Sunday, July 26, 2009

Share A Memoryzz..

2 ♥ Comments ♥ ♥ Links to this posts ♥
Hari itu, 23 Julai 2009. Kakak2 kat pejabat termasuk Kak Helma ngan Kak Esni ajak aku untuk pegi Majlis Makan Malam bersama Pak Lah dan Datin Seri Jeanne. Sebenarnya agak malas nak pegi sebab bila dah balik keje, mesti penat & rasa macam nak tido je terus. Tapi atas desakan diorang sekadar untuk memenuhi jemputan, maka aku pegi la jugak. Ketika itu, aku fikir. Ok. Pegi makan sahaja, then balik. Boleh la. Langsung tidak excited sebab nak jumpa Pak Lah. Aku cuma tahu pegi makan sahaja. (T_T)


Maka, malam itu aku bersama staf2 sokongan yang lain pun sama2 la menaiki bas IPGM Kampus Tawau untuk ke sana. Pensyarah2 dan pelajar2 pun ade jugak pegi. Ke sana? Ok. Sumpah. Aku langsung tak tau tempat di adakan majlis itu di mana. Yang aku tau tempat itu di hotel. Ape nama hotel itu, sungguh aku langsung tau tau. Malas nak ambik tau. Sehingga ke hari ini, aku langsung tak tau ape nama hotel itu. Huhuu. Kejam. Cuma yang ade di fikiran aku, hotel itu berada di atas Eastern Plaza yang berdekatan dengan Pasar Takada. Itu sahaja.


Tempat itu cantik (walaupun cuma masuk Dewan Makan & Tandas sahaja), makanan pun sedap. Tak rugi la jugak datang. Huhuu. Dan aku memang tak rasa excited pun nak jumpa Pak Lah (mungkin sebab dah biasa tengok kat TV).


Tapi, lain pulak perasaan ini bila first time nampak Pak Lah ngan Datin Seri Jeanne depan mata. Hahaa... Tiba2 rasa excited. Wah, ini rupanya Pak Lah. Hmm.. Begini rupanya perasaan bila jumpa dengan orang yang tak pernah jumpa pun sebelum ni walaupun biasa tengok kat TV.


So, di kesempatan itu, sempat jugak la aku snap gambar Pak Lah dan Datin Seri Jeanne secara dekat (walaupun cuma sipi2 sahaja dan kualiti gambar yang agak blur). Dan sedikit kenangan manis untuk dikenang, dapat la jugak aku bersalam dengan mereka. Hmm.. So sweet la.








Bercuti di Sandakan, awal bulan Julai.








Adik Ain ngan kawan2 dia, Mieza & Rashidah.


p/s : Can't forget dot..dot..dot... =p

Wednesday, July 22, 2009

Saya Nak Kawen..!!

0 ♥ Comments ♥ ♥ Links to this posts ♥

Eh....! Apekehalnye nak kawen?? Hahaa. Suka-suka je la taruk tajuk tu untuk entry kali ni. Sebab?? Sebab....... Tak tau nak taruk tajuk ape. Huhuu. Mungkin terpengaruh ngan entry Adeq Zati (Tun Teja) baru2 ni yg ade sebut pasal kawen =]


Ok. Berhenti fikir pasal kawen.


Saya masih belum nak kawen lagi. Bagi laluan kepada anda dulu. Ok. =p


Hmm...


Tak tau la ari ni dah masuk ari keberapa aku keje kat JPIPK. Malas nak kira. Keje makin ari, makin banyak. Tapi aku suka. Bila Banyak keje, takde masa nak fikir pasal benda lain. Benda yg kadang2 sangat menyerabutkan kotak fikiran ini.


Sekarang, kotak fikiran ini hanya nak fikir / fokus pasal keje. Fikir. Macamana nak jadi pekerja yg baik. Rajin. Disenangi oleh sume orang, disayangi oleh bos (budak ni mintak puji. Hahaa). Dapat siapkan keje secepat yg mungkin. Cepat faham ape yg bos suruh & macam2 lagi la yg nak kena fikir. Demi untuk memajukan diri sendiri. Banyak sangat yg nak kena fikir. BANYAK.


