Dan Encik H1N1 itu, aku tak nampak pun dia kat mana. Bukan aku sorang je, tapi all of us. Kita semua tak nampak dan tak tau pun di mana Encik H1N1 itu berada. Oleh itu. Aku rasa, aku patut risau lebih2 berkaitan kesihatan ku sekarang. Yes. Lebih2. Harap, bila bangun pagi esok. Semua kembali macam biasa. Macam BIASA. Normal. (T_T)


" Ya ALLAH. Ya RAHMAN. Ya RAHIM. Kepada-MU ku pinta. Lindungilah daku, kaum keluarga ku, saudara-mara ku, sahabat handai ku, dan seluruh umat-MU di bumi ini. Lindungilah kami Ya ALLAH. Lindungilah dan jauhilah kami dari ancaman bahaya, wabak2 penyakit berbahaya dan segala keburukan di dunia dan akhirat yang tidak kami ketahui. Sesungguhnya Ya ALLAH, engkau Maha Mengetahui lebih daripada apa yang kami ketahui. Lindungilah kami Ya ALLAH.. Amin ".

Tuesday, August 04, 2009

Al-kisah Pukul 1 Tengahari..

0 ♥ Comments ♥
Hari ini. Lokasi, di pejabat. Di meja sendiri. Jam, mungkin hampir pukul 12. Eh. Mungkin dah nak masuk pukul 1. Aku tak tengok jam, agak2 je. Ye la, dah ramai pensyarah balik. Dah masuk pukul 1 la tu.


Hm.. Aku buat ape time2 macam ni?? Nothing. Just conteng2 buku. Motif?? Tadi tengah key-in data kat pc, lepas tu Kak Siti pinjam jap nak guna. Sementara Kak Siti guna tu pc, aku pun membuang masa la menconteng-conteng buku. Buku nota. Di meja sendiri. Hobi yg sungguh tidak sihat. Eh. Tak, aku bukan conteng sembarangan. Aku conteng sesuatu yg aku suka. Nukilan hati.


Takde ape yg penting nak di 'nukilan' kan. Mungkin lame tak update blog, jadi aku agak gian nak mengarang cite karut marut. Oleh itu, nukilan aku kali ini di beri tajuk.. Al-kisah Pukul 1 Tengahari. (T_T) (walaupun tak berapa sure, sebenarnye pukul berapa ketika itu).


Ok. Aku bosan ni. Eh. Tak. Tak boleh cakap macam tu. Aku tak boleh bosan. Keje aku best. Aku banyak belajar benda baru. Belajar itu, belajar ini. Jadi, isu bosan tak boleh timbul. Ok. Aku tak bosan. Aku suka. Sangat suka. Cuma sekarang ini, hanya duduk2 di kerusi. Jadi agak bosan sikit. sikit je, ok.


Ah sudah. Perut aku lapar la pulak. Tadi dah makan. Kenapa sekarang perut aku lapar lagi ni?? Aduh perut, kenapa kau lapar lagi??? Aku dah malas nak makan ni. Nanti tambah gemuk. Malas lagi nak turun pegi makan di Medan. Duit pun ade 2 ringgit saja ni. Hahaa.


"Ana, sekarang ni ko tak gemuk pun. Pandai2 cakap nanti tambah gemuk".

Ok. Aku tak gemuk. Cuma, muka aku ni montel sikit kan? Tu pasal la nampak macam gemuk kan....? Hahaa. Whatever la.


Ok. Tak nak cakap pasal gemuk lagi, nanti btol2 rasa diri ini dah gemuk. Sekarang, teruskan usaha mengarang cite karut marut versi tengahari ini. Ntah ape2 la.


Aku rasa, macam aku nak release tension la sekarang ni (btol ke ejaan macam tu??). Tapi persoalannye, adakah aku sedang dilanda perasaan tension itu? Eh. Tak. Tak la. Aku ok je ni. Duduk santai kat atas kerusi besar yang boleh pusing2 berwarna biru damai, sambil minum nescafe panas 3 dalam 1, sambil karang cite lagi.. Takkan la tension pulak kan. Huhu...


Ana. ape ko mengarut ni?


"Aku punya suka la, aku punya blog.."


Cik Ana, hari ni sihat ke?? Semalam tido mimpi ape?


"Semalam tak ingat mimpi ape. Mungkin mimpi jadi Ultraman. Huhu. Hari ni sihat je. Alhamdulillah. Mungkin ade wayar yg terputus sehingga menyebabkan aku berkelakuan sedikit aneh. (T_T) ".


Tolong la siyes sikit. Boleh??


Oh. Ok. Sekarang aku nak tulis pasal tarikh 14 Ogos 2009 yg akan datang. Tak lama lagi dah. Kenapa dengan tarikh tu?? Just nothing. Cuma, tarikh itu penting bagi aku dan aku mesti ingat. Mesti. Ok.


Menjelang tarikh itu.


My wish. (Don't ask me why ade wish segala. Aku punya suka la)
  • Bertambah rajin buat keje (Sebelum ni tak berapa nak rajin)
  • Tak dapat ape2 pun takpe, asal ade org ingat (T_T)
  • Most important! Sangat2 tidak mahu melibatkan diri dalam dunia percintaan! Cinta monyet, kerbau, lembu atau ape2 saja. Buat masa sekarang, sangat2 tidak mahu, ok. Siyes ni. Don't ask me why. Sebab, saya takde jawapan untuk pertanyaan itu. Jadi. Tolonglah, sesiapa sahaja di luar sana yg bergelar lelaki. Tolong jangan ajak saya kapel, bertunang apatah lagi kawen. Saya tak nak! Siapa2 pun. Saya sangat2 tidak berminat untuk menamatkan status bujang ini sekarang. Remind This!! * Saya dah normal sekarang. Abaikan je la patah2 perkataan kaler biru ni. Tq (^__^) *.
  • Nak gembira selalu. Walaupun tak punya sebab yg kukuh kenapa aku mesti gembira. Hidup mesti mau happy, baru ati tenang =]
  • Bebas dari segala jenis masalah.
  • Bertambah maju dalam hidup. Teruskan usaha untuk terus berjaya. Walaupun tak dapat sambung belajar (T_T)
  • Simpan duit untuk kegunaan hari susah. Jangan boros!
  • Mungkin aku perlu menangis?? Yup!
  • Kena belajar berdikari lagi. Sebab sekarang belum cukup berdiri di atas kaki sendiri lagi!
  • Ape2 pun masalah yg aku hadapi. Jangan libatkan orang lain. Belajar untuk settlekan sendiri. Ok.
Sekarang macam bukan sudah wish. Tapi lebih kepada peringatan, pesanan kepada diri sendiri. Huhuu. Bagus tamatkan sahaja di sini. (T_T)


p/s : Cite ini dikarang tengahari tadi tapi di'blog'kan pada tengah malam ini.