Hampir meningkat ke umur 21 tahun, rasanya bukan masa untuk main2 lagi. Bukan masa untuk enjoy saja, abiskan duit mak ayah. Sekarang masanya untuk fikir pasal kemajuan diri sendiri. Fikir pasal masa depan. Kalau tak fikir, sampai bila2 pun diri tak akan maju. Berjaya. Nak ke, jadi orang yg gagal dan terus merelakan dirinya untuk gagal seumur hidup. Tak nak kan?? Sape nak, angkat tangan. Kamu?? Tentu sekali tidak kan?


Sungguh. Bila sibuk dengan urusan keje. Kadang2, diri ini rasa sangat bahagia. Bahagia sebab, setiap hari ade saja keje yg nak kena buat / selesaikan. Masa tak sia2 macam tu je, sebab terisi dengan urusan yg lebih berfaedah. Hidup ini, rasa lebih bermakna. Dan jugak, melatih diri jadi manusia yg berguna. Hai, Angkat bakul sendiri nampak. Huhuu.


Walaupun letih sebab keje banyak, tapi berbaloi..sebab ade upah (gaji). Ye la, zaman sekarang ni mana ade orang nak bagi duit free kan. Tambah2 lagi, duit memainkan peranan yg penting dalam kehidupan seharian kite. Sume nak kena pakai duit tau. Takde duit, agak susah jgk la nak teruskan idup ni. Takkan la nak tunggu duit turun dari langit kot. Then, duduk je kat rumah sambil goyang kaki, sambil2 tambah berat badan (keje ari2 cuma makan, tido, makan, tido je. Naik la berat badan. Haha. Pandai2 je aku cakap ye). Ini bukan fakta ok. Tapi realiti kehidupan.


Pasal letih / penat / lelah. Ni lagi satu hal.
"Wahai rakyat jelata Beta sekalian, harapnya ade la barang seorang dua yg sudi tampil ke hadapan memberikan Beta jawapan. Ade ke keje, hatta apa2 pun perbuatan yg tidak mendatangkan sebarang rasa penat lelah kecuali sedang beradu, duduk2 beristirehat". Ade ke?? Takde kan?? So, fikir sendiri la. Nak seribu daya, Tak nak seribu dalih. Ade faham?? (Versi Raja2 ditamatkan serta merta, kerana adapun sahaya ini bukanlah keturunan Raja2 melainkan hamba keturunan biasa2 sahaja).


Ah sudah. Nampaknya, penulisan ini dilihat semakin mengarut-ngarut. Gaya bahasa yg entah ape2 dan penggunaan bahasa yg bercampur-campur. Entah ape kebenda yg aku karang ni, aku pun kurang pasti. Hehe. Sesuka ati 'dia' je kan... =]


Ok la. Mana yg baik itu jadikan panduan di hari2 yg akan datang. Yg tak baik, buang je ke longkang. =p


Sekarang. Mata ini sudah benar2 mengantuk. Dia cakap, "Ana, p tido la. Boring dah pc ni tengok muka ko jak dari tadi".


"Ya meh?? Ok. Nak tido la ni."


Sebenarnya, nak post entry yg pendek je tadi. Tapi, tiba2 datang idea lain.. Jadi taip saja la ape yg terlintas di fikiran. Budak ni memang macam ni. Aneh. (T_T)


Ok la. Selamat Malam Semua.


Semoga Kalian Akan Selalu Mendapat Keberkatan dan Perlindungan serta Hidayah Dari-NYA.
Amin.


Assalamualaikum.



Senarai tugas yg nak kena selesaikan. Mesti catat mana yg dah, mana yg belum settle. Nanti kalau lupa, susah tau. Tulisan sangat2 cakar ayam. Nak cepat punya pasal. Keje kan, mesti la nak kena kejar2 slalu. Ingat! Masa takkan tunggu kite. Kite yg nak kena kejar masa. Ok.


p/s : Entry yg agak berbeza dari sebelum2 ini. Tak tau kenapa. Mungkin, saya terlebih bahagia hari ni. =]

Sunday, July 19, 2009

Dia Cakap..

2 ♥ Comments ♥ ♥ Links to this posts ♥
"If kamu tidak mahu celcom broadband kamu ditarik balik, sila tido awal. Ok".


Dia itu, ayah la. Huhuu.


Amaran, peringatan or maybe pesanan itu diluahkan sebab aku selalu sangat tido lambat. Online punya pasal la ni. Sudah, tak online pun aku memang suka tido lambat. Hobi kot. Haha. Kecuali la kalau terlalu letih, barulah tido awal sampai tak ingat dunia. Huhuu. So, sekarang ni kena belajar2 la tido awal sikit. Sebelum jam 1 pagi. Ayah bukan ape, dia cuma taknak aku susah bangun pagi & mengantuk time keje. Itu je. Maka, nak kena tido awal la ni ek....? Huhuu. Lagi mau tanya.


p/s : Tak rela celcom broadband ini ditarik balik. Huhu.

Chocolate..

2 ♥ Comments ♥ ♥ Links to this posts ♥
Mood hari ini adalah Chocolate. Hahaa.


Ketibaan adikku dari Labuan pagi ini, disertakan dengan buah tangan yang berupa coklat. So many type of coklat la (maklum sahaja, coklat2 kat Labuan sume murah2..lebih kurang macam Langkawi jugak). Maka banyak benar la aku makan coklat ari ni. Macam ari esok takde je kan. Huhu.


Ape nama coklat2 tu, aku tak peduli sangat. Yang aku tau cuma Cadbury ngan Kinder Bueno je. Memang besh la.... Thank sis, sanggup berabis duit belikan kami coklat (tapi mintak ganti balik nanti gaji. Huhuu. Ok).


Ok la. Sebenarnya tak tau nak taip ape lagi ni. Macam tak best je entry pasal coklat ni kan. Aku punya excited dapat coklat, macam pulak orang lain tak pernah makan coklat kan. Huhuu. Mereka tak heran pun. Aku je lebih2. Hehe.


p/s : Gambar takde, malas nak snap. Jadi, cite ni tak bleh la percaya 100%. =p

Monday, July 13, 2009

Nukilan Rahsia..

2 ♥ Comments ♥ ♥ Links to this posts ♥
Tersimpan di hati nukilan rahsia
Terlalu lamanya ku abadikan
Tak mampu bersuara (namun) hati ku berbisik
Hanya dari jauh kau di hatiku


Siapalah diriku berbandingkan dirimu
Tampannya wajahmu kelembutan budimu
Kau pelengkap hidupku menyinari hatiku
Dengarkan lafaz ku ini


Sudikah kau… Ingin ku bertanya
Sudikah kau… Ku beri hatiku
Sudikah kau… Bertakhta di hati ini
Sudikah kau…Terima diriku
Sejujurnya… Aku jatuh hati……


Dari awal dulu hatiku terdetik
Melihat dirimu oh sempurnanya


Dah terlalu lama kau ku perhatikan
Tidak kau berubah dulu dan kini


Siapalah diriku berbandingkan dirimu
Tampannya wajahmu kelembutan budimu
Kau pelengkap hidupku menyinari hatiku
Dengarkan lafaz ku ini


Sudikah kau… Dikau di kayangan
Sudikah kau… Ku (hanya) di dasar lautan
Sudikah kau… Bertakhta di hati ini
Sudikah kau… Terima diriku


Sudikah kau… Ingin ku bertanya
Sudikah kau… Ku beri hatiku
Sudikah kau… Bertakhta di hati ini


Sudikah kau…Terima diriku
Sejujurnya… Aku jatuh hati……
(Percayalah, kau pelengkap hidup ku…)

Duhai Hati..

0 ♥ Comments ♥ ♥ Links to this posts ♥

Tiba2 saja rasa sangat sedih dan seperti mahu menangis...


Duhai hati, kenapa begitu??


'Kadang2, kita perlu menangis. Luahkan apa saja kesedihan, kelukaan yg ada di dalam hati. Moga2 hati akan lebih tenang. Lega. Agar kita tahu, hidup ini bukan hanya untuk bergelak ketawa dan bergembira sahaja. Menangis, tidak bermakna kita lemah.. Tapi, agar kita jadi insan yg lebih kuat, tabah untuk menghadapi hari2 yg akan datang'.


Duhai hati, menangis la jika itu yg kau mahu....


p/s : Don't know why...?

Saturday, July 11, 2009

Sedikit Jelous..

3 ♥ Comments ♥ ♥ Links to this posts ♥
Time ayah p kursus baru-baru ni, aku guna pc ayah jap. Ntah ape yg aku cari. Then bazir ink printer ayah untuk print picca. Huhuu... If dia tau, dia marah oo.. =p


Then, ternampak beg laptop kat bawah meja ayah. Tapi, macam ade something yang pelik. Aneh. Ayah jarang tinggal laptop kalau p kursus or mana2 la yg memakan masa 2,3 hari. Belek2 beg 2, then buka tengok isi. Heran. Laptop tu tak macam laptop yg slalu ayah guna. Dalam hati, ayah beli laptop baru kot.


Sekali tanya mak, rupa-rupanya laptop tu untuk my sister (youngers sister) yg study kat Matrik Labuan. Rah. Hm..for me takde ke?? Huhuu.. Ape kejadahnya beli untuk aku? Time ayah call, time tu aku rehat, tengah makan kat medan ngan yien. Ayah tanya khabar, ask about my jobs and bla, bla, bla.... Ayah masih kat KL, nanti petang baru balik Tawau. Sempat la aku ask about laptop 2. Then cakap, for me??? Ayah bagitau, aku dah ade pc kat bilik..lagipun aku tak p mana2, tak memerlukan sangat laptop tu. Next time saja la. Sebenarnya aku jeles ba.. Huhu... Nak jugak satu. Tapi, takpe la.. Ape yg ayah cakap tu betul. Lagipun kesian my sis kat matrik sana, terpaksa pinjam pc untuk siapkan assignment (ntah btol tak ejaan). Nak siapkan lain2 tugasan lagi.


Aku memang respek abis kat adik aku sorang ni. Bertahun-tahun hidup ngan dia, dia memang adik yg baik, anak yg solehah. Aku tau dia jenis yg macamana. Dalam ramai-ramai kami adik beradik, dia la yg paling rajin skali study. Paling cemerlang. Paling alim. Paling rajin tolong mak (aku rajin ckit je... Hehe). Dia bukan jenis yg suka mintak2 dibelikan itu ini. Dan aku rasa la, dia tak mintak pun laptop tu. Maybe ayah beli sebab kesiankan dia, juga sebagai penghargaan di atas segala penat lelah dia slama ni sampai berjaya masuk matrik. It's ok la, ade jugak satu orang yg boleh banggakan ayah ngan mak. Aku pun tumpang bangga.


So, tahniah Rah. Suprise for you. Cepat balik, ok. Gud luck for your exam. Wish you got a super great result, then dapat sambung ke peringkat yg lebih tinggi lagi, ok.


Sekarang ini, masih menggunakan mobile patner (celcom broadband kepunyaan ayah). Sekarang ini juga rasa sangat happy. Tau kenapa?? Celcom Broadband ini dah pun berjaya jadi hak milik aku. Huhu... Dah tentu la bukan ayah bagi free2 je melainkan budak yg tak tau malu ni p mintak. Thanks dad, luvvvvvv you so much..!! Malas nak guna hp sebagai modem, balik2 abis cas.. Then kena p cas dulu. Malas la.


Perasan something??? Bahasa penulisan aku pandai bertukar-tukar. Kejap semenanjung, kejap sabah. Hahaa... Terbiasa sudah.. 5 tahun lebih dah menetap di Negeri Bawah Bayu ni, Sabah dah jadi Rumah ke-2 aku selepas Terengganu. Menguasai sesuatu bahasa itu bukan senang, banyak faktor yg perlu diambil kira. Perlukan masa, bla..bla..bla..bla...bla... Tak tau la ape aku mengarut ni. Sebenarnya tak tau nak taip ape.


Ok. Cite berkenaan jeles ini tamat di sini. Sedikit jeles saja ba. Tak banyak. Tumpang happy for my sis =] Nanti 19 ni dia balik cuti.


Okay. So sleppy. Nitez....

JPIPK - PC Desktop..

3 ♥ Comments ♥ ♥ Links to this posts ♥


Suka-suka create wallpaper for pc JPIPK (Supaya semangat nak buat keje. Hahaa..). Sebenarnya tak nak letak nama aku, maklum la cuma PKS.. Tapi, Kak Ida suruh letak skali.. So, letak je la.

Wednesday, July 08, 2009

Got A New Jobs..!

0 ♥ Comments ♥ ♥ Links to this posts ♥
Agak malas nak update, tapi ari ni ade rajin ckit. Sebenarnya, memaksa diri supaya rajin =p .

Ok. Yang sebetulnya, malas nak bazir duit bayar celcom broadband. Then dapat guna sekejap je, dan akhirnya bayar sia2 saja. Sibuk. Cuma dapat online time malam sahaja. Celcom broadband (mobile patner) yang aku gunakan sekarang adalah kepunyaan ayah. Aku jumpa dalam laci, membazir je kalau tak diguna kan? Bagi aku guna je la.. Huhuu.. Ayah pegi kursus kat KL.

Ok. Sekarang ingin membincangkan berkaitan topik di atas. Sepanjang tidak meng'update' blog ini, berlaku sedikit perubahan dalam hidup aku. Ketika diri ini sangat2 penat bekerja di koperasi, tiba2 aku ditawarkan untuk berkhidmat sebagai Pekerja Khidmat Singkat (PKS) di IPGM Kampus Tawau ini. Tawaran yang menarik, dengan gaji yang lumayan. Walaupun cuma kontrak 6 bulan. Abis kontrak, bleh sambung lagi, lagi, lagi and lagi. Terpulang kepada Maktab. Never mind la, aku sudah terlalu penat dengan keje2 fotocopy yang sudah tidak terkawal itu. Jadi, tawaran ini sangat2 mengembirakan aku. Bak kata pepatah, ' seperti orang yang mengantuk disorongkan bantal ' or ' Pucuk dicita, ulam mendatang '. Akhirnya, tawaran itu aku terima. Selamat tinggal koperasi! Namun, dirimu akan tetap ku rindui... Don't worry, ade masa free aku pegi lawat kamu ye..? Koperasi la, bukan orang. Takde masa nak rindu2 orang, apatah lagi untuk memikirkan persoalan tentang cinta. Aku malas. Terlalu malas. Berkawan? biar seribu. Bercinta? biarlah dulu. Sekarang ini nak bercinta dengan keje sahaja. Hahaa.. Cinta. Tanpa kamu, aku masih boleh senyum. Masih juga mampu untuk bernafas dengan baik. Malah, dapat pula menjalani kehidupan ini dengan penuh semangat. Hari2 ku juga indah, berwarna-warni. Senang cerita, diri ini bahagia. Bahagia. Walaupun tanpa kamu. Bukan menafikan kehadiranmu, cuma.. Sekarang bukan masanya lagi, next time aku cari kamu ok.

Cerita di atas mulai kedengaran sumbang. Terdapat topik yang tidak berkaitan. Cinta.

Sambung cerita asal.

Maka, rabu minggu lepas adalah last aku keje kat koperasi. Masuk ari khamis bersamaan dengan tarikh 02/07/09, bermula la hari2 baru aku di pejabat pentadbiran IPGM Kampus Tawau. Aku ditempatkan di bawah Jabatan Penyelidikan & Inovasi Profesionalisme Keguruan dan ditugaskan untuk membantu jabatan itu, di mana arahan tugas diberikan oleh Puan Idarmawati dan Puan Suzana. Sangat2 best bekerja dengan mereka, setakat ini semuanya OK! Bidang keje cuma taip2 surat, data2 penyelidikan (data2 borang soal selidik), telefon sekolah2 & sekian, sekian. Malas nak taip panjang2. Huhuu. Start keje jam 8 pagi sehingga 5 petang. Cuma 5 ari sahaja seminggu. Sabtu ahad boleh rest kat rumah. =]

Perlu ke aku cite panjang2? Huhu... Aura malas sudah mula menguasai diri, mata juga sudah mula kabur dan pedih. Berat. Ok la. Next time la aku cite lagi. Tidak tertahan sudah perasaan mengantuk ini. Selamat Malam semua... (-_-) z z Z Z z z Z..

p/s : Rutin harian ku mula bertukar wajah. Dengan wajah yang baru, harap semua berjalan dengan lancar. Insya'allah. Keje rajin2 ye Cik Ana.